Tuesday, February 12, 2008

barangkali sudah basi tapi tetap berkesan di hati

"Nettttttttt, boleh lah ek?". Aku rayu dekat Nett sambil tarik-tarik tudung dia.

"Kalau kau tak nak pergi, aku tak nak kawan kau lagi!". Aku rayu Nett lagi sambil buat muka ala-ala budak lelaki yang macho tapi kurang kasih sayang, dengan harapan Nett akan jatuh chenta dengan muka aku yang kiut tu.
Tengahari 2022008

"Yalah, yalah!, kalau aku takde hal". Nett jawap sambil acuh tak acuh sambil mata dia melekat dekat forum tengok gambar Siti Nurhaliza menjahit. Hehehehe.

"Ala Siti menjahit pun nak tengok poyo-poyo". Aku sound Nett. Nett pandang aku sambil buat muka ugut-aku-tak-nak-pergi dekat aku. Aku sengih-sengih sambil pura-pura tengok Amirah buat kerja.

" Tolong buat ek exercise yang saya bagi tu ek?". Lecturer dah ushar aku. Huaaaaaaa!.

Petang 2022008

Aku lepak-lepak kena nasi lemak 2 bungkus sambil cubit-cubit ayam goreng Azyan. Nett minum depan aku.

"Pergi tau Nett!". Aku ulang lagi. Nett dah buat muka ketat ala-ala nak hentak aku tang ginjal belah kiri aku. Aku sengih lagi.

Lepas tu Tok Rimau dengan Lan Rasso datang lepak minum dengan kami.

"We are major in minor things". Aku syak itu ayat pick up line Tok bila dikelilingi dengan gadis-gadis cantik. Aku syaklah.

Dan hujan masih lagi turun menyejukkan Kuala Lumpur.

Malam 2022008

Aku sampai. Mula-mula salah masuk rumah. Aku denga Ija pergi sebat kona baring depan Rumah Gapena. Panik juga tengok rumah gelap semacam. Takkan baca naskah sambil minum darah kepala kambing?.

Rupa-rupanya dekat rumah sebelah. Choi!. Ija punya pasal lah ni, nak sangat layan kona baring lepas selekoh apa tah tu.

Aku tak ingat siapa yang aku salam mula-mula. Rasanya brader Jigo kot, sambil tengok Dian tengah makan biskut. Lapar perut aku dibuatnya!. Pastu aku cari Ketua Turus, memperkenalkan diri sambil bercerita tentang permohonan aku yang masih gagal lagi. Hahahaha.

Aku salam Vovin sambil berbasa-basi pasal adik aku yang obses sangat dengan novel Aliya Elyana dia tu. Hahaha.

Aku jenguk dalam, tengok Dean Sham baru habis buat komedi berdiri berani mati dia tu ker Sufian Abas yang baru habis baca bahagian dalam Kasut Biru Rubina dia tu. Aku tak ingat sebab masa tu mata aku dah fokus dekat meehon goreng sambil tengok akak Nida susun cawan-cawan polisterin macam menara KLCC.

Nett sampai lambat, aku sambut Nett ala-ala sambut menteri baru nak melawat kawasan sebab pilihanraya dah nak dekat. Nett terus roger dekat geng Pink Platun dia. Mata aku still fokus dekat meehon goreng atas meja.

Aku masuk dalam, memaksimumkan keramahan diri aku, tak perlu malu atau cas jejaka melayu terakhir kalau kau nak berada dalam kelompok macam ni. Aku say hi kepada Daun, Daun buat muka panik tengok aku, dia bisik kat Nett, tanya siapa aku. Hahahaha. Aku yang sikit punya glamour ni dia tak kenal?. Nak kena ni, nak kena.

Kemudian aku dengar Elizabeth Jothi dengan Shasi Rekha baca naskah mereka dalam bahasa Tamil sambil berlagu, MC boleh buat lawak kata mereka takde nombor telefon VK Lingam, tough crowd kan pakcik MC?. Hehehe.

Bila MC umum untuk berehat seketika, aku terus berdesup sambil membuat gaya slow motion menjerit ala-ala Arnold dalam filem Last Action Hero sambil cakap "Meeeeee-hoooonnn iiiitttttuuuuu akuuuuuu yangggggggg punyaaaaaa". Aku berjaya menelan meehon goreng itu dengan jayanya. Niat di hati nak ambil buku free yang ada gambar bekas Perdana Menteri tapi elok aje aku letak cawan, aik, dah hilang?. Memang kota Kuala Lumpur bukan untuk orang-orang lembap macam aku ni. Hahahaha.

