Bagi mereka yang ambil tahu hal ehwal dunia semasa. Tentu kalian akan kenal dengan lelaki di dalam gambar di atas. Yer, betul. Lelaki inilah yang mencetuskan revolusi Jasmin di Tunisia baru-baru ini yang membawa kepada kejatuhan Presidennya yang sangat korup dan busuk. Al fatihah untuk Mohamed Bouazizi. Semoga beliau ditempatkan sebaris dengan para syahid.
Ok, kepada mereka yang tak tahu apa yang kejadahnya Revolusi Jasmin. Revolusi ini terjadi apabila rakyat Tunisia bersatu menuntut keadilan untuk mereka. Mereka bersatu dengan menggulingkan Presiden mereka yakni Zine al-Abidine Ben Ali. Secara harafiahnya, revolusi ini berlaku atas kesedaran anak-anak muda Tunisia yang bangkit menentang kezaliman. Revolusi ini bermula dengan kematian Mohamed Bouazizi. Anak muda berumur 27 tahun berkelulusan MBA dari sebuah universiti elit di Tunisia. (Baca sini untuk kisah yang lebih menyayat hati).
Sekarang, mari kita lihat, kenapa revolusi sebegini tak akan berlaku di sini. Di tanah tumpahnya darahku.
Revolusi selalunya akan membawa kepada jalan raya. Maka disini, tidak akan terjadi revolusi kerana jalan raya di sini adalah hak milik mat rempit. Kalau dah berlaku revolusi, celah mana lagi derang nak test power motor masing-masing?. ( Kadang-kadang mamat WIRA poser LANCER pun claim jalan raya tu milik mereka, golongan ni lagilah bahaya).
Revolusi juga selalunya akan menyebabkan aktiviti perniagaan akan lumpuh seketika. Ianya tidak akan berlaku di sini kerana kebanyakkan shopping complex kat sini memerlukan anak-anak muda yang menjadi pengunjung setia, melepak sambil mengayakan fesyen emo-punk-hardcore-nasyid-boria-wannabe bagi menaikkan taraf bintang shopping complex tersebut.
Pertumpahan darah juga sering dikait dengan revolusi rakyat, malangnya, pertumpahan darah disini lebih menjurus kepada perjuangan membela nasib bangsa masing-masing akibat gejala "bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh ditumpang". Oleh yang demikian, revolusi yang memerlukan iltizam rakyat tak akan terjadi kerana masih ada lagi retorik bersatu teguh, bercerai roboh, tampal simen dengan kepala batu masing-masing.
Revolusi rakyat selalunya di tunjangi oleh pemuda-pemudi harapan bangsa yang belajar di peringkat lebih tinggi. Dalam erti kata lain, budak-budak U yang selalunya lantang bersuara, arakian suka dimaklumkan, disini revolusi yang selalu di perjuangkan ialah bagaimana kami boleh belajar jika tiada kemudahan asas yang sempurna, revolusi minta elaun lebih, sebab elaun kami selalu tak cukup nak tampung beli topup, rokok, belanja awek/balak makan, tengok wayang marathon hujung minggu. Paling ultimate, revolusi nak minta hostel ada ekon 1hp betul-betul kat kepala katil.
Paling ultimatum, kalau revolusi seperti revolusi Jasmin, benar-benar berlaku disini. bukan takut untuk mati memperjuangkan nasib bangsa tapi lebih kepada takut tidak dapat bermuka buku mahupun berkicau-kicau secara maya. Nak-nak kepada awek-awek perasan cun yang eksyen lepak Bangsar walhal asal dari Palong 3, konon-konon macam kerja kat New York.
Revolusi rakyat juga perlu ada modal, modal untuk memberi makan, membeli cat untuk di simbah, membeli kain untuk membuat poster, dalam erti kata lain, revolusi masih tetap perlukan duit. Jadinya, di sini, tanah tumpahnya darahku. Duit adalah tuan besar untuk kelangsungan hidup. Kalau berlaku revolusi, konpom akan berlaku adegan tolak menolak untuk siapa nak dahulukan duit untuk tampung semua benda di atas. Patutnya tak jadi masalah kerana kita ramai jutawan dari skim piramid macam-macam bentuk. Masalahnya, jutawan ni semua masa berlaku revolusi rakyat, pakat-pakat lari keluar mintak kerakyatan negara lain. (Konpom ada yang panas punggung).
Revolusi rakyat juga akan menyebabkan saluran media akan lebih fokus melaporkan apa yang terjadi dari hari ke hari.Maksudnya, tiada cerita lain melainkan dari berita revolusi, sebagai contoh hari ni mungkin melaporkan si polan musibat ni ditangkap kerana khianat atau esoknya, berita Menteri itu minta ampun nangis-nangis sembah kaki para revolusi. Masalahnya di sini, berita- berita sedemikian rupa telah jatuh ke tahap yang paling bawah sekali. Di sini, berita siapa kahwin siapa, siapa artis paling berbakat BESAR, malaun mana yang rembat artis paling cun merupakan sari berita utama. Program realiti busuk pun telah menjadi rancangan perdana kerana ingin memberi motivasi kepada pemuda-pemudi. Jadi, kalau berlakunya revolusi rakyat, musnahlah harapan para-para penyembah berita sensasi tadi untuk dijadikan kiblat. Gelaplah masa depan pemuda-pemudi harapan bangsa kerana hanya dengan menyanyi sajalah saya dapat bawak mak ayah pergi umrah.
Soalnya, benarkah revolusi rakyat tidak boleh berlaku di tanah tumpahnya darahku ini?. Boleh, masih boleh di lakukan tapi itu cerita lain. Nanti aku ceritakan, untuk sementara waktu ni, biar semua orang panas punggung kejap. Asyik nak suka jek kerjanya!.
