Tuesday, March 24, 2009

Kenapa mahal sangat?

Aku terima satu SMS hari minggu lepas.

Kenapa orang lelaki eh, bila letak hantaran tinggi sikit,mulalah nak komplen,mahal kemudian tanya ada sijil ke,diploma ke, ijazah ke?.Kolot betul.


Itulah. benda ini dah jadi macam satu trend pula kan?. Kalau anak kau ada lebih pendidikan sikit, mulalah nak caj mahal-mahal. Kalau ikutkan, sebenarnya, terpulanglah pada keluarga nak menentukan benda ini semua. Bagi aku, bukan pendidikan itu yang patut dijadikan ukuran. Kebolehan si dara yang patut jadi ukuran. Adakah dia mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suri yang baik jika dia berpendidikan tinggi?. Adakah dia tidak mampu menjadi ibu yang baik jika tidak berpendidikan tinggi?.

Apa yang aku nampak zaman sekarang ialah trend mengikut, macam mana yang dikatakan mengikut?. Contoh, kalau si dara tu orang terkenal (baca : artis), jadi nak mengekalkan status terkenal, kenalah bagi hantaran yang tinggi sikit, baru kena dengan status. Kan ke menyusahkan nanti?. Tak terfikir ke mereka bahawa perbuatan mereka ini akan memberi impak kepada masyarakat?.

Tidak dinafikan, zaman wanita berkerjaya,masih ada lagi mampu menjadi suri yang baik. Tabik untuk Kak Pnut dan rakan-rakan yang aku kenal. Memang outstanding habis!.

Puncanya ialah dari golongan si dara yang cantik manis wannabe artis ni yang sangat-sangat demanding lagi menggatal memberi caj yang mahal kepada kekasih hati untuk mendapatkannya. Dengan guna alasan benda ini memang trend lah sayang. Fuh!.

Bila si teruna kata mahal sangat,mula nak muncung muka, keluarkan kenyataan, kalau dah suka mesti sanggup buat apa saja kan?. Kak cik, kak lang semua, ini bukan zaman Tanah Persekutuan Melayu. Tidak perlu fikir mana nak dibayar kereta, mana nak ditanggung adik beradik atau yang sewaktu dengannya. Ini zaman, semua bergerak kena duit!.

Senang ceritalah, kepada si dara, aku nak tanya. Sanggupkah kalian tengok kekasih hati berkerja keras mengumpul duit semata-mata untuk memperolehi kalian kemudiannya lepas kahwin, sangap dua tiga tahun sebab semua duit dah perabih buat kenduri kahwin 17 hari 17 malam macam buat pesta konvo?.

Takpun, bila kekasih hati kalian sibuk berkerja mencari duit, dalam masa yang sama, kalian mahu juga diberi perhatian, mahukan itu ini dalam tempoh pencintaan itu. Bila tidak dilayan,mulalah buat muka macam-macam gaya. Alih-alih bila kekasih hati tu tinggal lagi sepuluh sen nak cukup sepuluh ribu buat hantaran untuk kalian, minta putus kasih atau tunang dengan alasan tak dapat perhatian sepenuhnya, takut lepas kahwin,lagilah tak dapat perhatian. Kan ke What The Fuck namanya tu?.

Lagi satu, dah ditahu kekasih hati tu kerjanya biasa-biasa sahaja. Gajinya untuk diri sendiri tinggal seratus ringgit sahaja. Gagah juga nak minta mahal-mahal apa kejadahnya?. Kata sehidup semati,seia sekata?. Bila susah, di tinggalkan kekasih hati terkontang kanting?.

Untuk si teruna juga, kalian dah kenal betul dengan kekasih hati kalian untuk mengikut semua kemahuannya?. Sebetulnya kalianlah kena guide mereka untuk bawa berbincang. Jangan buta-buta sangat nak ikut. Ialah, tahu kekasih hati kalian cantiknya mengalahkan model Victoria Secret. Jangan lepas sepuluh tahun kemudian, pandang kekasih hati lebih kurang macam pandang ah so jual telur masin dekat pasar malam tu!.

Lepas tu, kalian sanggup nak ikutkan caj tu. Bila dah dekat due date,duit tak cukup-cukup, mulalah pendek akal, pinjam along,takpun jual ganja atau ais. Elok-elok malam pertama nak majlis pecah tanah, polis dah ketuk pintu bilik. "Ikut kami ke balai cik". Tak pasal-pasal jadinya kan?.

