Friday, February 24, 2006

TT#5

15 Februari 2006
12.00 tghmalam

aku baru selesai menonton DAVID BLAIN : FROZEN IN TIME.
selepas matikan segala suis didalam rumah,aku bergerak menuju ke bilik tidur.

serasa baru sahaja aku lelapkan mata kemudian bini aku kejutkan aku.

"bang,bangun bang,kenapa tilam ni rasa basah semacam jek".

aku terpisat-pisat bangun.

"eh,sayang terkencingkah?,takpe,jom abang teman pergi bilik air."

aku masih terpisat-pisat.

di bilik air,

"bang,darah bang!.darah!".

mata ku terbeliak.

ya,aku lihat darah sedang menitik-nitik dari kelangkang bini aku.

ya tuhan!.

"lekas siap,kita ke hospital".

dan aku sempat menjeling ke arah jam dinding.

12.45 pagi.

+++

"cik,rahim isteri encik dah terbuka dan tali pusat anak cik dah nampak".

aku terkedu.

di bilik rawatan kecemasan,terdengar suara bini aku meraung-raung.

"masukkan balik anak saya doktor,masukkan balik".

teriakan itu menyiat-yiat hati aku.

"kalau dia lahir,10% harapan untuk dia hidup cik".

aku memandang lesu doktor muda berpangkat kapten itu.

"doktor,tolonglah buat apa yang boleh menyelamatkan dia".

dan bini aku dihantar ke wad bersalin.

waktu di telefon menunjukkan 1.30 pagi.

+++

bang mokhtar dan mak aji tiba.

aku dipanggil doktor sekali lagi.

"kandungan isteri cik berusia 25 minggu.memang tidak boleh diselamatkan lagi.kalau seminggu lagi,mungkin harapan dia untuk hidup tinggi".

aku terdiam.

oh,seminggu sahaja lagi anakku!.

aku masuk ke labour room.

"maafkan sayang,halal makan minum.sakitnya bang!".bini aku mengenggam erat tangan aku.

"ya,ya abang maafkan".

dan masa tu mata ku mula bergenang.

aku terpaksa keluar.

dan waktu menunjukkan 3.00 pagi.

+++

15 minit kemudian.

doktor memanggil ku semula.

"alhamdulilah,bini cik selamat".

"anak saya doktor?".

dan ketika itu doktor menunjukkan arwah anak aku.

oh,oh!.sungguh comel dan bersih kulitnya.ikut warna kulit ummi mu!.

rambutnya,telinganya,tangannya,kakinya,mukanya dan

ya tuhan!,dia anak lelaki ku!.

yang seperti ku inginkan!.

kerana dalam tempoh bini ku mengandungkan dia,ramai orang beranggapan dia perempuan!.

oh,oh!.aku terus terduduk dan terdiam.sebak.

kasihan anak ku.kau dilahirkan untuk tidak dapat bersama kami.

"dia hanya mampu dapat bernafas untuk tempoh 10 minit sahaja".

kenapa 10 minit?.kenapa tidak 10 jam?.kenapa tidak 10 hari?.kenapa tidak 10 minggu?.

tapi.

itu takdir yang telah ditentukan untuk aku dan isteri.

aku terima dengan redha.

"doktor,bersihkanlah anak saya dan biar saya uruskan pengebumiannya".

dan sewaktu aku lihat anak ku dibawa masuk ke bilik nursery.

aku terdengan suara-suara nurse di belakang.

"suami dia cool jek."

cool kepala bapak dia!.

+++

siangnya urusan pengebumian dijalankan.

aku ikut mandikan dia.

dan ketika tok imam membalutkan dia.

aku sebak lagi.bini ku masih dihospital.

+++

dan hari ini.trauma yang dialami oleh bini aku masih belum sembuh.
air mata selalu menjadi teman.
aku sudah kehabisan modal untuk memujuknya.
bagaiamana hendak ku pujuk sedangkan aku sendiri masih lagi tak keruan.
walaupun di luar.
orang nampak aku masih seperti dulu.

dan nampaknya Daryll mcPherson terpaksa berseorangan dulu melayan kerenah anak-anaknya.

p/s : entri ini personal.

