Thursday, October 27, 2005

TT#2

hate is a baggage,life to short to be piss off all the times,it just not worth it --- daniel vinyard

SI POLAN ITU

si polan itu selalu
si polan itu kerap
si polan itu mesti
si polan itu biasa

mengeluh
menangis
merengus
membebel

kadang-kadang

si polan itu paranoid?
si polan itu melankolik?
si polan itu sarcastic?
si polan itu arrogant?

entahlah.
entahlah.
entahlah.
entahlah.

biarkan

sang polan lain

melihatnya
merenungnya
menafsirnya
menghakiminya

si polan itu.

Wednesday, October 26, 2005

TT#1

tahun ini merupakan raya yang paling "gelap" dalam sejarah hidup aku.
raya yang diringi perasaan yang sukar digambarkan dengan __________.

tahun ini.
raya yang aku rasakan sungguh sunyi dan sepi.
aku maklum.
yang terutama aku tidak dapat bersama sweetheart.
kesian dia menanggung beban berseorangan.
tabahlah!.

yang kedua nya.
tahun ini setelah beberapa lama aku tidak di sedarkan dengan kematian.
kali terakhir ialah semasa mak long aku meninggal pada tahun 1985.(kakak bapak aku)
dan kematian jauh meninggalkan aku.
atau aku yang cuba lari dari kematian.

tapi

tahun ini.

kematian telah menghambat aku kembali.

pertamanya.
tiga minggu sebelum aku ke sini.
aku dikejutkan dengan kematian mak long aku.
di dalam tidurnya.
meninggalkan pak long,jon,yah dan amnah.
dan kami-kami.anak-anak sedaranya yang manja-manja belaka dengannya.
terutama sekali aku.
dan aku ingat.sampai mati.
aku memeluk pak long sambil menangis
"mak long dah takde pak long" --- berulang-ulang.
medot yang keras hati pun turut sama menangis semasa kami menurunkannya ke liang lahad.

dimana dia lah satu-satunya makcik aku yang paling suka dengan lawak-lawak bodoh aku.
walaupun aku sudah berumah tangga.
masih menganggap aku alip yang 15 tahun dulu selalu mengendengnya meminta membuat"candy home made"nya walaupun bukan hari raya.

setiap kali raya,dia pasti tidak akan lupa menyediakan "candy home made"nya khasuntuk aku sebalang.

itu bermula sejak aku mula pandai bercakap

tapi tahun ini.

sepi.

aku pasti,kami-kami.anak-anak sedaranya yang manja-manja belaka merinduinya dan"candy home made"nya.

dan ironinya.

dua hari lepas.

genap tiga minggu aku di sini.

salah seorang sahabat baik aku meninggal.

kemalangan.

meninggal di depan mata salah seorang sahabat baik aku juga.
meninggalkan si anak yang baru hendak petah bercakap.

kali terakhir aku bertemunya semasa bertandang ke rumah aku,tahun lepas
selepas pulang dari kenduri kahwin naza.

dan gapar yang keras hati tu turut menangis semasa aku menelefonnya semalam.

walaupun untuk tempoh yang singkat aku kenali dia.(2 tahun lebih)
tapi hati budinya sudah cukup membuatkan kami sebagai adik beradik.
terutama sekali gapar dan madi.mereka cukup rapat dengan arwah.

makan bersama.hisap rokok bersama.tidur bersama.

dan burger yang satu itu dipotong 4 atau 6.selalunya 4.dan kami akan ketawa.
dan aku selalu letak motor buruk aku di rumahnya jika aku keluar berkursus.
dan dia sudi menghantar dan mengambil aku di stesen komuter.
dan aku sendiri membantu dia dan bakal isterinya ketika itu membersihkan rumah yang bakal aku tumpangkan motor buruk ku itu.
dan yang paling aku ingat.
kereta kancilnya,selalu diberi pinjam kepada aku.jika dia pulang ke kampung.

"ko ulang-alik melaka naik motor,bahaya,ko tu baru kawin".
itulah dia.seorang sahabat.
perginya memang pasti tapi terlalu mengejutkan.

beritanya hari ini --- disini
dan
cukup dengan dua kematian tahun ini,membunuh selera aku untuk berhari raya.
adakah kematian seolah-olah memberi aku satu notis?.
satu notis peringatan yang ingin menyedarkan selama ini aku lalai dariNya?.

p/s: entri ini personal.

