Wednesday, April 30, 2008
Ia datang kembali!
Ingat tentang projek JIWA KACAU yang pernah aku sertai dulu?. Ya, cubaan pertama aku untuk menjadi penulis. Sedikit menjadi, yang sadisnya, buku JIWA KACAU tu masih lagi berbaki 6 naskah. Ada orang cari lagi ker buku "rare" ni?. Ha ha ha ha!.
Ok, ok, tutup cerita JIWA KACAU. Kalian nampak gambar di atas?. Ya, gambar lipas terkangkang yang diberi nama Xena oleh makcik ni.. Ini cubaan kedua aku untuk menjadi penulis yang berjaya satu hari nanti. Satu hari nantiiiiiiiiii.
Oleh itu, harga buku ini hanya berjumlah RM20.00 sahaja. Jika kalian semua berminat untuk mendapatkan buku yang bakal menjadi "rare" dalam tempoh tiga bulan dari sekarang. Kalian boleh tinggalkan pesanan di kotak komen dibawah. Jangan malu, jangan segan, kalau aku, kalian anggap teman, belilah buku ini untuk tunjukkan sokongan!. Ewah, cakpong!, cakpong!.
Oh ya, tajuk buku kali ini ialah GANGGUAN TEKSUAL. Apa itu gangguan teksual?.Klik pada nama tersebut untuk modus operandinya.
Aku ucapkan jutaan terima kasih kepada sindiket separa "glamour" ini kerana menjemput aku untuk menjayakan projek blook kali ini. Apasal ucapan terima kasih aku ni macam ucapan bodek menteri ek?. *Garu kepala*.
Lu tengok gambar kat atas sendiri cukuplah, gua malas nak cerita, lu fikirlah sendiri!.
Kredit gambar semua rembat kat blog rasmi gangguan teksual.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
cik ayob, saya mahu beli itu jiwa kacau.... ada lagi ka? begitahu kat ubie79@gmail.com cara nak dapatkannya ya...
bro, nak buku lipas sebijik ngn buku rare yg tinggal 6 bijik tue satu.
nnt emel details acc no ek
to de5lin@yahoo.com
cepat sblm duit den abeh di shoppin kan hahahahah
bro.
mau beli buku lipas jugak.
macamana mau order? cimb akaun ada?
LAN_ZOatYAHOOdotCOM
salam..
buku jiwa kacau..itu..saya mahu satu juga...(buku liepas dah ada)
yg belen tu kalau mau saya boleh carikan orang yg nak beli/tolong jualkan...
liepanbetina@yahoo.com
fuyoo! nabil!
ada tak buku2 tu dalam bentuk pdf yang boleh di download kan?? :P
gua jeles ni,takda buku lagi.
azhar : dah dpt belum bro?
lin : cek maill...
kelambu : cek mail...
kemat : cek mail..
jorji : oiiii..kata support ur local act?. hahaha
Post a Comment