Friday, October 20, 2006

Raya weh!




Apa lagi?
Makan ler puas-puas yer dak?
;)

Tuesday, October 10, 2006

Kenangan yang berbaki : cerita ramadhan

Lepas baca entri blog makcik ni. Sentimental aku jadinya. Aku rindukan kenangan ramadhan di flat polis Bukit Aman. Berpuasa di flat itu paling seronok aku rasa.

Berebutkan moreh selepas terawih. Pedajal selipar orang-orang tua dengan ikat mercun tarik. Buat acara "Bobsledge" depan bukit depan surau masa orang tengah terawih. Tolong Tok Siak bentang tikar untuk berbuka lepas hantar juadah berbuka. Perang pakai mercun "Moon travel" tapi kat flat aku, kami panggil mercun "Suppp...pah!". (Bunyi dia macam tu). Baling mercun katak kat pejabat Kementerian-apa-tah-aku-pun-mana-reti-dulu-dulu kan?. Paling "grand" sekali. Acara mandi beramai-ramai mandi dalam kolah air sembahyang lepas balik sekolah!. Hahahaha. Teruk aku kena sesah lepas tu dengan mak. Hahahaha.

Apa Khabar kalian agaknya ek?. Bagaimana puasa kalian?.

(Aku, Mamat Toyol, Setan Merah, Mahathir, Abun, Dol, Syukur, Emon, Emi Gemuk, Adik Eda. Arwah Omera ). Kami anak-anak polis yang sentiasa riang tanpa perlu fikir apa itu wang, kerja dan kehidupan.

p/s : Entri ini personal.