Wednesday, November 07, 2012

Kakak panik

Dua malam lepas.

Lepas maghrib, aku sekeluarga rilek-rilek depan tv. Sejak ada orang baru (baby ok!) dalam keluarga aku, malam aku semakin terisi dengan aktiviti menjerit dan berguling-guling dengan nyawa aku dua orang tu, Ain Safiyyah (kakak)  dan Aleesya Safiyyah (adik). Afrina Safiyyah si bulat tidur nyenyak walaupun rumah di selang seli dengan jeritan aku tiga beranak.


Sambung balik cerita dua malam lepas,

Tiba-tiba kakak berlari ke tandas. Dia memang macam tu, nak rasa betul betul terkencing barulah mengelabah berlari ke tandas. Selalu juga kantoi kalau pergi jalan-jalan, memang bawak seluar lebih.

Tengah aku bergurau dengan adik, tiba-tiba kakak menjerit dari dalam tandas.

"Argghhhh, tidakkkkkkkkkk!". Aku dengan bini terkejut, apahal lah pulak kakak kali ni?.

Dia berlari keluar dari tandas. Termengah-mengah. Bini aku tanya kenapa.

"Umi, kencing kakak warna putih umi!. Langsung takde kuning, eeiiiiiiii".

Umi dia dah tersengih-sengih pandang aku.

"Maksudnya kakak minum air putih saja, tak minum air manis lain".Umi menerangkan ala cikgu sains. Aku angguk tanda setuju.

"Fuhhhh, lega akak, akak ingat kena "benser". Aku pelik, Benser?.

"Benser tu apa kakak?". Aku tanya

"Ala, macam orang dalam tibi cakap umi, orang perempuan kena jaga-jaga, nanti kena benser rahim".

Aku dah tahan gelak, pegang perut. Umi dah tersandar sambil urut dada.

"Kanser lah kakak!".

"Ooooo" perlahan suara kakak. Malu kantoi.

Takpe kakak, ayah faham. kakak memang nyawa ayah!.

Yang peliknya, rancangan apa dia tengok sampai tahu benda alah kanser rahim?.  Tak kan DisneyXD pula?.

1 comment:

Amy Z! said...

Hahahaha. Aku dah ketawa. Aku harap kakak tak kecik hati.
Tapi kakak memang bijak. Kecik2 dah tau pasal benser. Masa aku baya kakak aku tau conteng dan color buku je. Hahahaha.