Aku dapat dari email group UTM aku. Nak cari sumber yang tulen, tak dapat aku nak kesan. Banyak sangat dah di CCkan dalam email tu.
Aku syak ditulis pada tahun 2006. mungkin lepas World Cup sebab pengakhiran cerita ni masuk bab Zinedine Zidane buat "header" dekat Matterazi.
+++
“Perhatikan olehmu sekalian, sesungguhnya perdagangan itu di dunia ini adalah sembilan dari sepuluh pintu rezeki” ( HR Ahmad ).
Kawan aku. Mai besembang dengan aku pasai MLM. Aku terus terang kurang minat sikit MLM ni atas alasan aku sendiri. Tapi aku tak bantah, aku setuju bahawa MLM memang cabang perniagaan. Cuma aku ada alasan tersendiri untuk belum lagi ke arah MLM. Jadi, kawan aku tadini keluarkan hadis kat atas.
Aku sengih.
Aku tanya balik, lagi satu pintu rezeki tu datang dari mana?
Dia jawab, makan gaji la - macam hang!
Aku tanya balik, kalau makan gaji tu satu dalam sepuluh pintu rezeki, habistu orang fakir miskin dan kurang upaya yang pintu rezekinya sepanjang masa mengharapkan duit zakat & fitrah tu… temasuk dalam sembilan tadi ka?
Dia tak sengih, tak masam. Tatau nak jawab camana kot?
Aku tanya balik, apa alasan hang kata makan gaji macam aku ni bukan beniaga?
Dia jawab, ya la.. aku tadak risiko macam orang meniaga. Tadak untung, tadak rugi. Meniaga mesti ada untung ada rugi. Rajin lebih, untung lebih, dok saja, untung kurang, silap-silap rugi. Aku yang makan gaji ni katanya malas pun dapat duit, rajin pun dapat duit.
Aku cakap kat dia balik, kalau macam tu, makan gaji lagi untung dari meniaga!
Aku nampak muka dia dah semacam serabut sikit. Aku pun teruskan petanyaan aku balik, ada ka hang jumpak hadis atau mana-mana hujah yang mengatakan satu lagi pintu rezeki yang last tu adalah makan gaji? Dia kata tadak.
Aku kata kat dia, aku pun tak jumpak. Aku tanya jugak tok-tok alim sekeliling aku ni, depa pun kata tadak.
Jadi, sapa yang kata makan gaji tu bukan salah satu cabang perniagaan yang termasuk dalam sembilan dari sepuluh pintu rezeki tu? Dia kata tatau. Aku kata, aku pun tatau.
Aku pebetoi kerusi bagi ruang pelayan kedai letak jus tembikai depan aku. Sembang ngan orang MLM ni selalunya depa belanja. Kalau aku, teh o suam saja.
Aku sambung balik tanya. Konsultan yang dok nasihat orang tu beniaga ka makan gaji? Dia kata beniaga.. Ok. Aku tanya lagi, orang bayaq kat dia macamana? Ikut la, kadang-kadang “manhour”, kadang-kadang “manday”, kadang-kadang kontrak. Ikut syarat la, katanya.
Aku sedut jus tembikai pelan-pelan. Manis. Sedap. Free.
La ni, aku sambung, kata la aku jadi konsultan hang, kontrak aku ngan hang cakap hang kena bayaq kat aku bulan-bulan sekian-sekian banyak. Aku meniaga atau makan gaji dengan hang? Dia jawab, aku meniaga la. Sebab aku konsultan.
Aku konsultan, aku tak dikira makan gaji. Tapi kalau aku kerja bawah dia, aku makan gaji.
Ok, hujah dia kata makan gaji tak untung tak rugi. Hujah aku kata, makan gaji pasti untung, tak akan rugi. Macamana? Untung makan gaji?
Aku katakan makan gaji ni jugak cabang perniagaan sebab aku menjual skill dan pengetahuan aku pada syarikat dengan kontrak pembayaran yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Gaji bulanan. Untungnya aku ialah bilamana syarikat membayar bonus. Untungnya aku, balik rumah pukul lima tepat, lepak dengan family, borak ngan kawan-kawan. Esok pagi start kerja pukul lapan. Hujung minggu Sabtu Ahad, buat la apa yang aku nak buat.
