Thursday, April 27, 2006

ranting

Kau fikir hanya duduk berteleku mengadap laptop ini di tengah-tengah malam akan membuahkan hasil untuk kau humbankan ke dalam so call diari ini?.
Jangan kau cuba membunuh malam dengan keluh kesah kau ini. Kau bayangkan nun jauh di sana berapa ramai lagi manusia yang tidak mampu mengadap malam dengan hati yang tenang?.

Kau selalu mengatakan malam adalah masa yang terbaik untuk kau berfikir tentang kehidupan.

Ya, itu hak kau untuk mengatakan kenyataan sedemikian rupa tapi

Boleh blah!.

Sedangkan manusia sedang enak diulit mimpi mahupun isteri (kau ukir smirk di sini), kau pula masih lagi melongo berdiri tegak di balkoni mewah mu merenung bulan dengan harapan bulan sudi mendengar keluh kesah mu. Laptop mu barangkali ada wireless untuk capaian internet di balkoni mu itu.

Hoi, bulan pun dah naik muak tahu!.

Nanti, jangan terlalu cepat melatah ataupun melenting. Aku tidak pentingkan diri tapi bukankah lebih baik kau dambakan keluh-kesah itu ke saluran yang betul. Bukan hanya menanti malam setiap malam tanpa membuahkan sebarang hasil.

Lupa aku, hasilnya ada iaitu kau akan penat mengharung hari siang kerana sibuk berkeluh-kesah dengan malam.

Kan aku dah kata?.

Aduh, aduh, kau tidak pernah dengar lagu “Malam”?. Bukan lagu yang acapella itulah!.

Tidak, malam aku diiringi dengan lagu Man of the Hour. Hahahaha!.

“There is nothing clear – Syarul (Love Me Butch). “

Dimana kita sepatutnya tadi?. Lupa seh.

Sepatutnya di saluran betul untuk keluh-kesah kau itu. Janganlah kau bebani malam dengan cerita-ceriti mu itu. Letih beb!.
Beri peluang pada malam untuk berjasa dengan mereka yang betul-betul memerlukan malam. Mereka yang hidup pada waktu malam sahaja (termasuk kupu-kupu malam, separuh kupu-kupu malam ataupun mayat hidup). Malam akan membolehkan kitaran hidup ini berterusan.Barangkali dunia mahu kiamat.

Kau masih lagi tidak mahu mengalah?.
Masih lagi mahu setia menanti setiap malam?.
Baik, aku tidak akan kisahkan hal itu lagi.
Jangan kau ketuk pintu ku untuk menganggu tidur malam ku dengan kisah seribu satu malam mu itu!.

Tuesday, April 25, 2006

it's official.

well, it's official then.

I'm out from the JURING II academy :D

the luck still unlucky with me eh?.

Till then, maybe next year if there any JURING available.

Good Luck to Diman, Amyz, Samurai and Attoch not forgetting Elmaaniq.

Cheers!.

Friday, April 21, 2006

1) Kenapa pakai nama Ayobkelubi? Dari mana asal-usul nama itu?

Ya. Nama itu bunyinya macam melayu klasik bukan?. Kisahnya bermula pada abad ke 12...hehehe takdelah, dulu masa mula-mula kenal apa itu email. Aku dan rakan-rakan yang gila internet buat akaun email yang bermula dengan nama Ayob, kawan aku nama Apat buat Ayobseman, seorang lagi buat Ayobtulakang dan aku buat Ayobkelubi. Kira nama belakang tu kitaorang belasah apa yang terlintas kat kepala otak masa tu. Lagi satu, masa tu aku guna nick vedder dalam dunia chatting, aku terlalu bosan guna nama orang putih, nampak macam aku ni terlalu memuja orang putih jadi nick Ayobkelubi ni sedikit sebanyak mengingatkan aku tentang asal-usul aku. Aku Melayu!. Begitulah kisahnya kehadiran Ayobkelubi di dalam dunia maya yang serba mencabar ini. Fuh!.

2) Bila mula berblog? Macam mana boleh terjerumus ke dunia blog?

Kalau ikut takwim Romani, aku mula berblog pada 23hb Mac 2004 tapi blog aku masa tu dekat tripod. Dia punya cekadak, helemek boleh bikin hati panas. Setelah mendapatkan beberapa pandangan beberapa orang blogger yang aku kenal masa tu terutama sekali mamat ni. Aku pun ambil keputusan tukau ke blogspot pada 17 Februari 2005 dan kemudian bak kata orang, the rest is history, belen-belen tu sejarah.
Seterusnya, macam mana minat berblog boleh timbul?. Satu hari di pejabat sambil mencuri tulang, aku sedang browsing internet kemudian aku tercome across dengan satu blog minah ni. Mula-mula aku ingat website tak senonoh sebab ada biru kat belakang dia. Rupa-rupanya blog. Aku baca dan terus baca dan terus jatuh cinta dengan blog minah ni. Kemudian aku cari lagi blog yang serupa dengannya dan aku jumpa blog doktor ni dan jatuh cinta dengan blog dia juga. Satu hari, masa tengah baca blog. Aku terfikir,jika orang lain boleh menulis kenapa aku tidak?. Aku sendiri minat menulis. Aku pernah tulis diari dari Tingkatan 3 hingga umur aku cecah 18. Hasilnya, aku disini. Menulis dan akan terus menulis. Kalau makcik ni kata memasak adalah terapi jiwanya maka menulis adalah terapi jiwa untuk aku. :D

3) Blog macam mana yang kamu suka baca?

