Wednesday, December 31, 2008

Selamat tinggal 2008 ( ucapan yang sangat basi)

2008 tengah sibuk menyelongkar kotak-kotak yang berada di dalam biliknya. Habis bersepah biliknya.

"Mana jadah ni?" rungut 2008 sambil tangannya masih lagi mengagau isi kotak.

"Kau cari apa?" tegur 2009 bila dia masuk dalam bilik kawannya.

"Cari azam aku, nak pass kat kau ni".

"Oohh..." getus 2009 sambil kembali menonton siaran sambutan tahun baru untuk dirinya.

+++

Aku jarang buat tag, melainkan jika tag yang aku baca di blog orang menarik minat, aku akan buat. Macam Tok Rimau buat benda alah ni di blog dia.
Untuk blog aku pada 2008. Ini yang terbaik yang boleh aku simpulkan untuk kalian baca.

Januari : Tambahkan 5 ringgit lagi
Februari : Maskara pertama aku
Mac : Jangan marah ayah ya?
April : Ia datang kembali
Mei : Maaf segalanya
Jun : Satu hari yang indah
Julai :Tiada pemenang.
Ogos : Pelancong hisap dadah
September : Nak kena lempang?
Oktober : Mak duit raya abang hilang!
November : Kau boss?, hak tuih!
Disember : Ucu Kiah : Kena buang

+++

Tahun 2009 nanti, aku tunggu benda ni saja!. Fuarggghhh!. Ini pun lepas aku baca kat blog edd vedder kat sini

Friday, December 26, 2008

Berkat

Kawan-kawan semua, walaupun hari Ahad adalah hari orang-orang putih yang alim pergi gereja, kita jangan lupa Ahad ni, 28hb Disember, jangan terlalu bergembira sangat.

Jangan lupa ada kat rumah sebelum Asar dan keluar lepas Maghrib. Semoga hidup kita sentiasa di berkati.

Selamat menyambut tahun baru untuk kalian semua.

Jangan lupa baca

Tuesday, December 23, 2008

Nak pergi sembahyang jumaat lah ni!

Tahun 1997.

"Lekaslah dol!". Aku jerkah kat Abang Punk, apa punya terhegeh-hegeh kawan aku seorang ni.

Dalam bilik tu, bilik aku, ada aku, Abang Punk, Tombeng, Hassan, Fariz Bangau, Bad Bongek dan Jai Kreng. Hari tu hari jumaat. Kami pakat-pakat tak nak pergi sembahyang jumaat.

Nekad tak nak pergi sembahyang jumaat di sulami dengan acara memakan maggi perisa kari rendam air panas. Maklumlah,zaman "student". Berlapar itu revolusi katanya!.

"Kita kena standby gak ni geng". Tombeng menyuarakan kebimbangan.

"Apahal lak kena standby?". Aku tanya.

"Buatnya "sarban" naik kejap lagi, tak mampus kita kena hambat!". Sarban ialah warden yang paling cukup kami berbulu. Lepak kat koridor tak boleh, main bola pakai seluar pendek tak boleh, kena islamik selalu. Haissshh, mau tak angin kami. Maklumlah, zaman "student". Memberontak itu revolusi namanya!.

Aku tengok Abang Punk dengan Fariz Bangau dah siap-siap dengan baju melayu lengkap, Tombeng dengan Jai Kreng pakai t shirt dengan kain pelekat. Bad Bongek dan aku dengan pakaian kelas saja. Hassan buat macam biasa.

"Korang nie dengan "sarban" pun nak takut". Tukas Hassan sambil mendabik dada. Lantak kau lah Hassan, kalau kau kena, padan muka!.

"Sarban tak akan naik lah blok kita ni, mana dia berani dengan aku". Hassan mendabik lagi.

"Malas aku nak layan budak berlagak ni". Fariz bersuara sambil bangkit untuk pergi mencuci bekas magginya. Tandas dan bilik aku adalah dalam selang 6 bilik lagi.

"Celaka!, celaka!, "sarban" on the way woiii!". Tiba-tiba Fariz mengelupur. Dia baru nak keluar dari bilik aku. Dia nampak "Sarban" dekat hujung tandas.

Kami kelam-kabut simpan semua peralatan makan. Semua berposak-posak nak bersiap. Ngam-ngam kami bersiap, "sarban" bukak pintu.

"Hah, dah siap semuanya?!". Jerkah "sarban".

"Sudahhhh!".

Hassan dengan selamba badak keluar dari bilik aku dengan mendada.

"Hassan oi, awak nak kemana?". Sarban menahan.

"Sembahyang lah encik".

"Oooo, sembahyang eh?, siapa ajar awak pergi sembahyang pakai baju melayu dengan tuala?".

Kami tengok Hassan beramai-ramai.

Hek eleh, memang dari tadi kami tak perasan yang Hassan bertualah saja. Hassan kat situ juga kena "attack" gelak dengan kami. Termasuk "sarban" sekali.