Aku berjaya face to face dengan orang yang tolong belikan aku t-shirt Muse masa Muse buat konsert kat KL hari tu sambil salurkan kuasa keramahan aku dengan mamat yang cas dia ialah Arsene Wenger kawasan Lipis.

Aku beli Kasut Biru Rubina dengan You Wanna Gum Sol-jah? yang siap pakej tandatangan penulisnya. Ada ker patut penulis buku You Wanna Gum Sol-jah tu kata rasa macam simbol seks jek bila orang berebut-rebut minta tandatangan dia?. Sabar ajelah mak!.

Lepas tu, bila MC umum show disambung semula, aku masuk ambil port belakang sekali dekat tingkap, senang nak lompat keluar, takut-takut rumah tu terbakar ker, gempa bumi ker, kena ambush dengan molotov oleh pihak anti DIY ker. Hahahaha.

Band nama Nuras ni memang sempoi, lagu dia semua catchy and well compose, menepati citarasa aku. Lagu paling aku suka ialah adik mahu jadi gergasi.

Lepas tu, Nazim Masnawi baca artikel dari Komikoo mengenai peel orang yang suka mengimbau kenangan silam. Pedas beb!, memang pedas tapi yang nyatanya artikel tu bukan menghentam cuma dia suruh kita mengimbau kenangan apa yang kita buat masa dulu bukan apa yang kita taksubkan. Ini pendapat akulah. Ada masa, aku beli Komikoo, aku baca artikel tu balik dan aku ulas balik. Memang menarik.
Lepas tu, ada ahli silap mata, nama dia sama macam nama aku. Tak sia-sia aku ada clan yang boleh bermain ilusi dan siap boleh jadi pelawak. Aku rasa dia patut join Raja Lawak musim ketiga nanti.

Bila giliran Arsene Wenger kawasan Lipis baca naskah dia, aku memang gelak tak ingat punya sebab memang boleh pecah gegendang koklea kalau dengar dia baca, dengan gaya selambanya yang bisa memikat gadis-gadis groupie dekat depan stage. (Betul tak amyz?). Hahaha.

11 malam 2022008.

Ija sms aku, ajak gerak. Masa ni sesi Open Mic, erti kata lain sesi bebas untuk sesiapa yang berminat a.k.a berani mati untuk naik atas pentas untuk mempersembahkan persembahan mereka. Aku dah angkat bontot, gerak keluar. Aku tak sempat nak salam semua orang mintak balik. Aku telefon Nett, cakap aku balik dulu. Aku dengan Ija nak pergi jumpa Tenuk dekat Hospital Ampang, nak lawat bini Tenuk kena sakit leukimia.

Masa dalam kereta, aku rasa semacam, aku rasa benda inilah selama ini yang aku cari, salah satu soul renovation aku. Kalau dulu muzik menjadi soul renovation aku tapi kali ini, benda ini lain macam seru dia. Buat aku teruja sekali untuk menyertainya lagi.

Bak kata Vovin dekat aku bila dia minta aku baca apa-apa "masterpiece" aku.

"Yang mengigil-gigil tulah part of the show".

Betul, kalau tak mengigil masa perform depan orang bukan performer namanya. Eddie Vedder masa Pearl Jam baru-baru naik pun masih pakai paper bag tutup muka dia. Eddie Vedder tu!.

Jadi, aku memang sangat-sangat nak pergi lagi tengok dan feeeeeelllll benda ini lagi. Kepada sindiket yang menganjurkan, lu orang memang rock!. Gua tabik spring sama lu orang. Bayangkan nanti semua karya lu orang jadi teks sastera sekolah menengah tahun dua ribu tiga puluh tiga. Manalah tahu kan?. Opssss!.

Kepada mereka yang selalu hadirkan diri, tunggu aku punya turn pulak, aku memang nak naik atas pentas sangat tapi masa tu aku dah ada ilmu ubah diri jadi aku boleh ubah badan aku jadi tiang mikrofon ah!. Hahahaha.

Kepada mereka yang membaca ini dan memikirkan apa ke lahanat benda alah yang aku cakapkan ini. Inilah bendanya, yang baru berlalu pada dua haribulan dua dua ribu lapan yang lalu.






Tabik spring sekali lagi!.