Bila kita cakap pasal sesuatu yang kita suka, payah nak tafsir suka tu, adakah kita hanya baca blog kawan-kawan yang kita suka sahaja?. Secara individu, aku bahagikan pembacaan blog yang aku suka kepada tiga bahagian. Pertama, blog individu bercerita mengenai kehidupan harian mereka dari berak dalam tandas yang tiada air hinggalah kepada kisah cinta duka lara mahupun kisah anak-anak mereka. Kedua, blog individu yang memberi cerita kepada pembaca sebagai contoh menyediakan e-novel ataupun hal ehwal semasa negara secara serius. Ketiga, blog bangsa Melayu yang menulis dalam Bahasa Inggeris yang menceritakan bahagian pertama dan kedua.

4) Blog macam mana yang kamu tak suka baca?

Tidak ada blog yang aku tak suka baca. Secara jujur, aku lebih suka guna entri yang aku tak suka baca. Entri-entri yang barangkali boleh mengguris hati pembaca jika penulis tidak sensitif dengan keadaan sekeliling. Contoh, barangkali entri yang menyentuh isu perkauman. Selalunya, bila kita tegur, jawapan standard modified yang selalu kita dapat ialah "Suka hati akulah, blog aku!". Aku nak jelaskan disini. Jika kita tidak bersedia untuk ditegur akan gaya mahupun isi penulisan kita, aku rasa baik kita fikir semula tujuan asal kita menulis.

5) Apakah blog-blog ini ada peranan dalam masyarakat?

Bagi aku, blogging di Malaysia masih lagi baru tapi semakin berkembang. Blog sedikit sebanyak telah berjaya mencambahkan kembali budaya membaca yang semakin pupus. Aku sendiri pun sudah rajin membaca selepas membaca blog-blog yang mencadangkan buku-buku yang baik untuk dijadikan bacaan.

Blog juga boleh dijadikan medan untuk kita, rakyat-rakyat bawahan ini untuk meluahkan isi hati kita, bersuara demi masa depan negara tapi selalunya kena pangkah kot?. ;-) dan aku pernah baca yang blog juga telah berjaya membantu polis menyelesaikan satu kes pembunuhan. Aku baca dalam blog tok rimau rasanya.
Mungkin satu hari nanti, blog boleh digunakan untuk memberi pengiktirafan secara umum kepada masyarakat berdasarkan blog yang ditulisnya itu. Harap-harap begitulah. Blog bukan lagi sekadar tempat luahan perasaan.

6) Beberapa perubahan telah dilakukan dalam JURING musim ini. Apakah cadangan perubahan dan komen-komen lain yang ingin kamu kongsikan untuk program JURING musim depan?

Orang kata, pertama kali adalah eksperimentasi, kedua kali penambahbaikan manakala yang ketiga untuk mengekalkan yang terbaik. JURING yang ketiga haruslah menjadi yang terbaik. Barangkali peringkat saringan boleh dilakukan dan mungkin pertandingan JURING ini boleh dipecahkan kepada beberapa kategori seperti JURING : CERPEN, JURING : POLITIK ataupun JURING : KISAH HIDUP KU YANG DUKA LARA.

7) Kalau kamu sepohon pokok, kamu nak jadi pokok apa? Mengapa?

Aha, aku suka nak jadi pokok tebu!. Walaupun di luar nampak macam hodoh tapi isinya amat manis sekali jika di makan atau hisap. Seperkara lagi, pokok tebu ni pun senang nak ditanam bukan?. Tanamlah kat mana-mana tanah yang sesuai, Insya-allah akan cepat dapat hasilnya. Kira macam aku ni walaupun tak macho tapi amat berhemah dan manis dipandang orangnya!, aku juga boleh berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa ada batasan. Kira aku ni ultra peramah sikitlah!.Hahaha. Apalah ditanya nak jadi pokok, tanyalah nak jadi kereta apa ker, stadium apa ker.

+++

An Interview with vampire ayobkelubi : Challenge #7 in JURING II. Aight?. That's all for today folks. Now, help me with this Software Engineering!.

Still lots of chapter need to be cover. To all my friends, pray for me, pray for a nice good result.

Thank you.

Wednesday, April 12, 2006

antara tarikh

sila simpulkan? (atau barangkali kita sebut summarize begitu) keseluruhan hidup anda dalam bentuk tarikh kalendar dalam tempoh sebulan ini (barangkali boleh di anjakan ke bulan satu lagi ikut tahap kemampuan anda).

14-04-2006 --- tugasan terakhir untuk perisian kejuruteraan mesti sampai di Skudai.

15-04-2006 --- tipu+gebang+kencing+betul-betul untuk persembahan projek akhir markah penentu SBK.