Isu ini sebenarnya dah lama cuma tidak sepanas PPSMI ataupun POKOK DEMOKRASI kerana tak kena batang hidung orang-orang yang KAYA sangat di atas tu. Kita, rakyat marhaen ini yang selalu bergasak mengenai isu ini.

Kalau boleh, masa kursus kahwin tu, ada juga buat penilaian kecekapan untuk menjadi isteri dan suami, kemudian baru boleh "set"kan caj yang sesuai. He he he!.

Bagi aku, ini adalah situasi menang-menang. Kalau benarlah nilai si dara itu benar-benar menepati spesifikasi yang diingini, apa salahnya bukan?. Asalkan kalian berdua hingga ke akhir hayat bersama selamanya. Dalam erti kata lain, bawa-bawalah berbincang. Kalian berdua sudah benar-benar kenal luar dan dalam hati masing-masing bukan?.

Perkahwinan ni bukan hanya pada majlis dan hantaran saja, ini adalah untuk selama-lamanya. Kalau awal-awal dah bergasak bagai nak fight harga, macam mana nak melayari bahtera sampai dua puluh tiga puluh tahun?. Betul tak? .

P/S : Isu ini tidak relevan untuk mereka yang kahwin, di taja oleh mak bapa ataupun syarikat konglomerat lagi korporat dari hujung rambut hingga ke hujung kaki lepas kahwin dapat rumah serta orang gaji dan kereta seorang sebiji!. Golongan ini, aku hanya boleh kata BESTLAH KAU!!.

Monday, March 16, 2009

Hari ini saya terpaksa riak,minta maaf.

Aku bukannya apa, dulu ustazah aku pernah pesan,jangan riak atau takbur, takut-takut jadi berdosa namanya. Harap-harap yang ini tidak berdosa gamaknya.

Bila terlalu riak kononnya "unstoppable" di tempat sendiri, akhirnya memakan diri. Lepas tu sibuk pulak "goalie" nak buat rekod tak bolos beberapa ribu minit. Isk,isk,isk (buat gaya Upin di sini).

Penjaga gol pecah rekod tak bolos selama beberapa ribu minit tu?. Ya rabbi, sekali bolos kena 4!. Lebih kurang macam goalie Malaysia masa kena titik ngan UAE saja. Korang tak percaya?. Tengok bawah ni.



Itulah, ustazah dah cakap, jangan riak. Nanti makan diri. He he he.

Walaupun peluang untuk menang liga agak tipis, tapi janji dapat kalahkan masa away dan home dah kira ok sangatlah tu!.

Sekali lagi, mari kita riak!.

Wednesday, March 11, 2009

Belum lagi

Rileks. Belum boleh nak riak lagi. He he he.

Friday, March 06, 2009

Pot lah bukan pork!

Akim "ngular" ke Rembau. Katanya nak bayar "bil". Bil apa aku tak tahu lah. Akim ajak aku ngulor sekali tapi aku malas, nak buat "esemen" kata aku. Ha ha ha.

Selalu kalau kami berdua keluar ngulor, mesti lepak gerai cendol madu. Dia punya madu, perghhh, menyirap darah kalau kena selalu. Nak-nak yang tukang buat tu pun boleh tahan gak dia punya "madu". He he he.

Bila aku syak Akim tak balik lagi dari Rembau, aku teringat aku ada benda nak beli. Jadi aku telefon Akim minta tolong beli kan barang tu.

"Weh, lu dah balik lom?".

"Belum, kek Rombau laie".

"Beb, lu belikan gua satu Shaldan Pot untuk gua boleh?".

"Hah?".

"SHALDAN POTTTTTTTT lah!".

"Shall we pork?".

Gua dengan Ada dah gelak barai tahap cipan bila Akim cakap macam tu.

"S.H.A.L.D.A.N P.O.T!!!".

"Oooo, ok!".

Akim o Akim!. Memang dia sengal tapi kacak dan baik hati. Ada sesiapa nak kenal?.

Sekian entri saya yang berbentuk dialog. Saya benci tulis entri bentuk dialog sebab saya tak kelakar sangat orangnya.

Apa itu Shaldan Pot?. Lu gogel lah sendiri!.