Monday, July 26, 2010

Murah beb!

Ada juruteknik kat opis aku ni, muda belia lagi, tapi kawan-kawan panggil "Atok" dek pe'elnya yang suka layan lagu-lagu maha klasik dari Black Dog Bone sampai ke kumpulan yang nyanyi ada "aha, aha, i like it" tu. Atok ni juruteknik yang rajin lagi berwawasan dan beretika tinggi. Orang lain balik pukul lima, dia selalu balik pukul enam, lepas tu tumbang sampai pukul tujuh esok pagi. Tengok, betapa kuatnya dia bekerja. Ok, aku bukan nak cerita pasal dia kuat kerja atau kuat makan. Aku nak cerita benda lain.

Atok ni adalah seorang penggemar gajet. Dalam erti kata bahasa standardnya ialah Gadget Junkie. Segala tok nenek gajet yang ada dia akan cuba beli, paling tidak pun dia akan cuba bercerita mengenainya, ini adalah taktik untuk memikat awek zaman sekarang. Aku pun tak nampak relevannya gajet dan awek. Entahlah, zaman sekarang zaman teknologi, nak ngurat awek, kalau bagi bunga,memang tak boleh blah lagi kot?. Mau kena bagi Portable Hard Disk baru ngam.

Ok, satu hari, masa tengah lepak-lepak lepas makan tengahari. Dia pukul canang kat kitaorang.

"Weh, adik aku beli Portable Hard disk 1Tera murah beb!." Bersungguh-sungguh muka dia bercerita. Aku pun dengar macam best jek kan.Kalau murah macam  seikat sayur mau juga aku sambar 20-30 biji buat stok jual kat "car boot".

"Jenama apa tok?. " Aku cuba riki dulu. Kalau takat jenama cap ayam goreng. Malaslah nak beli. Murah tu murahlah beb, tak dan seminggu, jahanam apa cerita?.

"Weghsfen Difgithal, 350 jek beb!." balas Atok sambil kunyah keropok.

Gila kentang murah!. Boleh lah aku sambar satu ni!.

"Kat mana adik kau dapat benda alah tu?. ". Kawan-kawan lain dengar dengan khusyuk. Dalam hati tengah buat kira-kira penaakulan mantik.  Mana nak cekau RM 350 katanya.

"Err, aaa adik aku beli kat Mesir!". konfiden jawapan Atok sambil sedut air sirap.

Yang pasti, lepas atok bagi jawapan macam tu. Aku kira dekat 13-15 bakul sumpah seranah yang dia kena. Belum kena saiko sampai masuk bab bodoh sebab tak kahwin-kahwin lagi. Atok rasanya dah jadi Katok dah masa tu. Atok ala Atok!.

Friday, July 16, 2010

Musikalogika : Lies

Forced conversation
Hidden agenda
You think we're stupid, how dare you
The rug has not been pulled
Over our eyes you fool
We can see right through

Tip-toeing villian
Eyes in the ceiling
Your false intentions have warn thin
But we've been in your room and in your closet too
We've got one on you

Lies make it better
Lies are forever
Lies to go home to
Lies you wake up to
Lies from the alter
Lies make you falter
Lies keep your mouth fed
Lies till your death bed
Lies

Inside an office, a fallen angel
A smiling Buddha with snake eyes
Creates the latest trends
And i just cant pretend
Dont call me your friend

When all these
Lies make it better
Lies are forever
Lies to go home to
Lies you wake up to
Lies from the alter
Lies make you falter
Lies keep your mouth fed
Lies till your death bed

Lies they make it better
Lies they are forever
Lies to go home to
Lies you wake up to
Lies from the alter
Lies make you falter
Lies keep your mouth fed
Lies till your death bed
LIES!

Lies will come back to hunt you
Bulletproof your limosine
Lies will come back to haunt you
Hit and run, a broken dream

Lies make it better
Lies are forever
Lies to go home to
Lies to wake up to
Lies from the altar
Lies make you falter
Lies keep your mouth fed
Lies till your death bed

Lies they make it better
Lies they are forever
Lies to go home to
Lies you wake up to
Lies from the alter
Lies make you falter
Lies keep your mouth fed
Lies till your death bed

Lies

Lies from Billy Talent Band
Taken from their self title debut album.

+++

Sangat-sangat kena dengan kita di sini sekarang. Berapa lama lagi mereka akan terus buat kita jadi keldai?. Berapa lama lagi mereka akan terusan menidakkan diri mereka, bahawa tiada siapa lagi yang suka kepada mereka.

Kalau begini, kita hidup memang dalam penipuan.