Thursday, December 11, 2008

dari bucu laut hijau dalam

"Kenapa?". tanya dia pada aku sambil menguis pasir dengan hujung jari kakinya. Jemari kakinya yang sungguh bulat-bulat.

Aku hanya mampu diam membungkam.

"Bukankah dunia ini hanya milik kita?". Pandangnya tepat pada aku. Aku lihat matanya sudah berkaca.

Aku hanya mampu mendesah perlahan.

"Katakan pada aku, yang hanya kau untuk aku sahaja!". Jeritnya pada laut,pada ombak,pada matahari yang sedang terbenam itu.

Aku hanya memandang kosong. Sekosong awan yang melindungi mentari merah.

"Kenapa, kenapa perlu akhirnya begini?". Dia terus merintih,sambil membaling batu ke langit, dengan harapan langit itu akan roboh menimpanya.

Aku cuba mengeluarkan suara tetapi anak tekak seolah ada tar hitam yang pekat menghalangnya.

"Bukan itu yang pernah kita mimpikan bersama-sama?". Katanya sambil memegang bahu ku,mengoncang bahu ku.

Aku terus bungkam sambil memeluk kedua kaki ku.

"Kalau ini yang kau mahu, selamat tinggal!!". Selesai sahaja, dia terus terjun ke bawah. Tiada jeritan ketakutan yang kedengaran, hanya deru angin mengiringi kematiannya.

Aku memandang ke bawah, melihat dirinya tersenyum dengan mata terbuka.

"Kau lupa akan selipar mu ini. Kataku sambil memegang seliparnya.

Perlahan-lahan aku meninggalkan tebing itu. Tebing yang menyaksikan kematian yang ke 35. Barangkali akan bertambah lagi.

Sumpah, aku tak akan bawa makwe aku "dating" kat sini lagi.

+++

Semacam satu ketagihan pula, aku suka menulis di ruangan NOTES di fesbuk aku ini. Seolah-olah ianya satu escapism untuk menulis apa saja. Barangkali....

3 comments:

Masy said...

kene tinggal awek ke ape ni. kompius jap. tak sekompius bcinta dgn my ex boipren, justin timberlake. eheh.

Jorji said...

add la aku kat fesbuk...

ayobkelubi said...

masy : hahaha,fiski ni bebeh,fiksi, JT tu pun fiksi kan?

ji : ok bang, kang aku add!.