Petang tu, kami nampak Hassan kena denda lari keliling padang dengan pakai tuala itu saja!.

Hassan o Hassan!.

Tuesday, December 16, 2008

Akibat terlalu bodoh




Kalau aku jumpa mak bapa bayi malang ini, benda pertama yang aku buat ludah muka mereka berdua dulu lepas tu aku pijak-pijak perut mak dia dan pijak-pijak kote bapa dia. Macam sial, apa salah anak kalian sampai sanggup membuang dia ke dalam lubang tandas?. Apakah kalian sudah puas beromen hingga tergamak untuk membuang dia?. Tidak ada perasaankah kamu?.

Celakalah kamu berdua kerana perbuatan ini. Bodoh tidak berakal lagi kurang ajar!. Memang bersyukur bayi itu masih hidup dan percayalah kalian yang membuang dia, satu hari nanti dia akan datang kembali menuntut jawapan, kenapa dia dibuang. Kepada bayi itu, pakcik doakan agar kamu terus berjuang untuk menjadi manusia yang terbaik dan buktikan pada ibu bapa yang membuang kamu bahawa kamu adalah zuriatnya yang paling baik!. Pakcik memang tabik dekat kamu kerana berjuang untuk terus hidup. Semoga ALLAH akan sentiasa merahmati kamu.

Maaf, aku memang emosi kalau baca berita bayi dibuang. Kita ini barangkali sifat perikemanusiaan semakin terhakis. Kalau ya kamu mahu keseronokan duniawi, jadilah manusia yang bertanggungjawab. Dalam erti kata lain, berani buat beranilah tanggung!. Baru "true" jahat!. Ini tidak, lempar batu sembunyi tangan!. Fuck off!.

Kasihan, persoalannya ialah, apakah agamanya nanti?.

Baca kat sini

Thursday, December 11, 2008

dari bucu laut hijau dalam

"Kenapa?". tanya dia pada aku sambil menguis pasir dengan hujung jari kakinya. Jemari kakinya yang sungguh bulat-bulat.

Aku hanya mampu diam membungkam.

"Bukankah dunia ini hanya milik kita?". Pandangnya tepat pada aku. Aku lihat matanya sudah berkaca.

Aku hanya mampu mendesah perlahan.

"Katakan pada aku, yang hanya kau untuk aku sahaja!". Jeritnya pada laut,pada ombak,pada matahari yang sedang terbenam itu.

Aku hanya memandang kosong. Sekosong awan yang melindungi mentari merah.

"Kenapa, kenapa perlu akhirnya begini?". Dia terus merintih,sambil membaling batu ke langit, dengan harapan langit itu akan roboh menimpanya.

Aku cuba mengeluarkan suara tetapi anak tekak seolah ada tar hitam yang pekat menghalangnya.

"Bukan itu yang pernah kita mimpikan bersama-sama?". Katanya sambil memegang bahu ku,mengoncang bahu ku.

Aku terus bungkam sambil memeluk kedua kaki ku.

"Kalau ini yang kau mahu, selamat tinggal!!". Selesai sahaja, dia terus terjun ke bawah. Tiada jeritan ketakutan yang kedengaran, hanya deru angin mengiringi kematiannya.

Aku memandang ke bawah, melihat dirinya tersenyum dengan mata terbuka.

"Kau lupa akan selipar mu ini. Kataku sambil memegang seliparnya.

Perlahan-lahan aku meninggalkan tebing itu. Tebing yang menyaksikan kematian yang ke 35. Barangkali akan bertambah lagi.

Sumpah, aku tak akan bawa makwe aku "dating" kat sini lagi.

+++

Semacam satu ketagihan pula, aku suka menulis di ruangan NOTES di fesbuk aku ini. Seolah-olah ianya satu escapism untuk menulis apa saja. Barangkali....

Tuesday, December 02, 2008

Ucu Kiah : Kena buang

Ucu Kiah termenung lagi. Dari pagi tadi sampailah ke tengahari ni,dia duduk melangut termenung mengenangkan nasibnya. Setelah sekian lama dia berbakti untuk persatuan kaum ibu di kampungnya, tahun ini, nasibnya seratus peratus berubah.

Ucu Kiah sedih, dulu dialah yang membangunkan persatuan kaum ibunya selepas mengambil alih dari arwah Hajjah Semon, masa dia mula-mula masuk persatuan tu, Hajjah Semon masih belum naik haji lagi, penduduk kampung masih panggil Kak Semon Ada Getah. Semua aktiviti yang arwah anjurkan, Ucu Kiah tak pernah tak sertai, semua Ucu Kiah sertai, paling dia ingat masa rombongan menuju ke Kuala Lumpur nak tengok acara pembukaan Sukan Sea pertama kali di Malaysia. Berposak-posak Ucu Kiah masak meehun bubuh kerang, siap bungkus untuk ahli rombongan. Bas sampai dua tiga kali berhenti sebab enjin panas. Maklumlah dulu mana ada lebuhraya yang bagi diskaun tol tengah malam.

