Tahun 1997.
"Lekaslah dol!". Aku jerkah kat Abang Punk, apa punya terhegeh-hegeh kawan aku seorang ni.
Dalam bilik tu, bilik aku, ada aku, Abang Punk, Tombeng, Hassan, Fariz Bangau, Bad Bongek dan Jai Kreng. Hari tu hari jumaat. Kami pakat-pakat tak nak pergi sembahyang jumaat.
Nekad tak nak pergi sembahyang jumaat di sulami dengan acara memakan maggi perisa kari rendam air panas. Maklumlah,zaman "student". Berlapar itu revolusi katanya!.
"Kita kena standby gak ni geng". Tombeng menyuarakan kebimbangan.
"Apahal lak kena standby?". Aku tanya.
"Buatnya "sarban" naik kejap lagi, tak mampus kita kena hambat!". Sarban ialah warden yang paling cukup kami berbulu. Lepak kat koridor tak boleh, main bola pakai seluar pendek tak boleh, kena islamik selalu. Haissshh, mau tak angin kami. Maklumlah, zaman "student". Memberontak itu revolusi namanya!.
Aku tengok Abang Punk dengan Fariz Bangau dah siap-siap dengan baju melayu lengkap, Tombeng dengan Jai Kreng pakai t shirt dengan kain pelekat. Bad Bongek dan aku dengan pakaian kelas saja. Hassan buat macam biasa.
"Korang nie dengan "sarban" pun nak takut". Tukas Hassan sambil mendabik dada. Lantak kau lah Hassan, kalau kau kena, padan muka!.
"Sarban tak akan naik lah blok kita ni, mana dia berani dengan aku". Hassan mendabik lagi.
"Malas aku nak layan budak berlagak ni". Fariz bersuara sambil bangkit untuk pergi mencuci bekas magginya. Tandas dan bilik aku adalah dalam selang 6 bilik lagi.
"Celaka!, celaka!, "sarban" on the way woiii!". Tiba-tiba Fariz mengelupur. Dia baru nak keluar dari bilik aku. Dia nampak "Sarban" dekat hujung tandas.
Kami kelam-kabut simpan semua peralatan makan. Semua berposak-posak nak bersiap. Ngam-ngam kami bersiap, "sarban" bukak pintu.
"Hah, dah siap semuanya?!". Jerkah "sarban".
"Sudahhhh!".
Hassan dengan selamba badak keluar dari bilik aku dengan mendada.
"Hassan oi, awak nak kemana?". Sarban menahan.
"Sembahyang lah encik".
"Oooo, sembahyang eh?, siapa ajar awak pergi sembahyang pakai baju melayu dengan tuala?".
Kami tengok Hassan beramai-ramai.
Hek eleh, memang dari tadi kami tak perasan yang Hassan bertualah saja. Hassan kat situ juga kena "attack" gelak dengan kami. Termasuk "sarban" sekali.
Petang tu, kami nampak Hassan kena denda lari keliling padang dengan pakai tuala itu saja!.
Hassan o Hassan!.
No comments:
Post a Comment