Tuesday, October 25, 2005

awan kelabu

sedang aku sedang dalam kelas.

aku dapat berita ini.

kawan-kawan

hadiahkan al fatihah untuk iskandar masman b lukman hakim.

arwah meninggal malam semalam.

beliau seorang rakan yang sangat baik.

salah seorang dari geng "jahat" di tempat lama shah alam.

aku,fuad,wandy,gapau,madi,panjang,jijal dan dia.

mengulau bersama-sama.

aku ingat jasanya yang selalu memberi pinjam keretanya masa zaman aku ulang-alik dulu.

aku terkenang nasib adibah shahira.

baru berumur 2 tahun.ayah nya telah tiada.

al-fatihah untuk arwah.semoga rohnya dicucuri rahmat dan limpah kurnia dariNya.

p/s: lagi beberapa hari nak raya kan?

Saturday, October 22, 2005

di sini,mesinnya agak canggih III

berapa ramai yang akan hadir jika maut menjemput aku?

aku buka mata aku perlahan-lahan.

aku kembali.

kembali ke kg paya 19 tahun nan lampau.

aku nampak diri aku,boy dan tembab sedang mengheret peti ais lama yang hendak dibuang.

hari tu mak teh aku baru beli peti ais baru.

disebelah rumah atuk aku ada sebatang sungai(layaknya adalah sebuah monsoon drain).

kami mengangkat peti ais itu dan menurunkannya ke dalam longkang itu.

boy duduk di depan,aku di tengah dan tembab di belakang.

sebetulnya,hanya kami bertiga cucu lelaki ketika itu.

boy darjah 5,tembab darjah 3 dan aku darjah 2.

jadi.kami bermaharajelela untuk buat apa sahaja.

dan menjadi sejarah.

cucu-cucu imam haji ahmad menjadi pelayar pertama menyusuri sungai a.k.a longkang kg paya.

seronok tak terkata.

kanak-kanak lain berlari-lari ditebing sambil melambai-lambai dan menjerit-jerit nama kami.

aku rasa sungguh bangga.seolah-olah kami baru pulang belayar mengelilingi dunia.

dan

akibatnya

petang itu,teruk aku disebat oleh mak kerana kerja gila itu.

+++

aku buka mata.

aku berada pada tahun lepas.

kini kg paya itu telah tiada lagi.

sungai a.k.a longkang itu pun telah tiada.

semuanya telah diturap.rumah-rumah kampung habis semua roboh.

satu-satunya bukti kg paya itu pernah wujud ialah masjidnya sahaja.

itupun mungkin kerana telah didesak.

kemajuan telah memaksa warisan mengalah.
kemajuan menyebabkan matinya kenangan manis.
kemajuan mendesak tradisi berundur.

dan

kerana kemajuan juga,menyebabkan haji ahmad selalu termenung.

mengenangkan nasib dirinya yang sudah tua tapi tidak berumah.

syukur ada anak-anak yang masih lagi berjasa.

aku lihat diri aku sedang merenung atuk aku di beranda rumah mak teh.

merenung ke depan.

ada air mata mengalir di pipinya.

merenung ke kg paya yang sedang bertukar menjadi taman perumahan paya.

mesin telah berbunyi.

aku meninggalkan atuk aku dengan diri aku berdua di beranda.

+++

aku buka mata

dan aku kembali di sini.

melangkah pulang.

dengan niat untuk menghantar poskad kepada atuk aku di sana.

aku juga rindukan kg paya.

Wednesday, October 19, 2005

disini,mesinnya agak canggih II

jangan cuba hendak memusnahkan manusia lain sedangkan kita sendiri menuju kemusnahan.

malam ni,

aku nak ke tempat tu kembali.

kawan-kawan aku masih sibuk bertanya.

apa kau buat depan peti surat tu?.

aku cakap nak belajar bahasa jepun.

malam ni,

aku nak kembali.

kembali semasa kampung paya kesayangan ku masih gah lagi.

semasa kampung paya di kluang itu memberi seribu satu pengembaraan dan keseronokkan.

sebelum di ditelan oleh arus pembangunan oleh kontraktor perut gendut yang laparkan uang.

Saturday, October 15, 2005

disini,mesinnya agak canggih

aku bangkit hari ni agak lewat ( baca: sengaja di lewatkan).

sedang aku berjalan keluar meneroka ceruk-ceruk kawasan yang belum aku teroka lagi,aku terjumpa sesuatu.

masukkan 100 yen untuk kembali ke zaman lampau selama 10 minit,500 yen untuk 30 minit.

aku terkejut.

lantas aku teringatkan orang ini.

aku pun mencuba.

dan selepas itu.aku nampak diri aku di kg sawah raja,rembau.

di serambi rumah wan induk.

sedang disakat oleh pakcik-pakcik aku.

aku sedang dipaksa membaca sifir 2 hingga 12.

kemudian salah sorang pakcik aku bertanya.