Ucu Kiah ingat lagi, masa mesyuarat agung kali terakhir dibawah pimpinan arwah Hajjah Semon, seluruh ahli bersorak gembira bila Hajjah Semon mengumumkan penggantinya ialah Ucu Kiah. Ucu Kiah tersenyum-senyum malu sambil mengangkat tangan tanda bagus. Ucu Kiah menang tanpa bertanding sebab semua orang tahu kredibiliti dia.

Selama dua puluh tiga tahun Ucu Kiah mengemudi persatuan itu, banyak perkara dah Ucu Kiah buat, dari sekecik-kecik projek peringkat kampung hinggalah ke peringkat kebangsaan. Persatuan Kaum Ibu Kampung Pokok Ketapang memang terkenal sungguh. Paling Ucu Kiah ingat sekali bila persatuannya menang acara membungkus kerepek terbanyak peringkat kebangsaan. Pak Menteri datang menyampaikan hadiah kepada Ucu Kiah. Tersenyum-senyum Ucu Kiah menerima hadiah sambil mengangkat tangan tanda bagus.

Ucu Kiah sedih. Menungnya dah nak masuk waktu Asar, anak bujangnya Mail hanya mampu mengelengkan kepala bila pulang dari melepak untuk makan tengahari apabila melihat bawah tudung saji hanyalah dua-tiga ketul keropok lekor sarapan pagi.

Setelah sekian lama Ucu Kiah memegang tampuk pemerintahan, tahun ini Ucu Kiah dikejutkan dengan berita buruk. Berita yang membuatkan jiwanya luruh seluruh-luruhnya. Orang kanan Ucu Kiah, Pah Karen, janda beranak satu hendak melawan tauke.
Lagi mengejutkan Ucu Kiah, bila mana kebanyakkan orang-orang kepercayaan dia pun turut menyokong hasrat Pah Karen. Terduduk Ucu Kiah bila Selamah Gebu, Kak Ngah Anor anak Pak Lebai Leman, Busu Unggal pun turut menyokong hasrat Pah Karen. Semua itu adalah orang kuat Ucu Kiah dulu.

Asalnya memang niat Ucu Kiah untuk melepaskan jawatan pada tahun ini untuk diberikan kepada Pah Karen, niat Ucu Kiah biarlah dia selesaikan dua tiga projek untuk kali terakhir, dan pada raya cina tahun depan, Ucu Kiah akan berundur, pada hematnya biarlah dia berundur diri dengan jasa yang dikenang bukan muka diconteng arang.

Tup-tup,belum sempat Ucu Kiah nak beri "statement" pada orang kampung, Pah Karen dah mula kompangkan keinginannya. Tersentak Ucu Kiah bila cerita tu sampai ke telinganya. Jantung Ucu Kiah seakan terhenti bila mendapat berita tersebut.

Ucu Kiah tak faham sangat, kenapa begitu gelojoh sekali Pah Karen, kenapa tamak sangat Pah Karen tahun ini?. Apa geruh yang Pah Karen simpan terhadap dia?. Adakah disebabkan Ucu Kiah perna tegur baju kebaya yang Pah Karen pakai masa jamuan raya tempoh hari menyebabkan dendam Pah Karen tak pernah surut?. Ialah, macam mana Ucu Kiah tak tegur, baju kebaya Pah Karen macam baju pramugari, Mail anak lelakinya tak berkelip mata memandang Pah Karen,belum masuk lagi pandangan mata Haji Meon, ketua kampung, Ucu Kiah siap perasan ada air liur terkeluar dari tepi mulut Haji Meon.

Ucu Kiah mengeluh lagi, kalau tadi dia termenung di serambi rumah, menungnya disambung di hadapan televisyen, siaran astro ria kegemarannya tak diambil peduli sangat, hati Ucu Kiah betul-betul rusuh. Apa cara untuk Ucu Kiah "membersihkan" namanya yang telah tercemar?.

Tiba-tiba

*PLOP!*

"Weiiiii Ucu Kiah, apa benak sangat kamu ni,bawak-bawak pergi jumpa Wak Miskam yang duduk hujung kampung ni, tahulah dia nak ngajar Pah Karen macam mana!". Bayangan arwah Hajjah Semon muncul di dalam kaca tv.

*PLOP!*

Ucu Kiah tersentak. Kenapa dia tak terpikir dari pagi tadi?. Kalau dari awal tadi, mungkin petang ni Pah Karen dah datang menangis-nangis minta ampun depan rumahnya.Ucu Kiah tersenyum diikuti dengan gelak tawa orang jahat macam dalam cerita hindustan. Bergegar-gegar seluruh badannya.

Jaga kau Pah Karen!.