17 comments:
akan ada bahagian 2 ke cerita ni? tak sabar tunggu...
revolusi susah jadi sebab kita sayang mau tinggalkan rasa senang, bro. sebab tu catatan sejarah mencatatkan revolusi kita selalunya sendirian saja. macam hang jebat menentang mansur syah dan megat seri rama menentang mahmud syah. dua-dua secara solo. revolusi diorang tak disambut pun sebab macam aku cakap, masing-masing susah nak tinggalkan hidup senang.
jambu : belum lagik..kutipan tiket tak cecah juta lagik ni
lanzo : kalau asyik nak senang..bila nak rasa susahnya?.
terbaik tulisan lu.Cool!
cepat sambung oi!
bro, ko patut letak button like fb, sebang senang sikit nak share
tabik ko bro! nice entry
nice. aku suka . sambung lagi bro
apakata kita hartal satu minggu?
Revolusi rakyat selalunya di tunjangi oleh pemuda-pemudi harapan bangsa yang belajar di peringkat lebih tinggi. Dalam erti kata lain, budak-budak U yang selalunya lantang bersuara,
arakian suka dimaklumkan, disini revolusi yang selalu di perjuangkan ialah
bagaimana kami boleh belajar jika tiada kemudahan asas yang sempurna, revolusi minta elaun lebih, sebab elaun kami selalu tak cukup nak tampung beli topup, rokok, belanja awek/balak makan, tengok wayang marathon hujung minggu. Paling ultimate, revolusi nak minta hostel ada ekon 1hp betul-betul kat kepala katil.
LOL! I work for money! Sem ni je tak. Coz my pointer jatuh teruk dan ada orang pinjamkan duit.
Lagi satu masalah pelajar ni, bukan setakat duit dipakai beli iphone [serius, student pra-diploma program MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA yang kononnya anak orang miskin yang perlu dibantu - BAWA BLACKBERRY PERGI KULIAH!!! Lecturer? Nokia spesis lama yang baling dari tingkat tiga pun boleh cantum macam puzzle. Wonder why lecturers seems to have big cars and large houses?]. Ada student yang pakai duit awal sem shopping macam tak hengat kemudian hujung sem mengadu tak ada duit.
Masalah utama student Malaysia di Malaysia adalah mereka tak berani bersuara. Terutama student UiTM. Truly I'm currently UiTM student. Dalam banyak-banyak manusia bergelar mahasiswa di kampus, yang ikut pertandingan Debat Ala Parlimen Piala Pengarah tak sampai 50 orang. Itu pun ada yang nak tarik diri saat akhir. Dan yang nak ikut pertandingan Public Speaking TAK SAMPAI 10 ORANG!! Mujur ada pensyarah yang ambil pendekatan "WAJIB IKUT KALAU NAK LULUS" kalau tak mungkin sia-sia saja Kelab Debat buat pertandingan.
Realitinya, orang Malaysia tak ramai yang berani bercakap lantang untuk kebenaran. Alasan paling mudah dan klise? Akta 174 (UiTM) atau AUKU.
anak muda yang masuk U ramai pakai PTPTN. takkan nak perabih duit beli cat, banner, megaphone semua. habis study kena bayar balik. hutang tetap hutang. kalau tak roh tak diterima bumi.
pandangan seorang peminjam tegar PTPTN terhadap revolusi anak muda
revolusi tak akan berlaku sebab terlalu ramai bakal mak / ayah mertua pilih bakal menantu berdasarkan AMAUN duit dalam akaun, berbanding KUALITI kerja dan SUMBER rezeki.
kapel jom??ahahhahaha
nami : tq.
eszol : yer, aku tgh mencari ayat yg terbaik untuk buat sambungannya.
anon 8.41pm : kat FB pun aku dah pos benda alah ni. :D
saga putih n sca ndx : tqvm then.
anon 2.11 : baik hartal sebulan.keh keh keh..
aleeya : faham. mmg zaman skang it's all about money but then perlukan dogmatik money is everything darling?.
kalau benar terikat dgn AUKU tu. kenapa mesti gusar?. maksud aku ialah kalau semua student IPTA/S bergabung tenaga. apa mereka buleh buat?. nak buang semuanya dari Universiti?. nak ugut sorang-sorang kasi pointer jatuh?. konteksnya ialah bersatu teguh,bercerai roboh tanpa mengira agama, bangsa dan warna. if we stand togehther,mmg boleh jadi revolusi darling!.
al saachez : revolusi utk anak muda dari U tak perlu duit untuk buat tu semua. kalau kalian semua bersatu secara harafiahnya semua kos itu tiba2 saja datang. ini apa yang aku pernah laluilah.opertunitis is everywhere.
masalahnya berapa ramai yang betul2 bayar pada PTPTN?.
kap : tentang itu pun boleh kita revolusikannya bro.jgn bimbang. yg penting teguh pendirian.
gadisSetan : hahahahaha!.
sape nak jadi kepala revolusi ?
Teringin gak aku tengok Malaysia yang telah berevolusi.. Malaysia yang lebih baik , bebas dari masalah rasuah.
It's just the matter of guts. Not money. I don't care consuming plain rice porridge for a whole month [I did that for the last 2 semesters.]
Local-educated Malaysian student don't usually have guts to say what they should. They only make some move when it involves "their" money and low-class facilities. They put the burden on MPP and when everything settled they would just enjoy them, sometimes without even saying thank you to the people involved behind-the-scene of that change.
Manja!
Post a Comment