Friday, November 26, 2010

Bagi percuma saja


Di ambil dari facebook kawan aku. Gambar ini semasa dia pergi buat kerja kat Terengganu. Keh keh keh!.

Tuesday, November 16, 2010

Bila mana diri sendiri jadi nombor dua

Lama betul tak membebel pasal diri sendiri yang merapu ni. Macam takde benda apa sangat yang hendak di ceritakan. Ikutkan, beraneka cerita yang ada hendak dikeluarkan tapi selalunya akan berakhir dengan menyimpan semua cerita tu dalam hati, yang paling bawah sekali.

Buat masa sekarang, semakin hampir ke penghujung jalan proses belajar separuh masa aku ni. Tinggal dua subjek lagi untuk di hadap masa peperiksaan akhir nanti. Kalau lulus, (minta - minta lulus!) akan tamat semuanya. Semoga tercapai apa yang di idamkan selama ini.

Buat masa ini, dah ada tiga orang awek yang penting dalam hidup aku. Surinah Siron, Ain Safiyyah dan terbaru Aleesya Safiyyah. Raya ketiga hari tu dapat. Bila dah berempat ni, makin huru - hara jadinya tapi sedikit sebanyak ajar aku apa itu "time management" yang baik!. Ha ha ha!. Gambar Aleesya Safiyyah pun belum sempat aku nak tampal dalam ni. Maaf. 

Sudahlah nak kena pindah Nilai bulan 12 nanti. Hadoi, banyak barang hendak di bawa dan di angkut. Ain Safiyyah punya sekolah pun dah mula kena cari. Yer, anak dara yang sulung aku tu dah masuk 4 tahun depan. Mulut pun dah lebih kurang aku jek. Menjawap nombor satu. (Cerita pasal Ain Safiyyah lain kali). Betapa cepatnya masa berlalu. ( Aku makin tua sebenarnya).

tapi

Yang bestnya, aku baru perasan, follower blog ni dah naik jadi 11 orang dari 8 orang!. Ha ha ha!. Satu pencapaian yang bagus untuk blog yang taraf- taraf sukan Sukma ni.

Lain hari, cerita lain lagi. 

Monday, November 08, 2010

Rupanya diorang kata bagi can



Yelah, kami menang pun, masih lagi terklasemen yang kalah tu. Mana boleh sangatlah nak lawan geng terklasemen ni.

Ini selepas pertahanan geng terklasemen kena tipu sekali pakej dengan penjaga gol geng terklasemen tu lagi. Macam mana tah boleh gol. Tak cukup latihankah pertahanan geng terklasemen?.

Dalam erti kata lain. This is Anfield masih hidup lagi!. Come on Reds!.