Tuesday, February 14, 2006

off komik dan kekeluargaan


aku suka baca komik.sebarang komik yang aku suka.
terutama sekali mini-mini komik yang ada dekat suratkhabar kita.

salah satu comic strip yang aku suka ialah seperti di atas.

comic strip babyblues.

Babyblues mengisahkan keluarga mcPherson yang terdiri daripada si bapa bernama darryl,mak bernama wanda dan anak perempuan sulung mereka,zoe,adiknya hammie dan yang bungsu (untuk sementara waktu ni kot?) yang aku tak tahu namanya.

komik ini selalu mengutarakan hal ehwal kekeluargaan dari sudut pandangan si bapa hingga ke anaknya.

yang menjadi fokus selalunya zoe.kakak yang serba ingin tahu.

aku jumpa keratan komik ni semasa aku bercuti di Port Dickson tempoh hari.tertarik dengan cerita kali ini menyebabkan aku simpan keratan ini hinggalah semalam,aku baru berkesempatan untuk scan dan simpan dalam blog iaitu hari ini.

membaca keluhan bapa melihat ruang tamannya yang porak peranda akibat kelasakan anak-anaknya menyebabkan aku terfikir.

betulkah,"parenting is really a hard job"?.


aku pun akan menjadi seperti darryl tak lama lagik,sungguh aku rasa sangat-sangat execited untuk ini semua.

persoalannya ialah mampukah aku?.

betahkah aku
kalau-kalau anak-anak aku nanti
jahanamkan komputer aku?.
conteng-conteng dinding rumah aku?.
koyak-koyakkan hasil kerja aku dengan alasan "kakak/abang nak buat kapal terbang kertas".
buat terjun tiruk di kerusi kesayangan isteri aku?.

menjeritkah aku dengan kata-kata standard modified seperti
"jangan panjat!".
"jangan main hujan!".
"masuk tidur".
"lekas mandi".
"bangun-bangun,dah siang dah!".

apabila melihat anak-anak aku membesar di depan mata aku.

aku kurang pasti.aku takut aku tidak boleh menjadi darryl yang baik,yang begitu setia melayan kerenah anak-anaknya (aku baca cerita mereka sejak aku tahu baca suratkhabar omputih).

seperti darryl yang mengeluh melihat anak-anaknya.aku juga mungkin jadi begitu.

tapi

kalau kau tengok pada kotak terakhir komik diatas.

kau akan tersenyum seorang diri.percayalah!.

seperti darryl dan wanda.

aku juga percaya

anak-anak adalah anugerah yang paling tak ternilai untuk kita semua.

Thursday, February 02, 2006

lewat sedikit




aku rasa,secara teori.aku merupakan penyumbang terakhir untuk buku ini yang dapat membaca hasil tulisan aku dan rakan-rakan yang lain. :P

jangan salahkan mamat ini.aku sememangnya tidak ada semasa mereka melancarkan buku ini serta promosi yang maha hebat mengalahkan iklan courts mammoth.

kiranya penyumbang yang lain sudah kaya-maya (betul ker?) hasil jualan buku mereka maka aku baru hendak memulakan langkah.

oleh itu,kepada kalian (ini perkataan beli jiwa) yang berminat untuk mengetahui apa yang di maksudkan dengan JIWA KACAU serta ingin membaca sesuatu yang berlainan dari lambakan-lambakan yang tah apa-apa di rak buku kedai mamak mahupun 7-eleven di kawasan kalian,silalah email kepada aku (akulerdon at yahoo dot com) dengan tajuk "APA JADAH JIWA KACAU TU?".

oh,tak mahal RM 20 sahaja semuanya dan arahan selanjutnya jika kalian sudah mengemail kepada aku.

terima kasih!.