Sunday, March 12, 2017
Definisi jarak
Bila masa umur kau semakin meningkat, kecenderungan kau untuk menulis sesuatu yang fiksi telah menjadi satu perkara yang sedikit menjengkelkan. Sebenarnya bagi diri kau takde apa-apa sangat tapi manipulasi dari akal yang sentiasa hebohkan tentang pandangan manusia. Apabila manipulasi akal ( bahasa pasarnya ialah "mind fuck") berjaya menguasai diri kau, perlahan-lahan daya imaginasi kau lenyap.
Lenyapnya imaginasi dalam akal kau menyebabkan segala perkara yang sepatutnya di pandang secara positif ( baca : sangka baik ) akan merencatkan keseluruhan pandangan kau tentang mahu lihat dunia semakin baik dan mampu di ubah walaupun melalui pelbagai proses kitar semula yang telah
dimomokkan sekian lama.
Sama seperti bagaimana kau lalui kehidupan kau sekarang ini ( ini bukan tazkirah ), sepatutnya jangan di letakkan sebarang kesugulan mahupun kerungsingan yang tiada noktah. Kau mahu ianya berlalu pergi begitu sahaja pun boleh tapi lebih afdal jika kau menilainya terlebih dahulu dengan sehabis jujur dan telus.
Kita terlalu mendukung tipikaliti yang sekian lama telah bersarang dalam peradaban kemanusiaan. Kitaran tipikaliti ini hanya di salut dengan metafora-metafora yang memaksa kita hidup dalam awangan tanpa kita sedari.
Masalah utamanya ialah bila kita mahu lari dari tipikaliti ini, yang sentiasa menghambat kita kembali adalah kita sendiri. Manusia.
Senang tapi jadi hamba
Tenang tapi jadi gila
Manusia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
manusia yang merdeka
Post a Comment