Cukup bulan gaji dapat.
Ya la, tapi gaji dok banyak tu saja, katanya. Aku jawab balik, gaji banyak tu sebab hang dok banyak tu! Macam meniaga yang hang faham. Kalau hang dok jual kat lima orang pelanggan saja, sampai bila-bila hang dok dapat banyak tu. Nak untung lebih sikit, keluar modal sikit tambah produk untuk tambah pelanggan.
Sama macam makan gaji, kalau aku tak tambah ilmu, tak tambah skill, camana nak naik gaji? Appraisal pun skor cukup-cukup makan, sapa nak bagi lebih? Pi ambik sijil profesional, ambik diploma, ijazah, master. Jual la skill dan pengetahuan aku kat syarikat-syarikat lain pulak dengan gaji lebih tinggi.
Sapa kata gaji aku dok banyak tu saja?
Dia diam.
Aku sambung, aku balik rumah, aku happy. Gaji tak cukup, aku keluar modal tambah skill, lompat syarikat lain kalau syarikat sekarang tak iktiraf skill aku untuk dinaikkan gaji.
Tapi la ni susah cari kerja, katanya cepat.
Awat, sekarang ni senang dapat bisnes? Pintas aku balik.
Dia diam balik.
Bezanya antara aku dengan hang ialah, meniaga aku ni rugi tak banyak, meniaga hang tak tentu lagi balik modal!
Tapi, dia pintas lagi, kalau tiba-tiba kena buang kerja? Nak makan apa?
Aku jawab balik, habis tu meniaga yang tiba-tiba kena kencing tu? Habis semua simpanan pinjam kulu kilir buat modal hangus semua? Hang nak buat apa? Yang pastinya hang boleh mai makan biskut lagi ngan aku sebab aku ada KWSP, ada saving, dan pampasan dari majikan.
Dia resah.
Aku sengih. Aku cakap terus terang kat dia. Aku meniaga jugak. Customer aku sekarang adalah syarikat yang aku kerja sekarang. Kontrak aku dengan dia adalah selama syarikat ni ada. Perjanjian pembayaran mengikut bulan. Kontrak menjanjikan pertambahan pembayaran kepada khidmat aku setiap tahun berdasarkan appraisal. Aku ‘rugi’ kalau bonus aku dapat sikit, atau tak dapat lansung. Tapi yang pastinya, modal aku tetiap bulan dapat balik dengan sedikit margin keuntungan.
Aku sambung lagi. Aku nak kelam kabut buat dua tiga kerja dalam satu masa ni untuk apa? Tambah pendapatan? Apa lagi yang aku nak? Kaya? Untuk apa? Balik kerja serabut kelam kabut nak kena cari downline pulak. Nak maintain lagi. Silap gaya tak jalan downline aku, dok nak kena cari sponsor lagi untuk depa. Kalau dah bejaya, dok nak kena attend seminar bagi motivasi pulak satu Malaysia - family semua tatau nak jadi apa. Kalau aku tak kerja, memang aku buat benda ni, sebab aku tadak sumber pendapatan. Tapi sekarang aku meniaga - makan gaji, dan keuntungan yang aku dapat ni cukup untuk menjadikan aku lebih hebat dari kaya; aku dah senang!
Aku hirup sampai habis jus tembikai depan aku.
Aku sambung balik. Kaya tak semestinya hang akan senang. Tapi kalau hang senang, hang dah tak perlu jadi kaya!
Aku sengih.. Dia sengih.. kami sembang bab Zinedine Zidane tanduk dada pemain Itali pulak lepas tu…
2 comments:
kesian la sikit kat kawan kau tu.dia sedang cuba berniaga.
apapun, markah penuh aku bagi kat kau sebab dapat putar dia balik/MLM.
kalau aku, aku sanggp bayar jus tembikai sendiri dan balik tidor..tank sanggup beb layan orang MLM.
aku takda hal dengan orang nak buat MLM,aku tak sesuai, sebab, nak tackle makwe pun aku segan,ini pulak nak bukak mulut sembang pasal nak ambik duit orang.
aku sendiri tak pasti bila benda ni ditulis. tapi yang aku sangat yakin, benda ni diambil dari blog 'jahilgoblog.net'...baca blog ang ni buat aku rasa sangat nostalgik...
Post a Comment