Monday, November 09, 2009
Bila teknologi bawa penyakit
Kadang-kadang bila niat telah dipesongkan menjadi sesuatu yang tak baik. Akibatnya amat buruk sekali. Sama macam tujuan asal senjata dicipta, katanya untuk mempertahakan diri, alih-alih peperangan yang tiba. Manusia juga yang sengsara. Kalau tak, mana datangnya pepatah senjata makan tuan kan?.

Aku sendiri hairan.

Benda paling hip sekarang ni, pelbagai laman web sosial sekarang ini, dah jadi medan "anyam ketupat" versi baru. Versi atas talian, versi "lu petik satu, satu dunia tahu". Bukankah tujuannya yang asal adalah untuk mencari teman-teman lama mahupun baru untuk menghubungkan siratul rahim?. Ini boleh pula kau jadikan medan "anyam ketupat", sana-sini kau jaja cerita?. Apa hal?, buang tebiat?.

Kau lupa ke, kalau dah namanya "anyam ketupat" tu tak baik, luar talian atau dalam talian, tetap jadi tak baik. takde mananya kau boleh nak menghalalkan benda ni atas dasar teknologi. Kepala bapak kau lah!.

Tolonglah, jangan malukan teknologi itu sendiri, kalau kau sendiri yang tak boleh nak majukan diri sendiri. Masuk duduk bawah tempurung sedangkan orang semua dah jadi burung, terbang tinggi di langit.
Kau rasa, kau dah hip sangat sebab ikut "trend" tapi dalam masa yang sama kau memburukkan "trend" itu kepada benda yang lagi buruk?. Makrop li sukun betul kau ni!.

Kau kena ingat, hidup kau bukan bergantung atas talian sahaja, kau tutup komputer, lepas tu kau balik, silap-silap kereta kau kena simbah cat, silap-silap kau sendiri kena tikam, kerana kebodohan kau sendiri menguruskan teknologi itu. Ingatlah, teknologi ini untuk dijadikan benda baik, bukan buruk.

Jangan cemarkan golongan-golongan yang mencintai teknologi ini, yang menggunakan teknologi ini dengan baik dengan sikap menjengkelkan kau itu. Kau sebenarnya tak layak untuk guna teknologi sebegini maju, diberi pun atas dasar untuk memudahkan kerja, ada pernah kau hargainya?.

Lain kali, sebelum kau nak cerita "anyam ketupat" tu, fikir-fikirkan lah!. Bukan kau seorang yang guna teknologi tu, ada dua belas juta, empat ratus lapan puluh ribu tiga puluh tiga orang (anggaran) yang guna benda yang sama!.

Ingat sikit!.

Susah sangat, aku block saja kang!.
 
posted by ayobkelubi at 6:54 PM | Permalink | 0 comments
    |
Monday, October 26, 2009
Tiada tajuk lagi
Lama sangat cuti mengadap benda alah ini menyebabkan nak bubuh tajuk pun boleh kering idea kan?. Dasyat betul orang yang boleh cerita macam-macam, hari - hari dalam blog mereka kan?.

Nak buat entri sempenan hari bapa macam tak kena gaya pula. Kang orang cakap gila meroyan ke apa?.
Nak buat entri ala-ala tarekat, konpom ada kutuk yang petik cakap aku ni nak buka cawangan Abdul Kahar DUN Tanjung Bidara pula.
Nak buat entri ala-ala jiwang, haihh, marah Eddie Vedder dengan aku kang!.

Aku ingat

Aku nak buat entri riak lah. Boleh ke kawan-kawan?. Bukan selalu aku riak pun, rasanyalah!. Ha ha ha.

Apa yang aku nak riak ni eh?.

Cuba tanya peminat Manchester United!.

Terima kasih.
 
posted by ayobkelubi at 11:27 PM | Permalink | 1 comments
    |
Monday, October 05, 2009
Mortimer dan kalkulatornya.
Seingat Mortimer
kali terakhir dia melihat bapanya.
Bapanya telah berpesan
Jaga kalkulator ayah
Kalkulator ini mampu mengubah sejarah.

Seingat Mortimer
kali pertama dia mencuba kalkulatornya.
kalkulatornya mengubah sejarah
bukan Nagasaki mangsanya
tapi kota London sasarannya.

Seingat Mortimer
kali pertama dia nekad mengubah sejarah
kalkulatornya gagal menerimanya.
Inginkan Marikh untuk dijejaki
tapi Bulan yang digapainya.

Seingat Mortimer
kali pertama dia menangis kerana sejarah
kalkulatornya menghadirkan bidadari.
bidadari dari dunia seni agong
berbibir tebal, bikin berahi hati.

Seingat Mortimer
kali kedua dia mengulang sejarah
kalkulatornya membawa neraka
mahukan Hitler sebagai pelukisnya
Perang Dunia Ketiga hasilnya.

+++

Aku kekeringan sejarah. Jadi ia kena berhenti takat situ dulu. Tak nak ganggu dulu tetapi kalau kalian ada sejarah yang mahu ingin kalian tukar. Silakan tambah barisan cerita ini. Harus mulakan dengan "seingat Mortimer". Mari kita lihat, sejarah apa yang benar-benar merunsingkan kita sebagai manusia.
Jadi

Tunggu apa lagi?. Cubalah!.
 
posted by ayobkelubi at 1:32 AM | Permalink | 0 comments
    |