18-04-2006 --- tugasan wawancara untuk JURING II. (ya, betul!)

22-04-2006 --- bertarung di blok S, Jalan Semarak untuk subjek Kejuruteraan Perisian.

26-04-2006 ---bertarung di blok S sekali lagi untuk subjek Sistem Bantuan Keputusan.

28-04-2006 --- Rafael Benitez wannabe di ILP Selandar untuk LiverBanat FC selama 5 hari.

02-05-2006--- sekali lagi di blok S untuk perhitungan terakhir bagi Data Komunikasi.

dan diatas semua menyebabkan aku ingin muda kembali?. Mungkin tidak!.

ya, aku penat beb!

Thursday, April 06, 2006

Hikayat Empat Billion Yang Kecewa

Alkisah tersebutlah kisah di sebuah negara bernama Naik-Naik. Rakyatnya berbilang kaum hidup dengan aman sentosa. Pemerintahnya bernama Raja Had dengan Ahli Jawatankuasa Angguk-Angguk.

Hendak dijadikan cerita. Raja Had telah terlalu bosan dengan keadaan negaranya telah membuat satu keputusan yang memeranjatkan. Harga minyak rambut kegunaan rasmi negara telah dinaikkan sebanyak 30 sen.

Pecahlah berita. Berderailah khabar. Seluruh rakyat merasa sungguh marah dan tertekan. Langsung dibuatnya beberapa siri penerangan dan road tour menerangkan tujuan kenaikkan itu boleh menjimatkan sehingga 4.4 billion. Hatta, rakyat masih tidak berpuas hati dan terus memberontak.

Raja Had semakin pening lalu membuat keputusan dengan mengadakan undian SMS dimana rakyat kononnya diberi hak sebagai pemerintah. Diberinya pilihan samada 4.4 billion itu hendak dibelanjakan kepada sekolah, kesihatan, pengangkutan awam, air ataupun kebajikan rakyat.

Maka, berita itu tersebar ke seluruh pelusuk negara termasuklah kepada keluarga Pak Malau. Anaknya bernama Ayobkelubi sungguhlah bijak walaupun tiada rupa.

Satu hari, Ayobkelubi memberitahu kepada bapanya yang dia hendak berjumpa dengan pemerintah. Terkejut sungguhlah bapanya itu. Apa sudah hilang akalkah anaknya ini?.

Lalu Ayobkelubi menerangkan bahawa dia ingin menyampaikan pendapatnya tentang 4.4 billion itu. Penjimatan itu boleh digunakan untuk kemudahan sekolah. Hujahnya kerana anak-anak ini adalah pelapis dan pendukung wawasan negara. Jika tiada kebaikan untuk mereka, hancurlah nanti negara. Perkara pertamanya ialah dengan memperkasakan kemudahan sekolah dengan kemudahan yang canggih sebagai contoh pembinaan makmal sekolah yang sekian lama menjadi duri dalam daging haruslah disegerakan. Anak-anak zaman sekarang amatlah bijak bilang Ayobkelubi.

Yang keduanya, binalah lagi sekolah yang berteraskan pembelajaran tersusun supaya mereka boleh belajar dengan selesa. Kemudahan seperti kompleks sukan juga boleh dibina supaya mereka boleh menjadi atlit yang bukan sahaja cerdas malah cerdas dan mampu mengharumkan negara.

Makin besar ngangaan mulut bapanya mendengar hujah si anak.

Barangkali penjimatan itu juga boleh dilaburkan dengan mewujudkan satu system pengangkutan khas untuk mereka ke sekolah agar mereka tidak mati katak di tangan mereka yang hanya pentingkan wang.

Penambahan pinjaman untuk melanjutkan pelajaran juga boleh dilakukan dengan penjimatan itu untuk anak-anak yang bijak pandai tapi tidak berkemampuan. Bukanlah hanya untuk menampung anak-anak kroni yang entahkan mahu belajar atau tidak.

Sungguh bersemangat sekali si anak itu memberikan hujahnya.
Tambahnya lagi, penyediaan kemudahan alatan bantuan mengajar yang up to date juga barangkali boleh disediakan seperti laptop mahupun portable hard disk supaya guru-guru boleh mengajar dengan lebih tenang.

Kemudahan teknologi e-learning juga boleh dibangunkan di peringkat pendidikan rendah bukan hanya di peringkat tinggi supaya anak-anak ini akan sentiasa celik terhadap teknologi yang tiada batas ini.

Makan faham sudahlah bapanya itu dan terus merestui pemergian anaknya ke ibu negara Naik-Naik. Berangkatlah Ayobkelubi dengan restu keluarga agar hujahnya itu diterima.

+++

That was supposed to be the entry for this week challenge.

The unreachable entry to the JURING II arena.

Aku baru nak tekan button post,alih-ali my goat damn fcuking proxy server kat WAN center mampus!.

Argh!.

As a result,aku konpom out from the challenge!.

Melepas aku nak dapat hadiah dari IRELAND!.

:(

Stupid Proxy,Stupid WAN,Stupid HQ!