Friday, April 30, 2010

Buat baik berpada-pada namanya ini.

Entri ini tiru gaya Tok Rimau.

Ali rasa sangat tertekan. Kenapa mesti berlaku pada dirinya?. Hari ini hari yang memang jahanam buat dirinya. Sungguh tak disangka akan berlaku pada dirinya.

Macam biasa, bila sampai waktu "lunch", Ali akan bergerak menuju ke medan selera yang terletak di tingkat 5 tempat dia bekerja. Ali kerja biasa-biasa saja. Jadi "sales assistant" dekat kedai baju jenama sukan. Sedang elok dia menuju ke eskelator. Dia terdengar suara jeritan di belakangnya.

" Bang, tahan mamat tu!".

Elok saja Ali menoleh mencari suara tu. Satu rempuhan kuat melanggar dirinya. Sepantas kilat, Ali membalas rempuhan itu dengan bentesan keras ala-ala Ryan Shawcross patahkan kaki Aaron Ramsey. Macam lembu mamat tu tersungkur. Lagak Ali hari tu memang macam adiwira. Orang lain?. hanya mampu melihat sambil Ohh, Ahh, Owh sahaja.

Malangnya, belum sempat Ali memaut badan mamat tu, mamat itu telah berjaya melepaskan diri menyusup antara celah manusia yang masih tidak tahu apa yang sedang berlaku.

Ali bangun membersihkan diri.

" Hmmpphh, fenatt saya kehjaar mafmat tu bang!". empunya suara yang menjerit tiba dengan termengah- mengah. Pengawal keselamatan pasar raya di tingkat 1 rupanya.

" Mamat tu kantoi tengah curi ubat gigi bila saya lintas dekat rak tadi bang" sambung pengawal keselamatan tadi menerangkan apa yang berlaku sebenarnya pada Ali.

Ali hanya mampu tersenyum melihat peluh yang menitik dari dagu pengawal keselamatan itu.

"Takpe, lain kali kalau nampak lagi mamat tu, kau terus terkam jek" balas Ali.

"Dia pakai topi dengan cermin mata hitam, tak berapa nak cam muka dia bang!" balas pengawal keselamatan semasa Ali melangkah meninggalkan kawasan berlakunya bentesan keras dia tadi.

Ali lihat jam, dia dah terlewat 10 minit melepasi waktu makan tengahari. Dia mengambil keputusan untuk kembali bekerja. Elok dia melangkah masuk ke kedai jenama sukannya. Satu suara telah menghentikan langkahnya.

"Woii, kau ingat kedai ni kau ada saham ke?' suara Kassim lagi tinggi dari musik dalam kedai itu.

Ali tersentak.

"10 minit jek lewat, gua kejar pencuri tadi". Ali membela diri.

"Kejar pencuri ke, jadi pencuri ke, lewat 1 minit aku peduli apa?". Kassim memang pengurus yang "jobo" bak kata orang Negeri Sembilan.

"Kau boleh ambil helmet kau, berambus dari sini!".

Ali rasa sangat tertekan. Kenapa mesti berlaku pada dirinya?. Hari ini hari yang memang jahanam buat dirinya. Sungguh tak disangka akan berlaku pada dirinya.

Dia kena buang kerja sebab lewat masuk kerana kejar pencuri.

Ali melangkah keluar longlai dari kedai jenama sukan itu.

Kassim tersenyum nipis memerhati Ali pergi.

"Pergh, nasib baik budak Ali ni tadi tak dapat tangkap aku!".

Lawatan sambil belajar :

Kena buang kerja sebab buat baik

Tuesday, April 20, 2010

Macam-macam pe'el

Bila cerita pasal Facebook, memang jadi fenomena meletup-letup sangat, Sana-sini orang cerita pasal facebook, dari budak baru lahir sampai lah imam satu masjid kampung aku pun berebut buka akaun facebook. Memang dasyat betul penangan benda alah ni. Sampai satu tahap, siapa yang takde akaun facebook memang kena cop kodi berkoyan-koyan betul. Aku pun rasa macam dah terlambat saja nak cerita pasal benda alah ni. Keh keh keh.

Dia punya fasiliti dalam facebook ni, berbagai-bagai, macam-macam kemahiran boleh dapat. Boleh jadi petani, peladang, pemain bola, rock star, tinggal takde kemahiran belajar cara nak proses ubat nyamuk jadi dadah lagi. Kalau ada, aku rasa memang berduyun yang pakai PORSCHE kat Malaysia, paling koman nak "cover line" pun pakai Satria GTi.

Benda alah Facebook ni pun, banyak guna juga, boleh jumpa kawan-kawan lama. Dari zaman Tadika Twinkle kat Bukit Kuda Klang sampai lah zaman masuk universiti belajar main-main-alih-alih dapat degree. Jemput kenduri kahwin pun sekarang pakai main ikut benda alah ni juga. Memang kedekut betul makrop yang buat jemputan macam tu. Keh keh keh.

Cuma

Satu saja yang aku tak puas hati. bila ada fasiliti buat "group" ikut suka hati korang. Mula-mula buat "group" alumni tadika atau universiti, itu boleh diterima masyarakat lagi. Lepas tu buat "group" benci/suka/gedik dekat orang tertentu. Itu setengah masyarakat boleh terima lagi.

Tapi

Paling aku menyampah sekali bila buat "group" yang aku rasa peratusan penggunaan akal pencipta "group" tinggi sikit dari pokok kacang panjang. Ada ke patut buat "group" Adakah pisang ini boleh dapat ramai fans dari Fara Fauzana?. Adoiiiiii, lu orang ni memang takde kehidupan ke?.

Satu lagi "group", Kami lelaki hensem. Hek eleh, aku pun "kacak" juga, takdelah sampai kebulur sangat nak promosi diri. Aku sendiri pun hairan, apa motif "group" ini semua di buat?.

Kalau takat nak isi masa lapang, baik bawa-bawa pergi mancing ker, main bola ker, cari suratkhabar lama buat kitar semula ker. Lagi faedahlah oi!.

Sekian, dari aku yang memang asyik tak puas hati. Keh keh keh.