Tuesday, September 23, 2008

Nak kena lempang?

Aku memerhatikan saja dari jauh, galak mereka bergelak tawa sambil tangan memegang rokok yang berasap. Mulut mengunyah tah apa ke benda nya, aku pun tak tahu dan ada seorang lagi, molek saja tangannya memegang air tin!.

*toot* dan *toot* lagi dalam hati aku.

Aku geleng kepala, zaman aku dulu, zaman-zaman nakal remaja, sejahat-jahat kami semua. Bila tiba bulan puasa, kami akan "slow down" kan tahap kebejatan kami. Kalau memang jenis "setan gondol tak boleh dibendung lagi" yang tak nak puasa tapi kami masih lagi hormat akan bulan puasa itu sendiri. Makan atau pun minum hanya di rumah,itu pun selepas emak dah tidur siang. Lepas tu berlakon penat macam puasa!.

Tapi

Budak-budak zaman sekarang, generasi "myspace" ini, langsung tiada rasa hormat pada bulan mulia ini. Duduk bersidai ramai-ramai di bus stop sambil menghisap rokok dan mengunyah makanan tanpa rasa segan dan silu. Paling sedih waktu itu pada pukul lima petang!. Serasa macam mahu jek aku rempuh bus stop tu biar mati semuanya tapi nanti raya nak balik dengan apa lak kan?.

Serasa macam nak aje aku pergi dekat mereka bagi lempang sedas dua tapi mengenangkan keganasan budak-budak generasi "myspace" ini yang sanggup membunuh untuk apa saja, aku bantutkan niat itu cuma aku bersangka baik bahawa mereka ini masih belum lagi mummayiz agaknya.

Sedih aku. Apa masalah mereka sehingga tidak mampu hendak berpuasa?. Beromen bagai nak. Opps!.

+++

Bila aku baca entri dari cikgu ni, buat aku terfikir. Apa masalah anak-anak generasi "myspace" ini?. Adakah terlalu banyak duniawi sangat?. Aku pun "punk rock" juga masa zaman seluar hijau tapi sekurang-kurangnya bila menjelang peperiksaan yang penting, aku akan "snap" diri aku untuk bersedia. Sekurang-kurangnya bila aku tidak berjaya mencapai sasaran tidaklah aku akan salahkan semua orang kecuali diri sendiri.

Betul, aku punyai anak-anak saudara yang lepas raya ini akan ambil PMR. Boleh masih lagi menonton tv pada waktu-waktu terluang. Bila ditempik suruh baca buku, mulalah buat muka ketat, bila disuruh tolong buat kerja-kerja rumah, susah pula nak bergerak!. Memang geram!.

Aku pula yang hari-hari akan dok membebel pasal peperiksaan itu. Tuan punya badan?, tak habis-habis dengan channel ARUNAnya. Haram jadah punya ARUNA!.

Situasi yang sama di ulu banat ini. Bezanya mereka ini lepasan sekolah. Lagilah, lagaknya ibarat sudah bekerja. Kata-kata kami langsung tidak mahu didengar. Yang mereka tahu, KOMPLEN, KOMPLEN dan KOMPLEN. Bayangkan kalau internet terputus di lab, sudah mula menulis surat aduan diserahkan pada pihak pengurusan!. Itu belum dikira lagi dengan surat-surat layang yang mengatakan bahawa ulu banat ini tempatnya bagai penjara!.

Hello cik kak dan cik abang, kalau tak nak rasa duduk penjara,pergilah masuk mana-mana kolej swasta yang banyak pak-pak afrika tu!. Boleh lepak dengan diaorang, sama-sama jadi orang Afrika!. Habiskan duit mak bapa tu cepat sikit!.

Kasihan pada mereka yang benar-benar mahu belajar untuk ubah masa depan mereka, bukan seperti kalian yang diseret mak bapa untuk belajar walhal hati dah sibuk nak mengatal,mengesek bagai tu!.

5 minit terakhir setiap kali kelas aku, aku pasti sampaikan pesanan-pesanan begini. Nasihat-nasihat yang boleh membuka mata dan minda mereka. Aku mahu mereka yang gigal-gigal nak mampus tu sedar bahawa masa depan ini bukalah semata-mata untuk punk rock selama-lamanya. Moga-moga mereka akan sedar. Amin.

Friday, September 19, 2008

Jangan lupa pelitanya weh!

Bukan aku malas, cuma keghairahan aku pada bulan puasa tahun ini memuncak tinggi disebabkan ada peneman baru berbuka puasa untuk aku dan permysuri. Jadinya, keghairahan aku untuk menulis turun sedikit. Nanti lepas mabuk lemang, aku menulis balik.

Kalau hari minggu tu, bila permysuri dah mula sinsing lengan, dia pun sama sibuk nak sinsing lengan juga.
Kalau waktu berbuka tu, dia pun sama juga, nak duduk makan sama-sama, nak minum air tebu, nak makan murtabak, nak bedal roti john, dalam erti kata lain, semua dia nak bedal!. Mengalahkan orang yang berpuasa. Ha ha ha.

Itu belum dikira kalau makcik-makcik dia datang untuk bergotong royong membuat kuih raya. Dia punya kepoh mengalahkan mak pengantin, siap dengan muncung mulutnya sekali mengarahkan itu dan ini. Ha ha ha.

Siapa dia?.

Tidak lain tidak bukan, anak perempuan aku yang bernama Ain Safiyyah.

Ini video dia tengah tumbuk bawang.