2 kali 1000 berapa?.

aku jawab,aku tak belajar lagik,mana tahu!.

seluruh rumah bergegar dengan hilai tawa.

aku lihat diri aku,

bodoh!.

itu semasa aku berumur 6 tahun.

kalau aku beri jawapannya 2000,sudah pasti diri aku menjadi perhatian media sebagaimana budak kecil yang bernama shukri pernah mendapat perhatian kerana kepandaiannya.

apa cerita dia sekarang?.


penggera berbunyi.

menandakan masa telah tamat.

apabila aku membuka mata ku kembali,aku berasa disini.

sedang diperhatikan oleh kawan-kawan aku.

kau ok?

aku ok,nak carik sayur nak buat berbuka.

lantas meninggalkan mereka terkebil-kebil.

apa jadah si jadon ni termenung depan peti surat?.

pengembara masa lain
harimau naik kembara
bukunota ada kaki

Wednesday, October 12, 2005

not here, in makuhari

they said.

is there anything inside yourself is related towards your feeling about this celebration?

and i just smiled.

they really pissed off because me playing "old school rocka" rather than "dendang perantau."

and

they think that playing those raya songs really get the meaning of raya abroad.

and i wonder.

ever they played those songs while back at home?.

do they really understand the meaning of the celebration itself?.

and

me for not joining them into this kind of "kesyahduan" abroad is rather distrurbing.

for them

yeah,they will read this

and i don't give a heck about it.

it's me

still me

or am i just a old paranoid humanoid?.

we see about it.

or maybe i am still an arrogant gentleman.

haha!.

Saturday, October 08, 2005

friendship forever

hari ni takde cerita pasal JEPUN.

maaf.

korang.

tengok gambo kat bawah nie.

bapak dia --- aku dah berkawan hampir nak masuk 10 tahun.betul kan long?.
kalau bapak dia takde.aku takde menulis entry nie.aku dah mati.
betul kan long?

mak dia --- aku kenal melalui bapak dia.dalam nak masuk tempoh yang sama gak kan mama
tinie?.

dia --- aku baru kenal dalam tahun nie.

harap-harap dia akan kenal erti persahabatan yang sebenar.

terima kasih mama tinie.

korang,kalau nak berkenalan dengan the most understanding couple nie.

sila pergi ke blog mereka

Tuesday, October 04, 2005

menunggu air tebu di chiba


kau tengok.

kau tak sedih ker?.

dah lah puasa kat tempat orang.

ingat ader ker pasar ramadhan yang famous-mefous cam kat tempat kau?.

kesian kat dia.

jadi.

macam bersamamu tv3 tu.

kirimlah sebungkus dua air tebu untuk mamat tu.

dia kepingin nak berbuka dengan air tebu nanti.

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!.

KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN.

SELAMAT BERPUASA!

doakan aku berjaya berpuasa.

Monday, October 03, 2005

sangkut di shinjuku

kadang-kadang tu bila dihujan dengan pertanyaan,aku hanya perlu jawap dengan sengihan ataupun senyuman.

tapi

bila soalan

apalah yang kau dapat dok menulis hari-hari kat internet tu.

aku balas

macam kau pergi shopping complex untuk dikatakan windows shopping tapi sebenarnya mata kau melilau ke punggung yang pejal dan tetek yang mengkal kepunyaan dara-dara dan non-dara untuk memenuhkan nafsu berahi kau tu.

macam tu lah

blog --- shopping complex
entries --- punggungs dan teteks
nafsu berahi --- nafsu berahi

mana windows shoppingnya?

windows shopping - yahoo messenger untuk lihat punggung dan tetek yang sebenar.

aku pun lelaki!

hahaha

+++

sesetengah orang amat peka dengan keadaan sekeliling.

orang ramai : "A,pergilah tolong tarik langsir tu!"

A : "okeh"

Selesai

B : Aik,pakai smart-smart,kerja tarik langsir je?.

Orang ramai : "hahahaha"

A : "Biasalah tu"

C : "Heleh,cuba suruh B buat,mampus dia tak nak buat"

Orang ramai : .........

Jadi.

Kesimpulannya?

Adakah C tidak paham akan kategori lawak yang sedang dijanakan oleh B kepada A ataupun C memang sensitif tak bertempat?.

Atau

Kita perlu salahkan orang ramai? atau pun A ataupun B mahupun C?.

Yang pasti semua diatas tu melayu.
Mungkin ini budaya melayu.

Suka sibuk hal orang.suka mengenakan orang.sensitif tak bertempat dan baaaaaaanyaaaaaakkkkk lagi.

Aku?.

Pusing-pusing,kadang-kadang berlaga juga.