Wednesday, November 26, 2008

Agak-agaklah

Itulah, bila kata Melayu ni emosional tak bertempat, mulalah nak mengamuk tak tentu hala, jangan dicabarlah,jangan lupa dirilah, apa-apalah. Sedih aku, kotnya nak marah pun,agak-agaklah sikit bahasa tu. Korang tak percaya?. Tengoklah bawah ni. Kau rasa nak marah ke atau nak menangis?.

Tuesday, November 18, 2008

Tinggi

Apabila kau menghampiri kesedihan
Ingatlah,satu hari nanti ia akan berakhir
Satu hari nanti kita akan terbang tinggi
Walaupun hari mendatang gelap ibarat bulan Disember
Yang akan datang berlainan cerita
Satu hari nanti kita akan terbang tinggi

Dan
Pada kemudian harinya
Kita akan teringat
Kita semakin hampir jatuh
Dan kita berjaya melepasinya

Dan
Pada kemudian harinya
Kita akan teringat
Kita kekal bersama selamanya
Selamanya untuk kau dan aku

Kerana kita akan bersama selamanya untuk kau dan aku
Kau akan membuat ku terus terbang tinggi di langit biru

Tidakkah kau fikir inilah masanya
Lakukan semua perkara yang kita mahu
Satu hari nanti kita akan terbang tinggi
Tiada yang menjadi mustahil
Bila kita bersama berdua
Satu hari nanti kita akan terbang tinggi

Kerana kita akan bersama selamanya untuk kau dan aku
Kau akan membuat ku terus terbang tinggi di langit biru

+++

Versi unplugged dari kumpulan ini memang cool habis.
High dari Lighthouse Family. Carilah.
Kalau nak, email aku pun boleh.
Sekian.

Monday, November 10, 2008

Kau boss?. Hak tuih!.

Kau tahu apa benda yang paling buat kau sakit hati bila berada dalam dunia pekerjaan ni?.

Betul.

Politik pejabat yang sangat-sangat busuk!.

Bila mana semangat politik busuk ni dah meresap sebati dengan jiwa kau, memang porak peranda pejabat boleh dibuatnya.

Ok, kalau benarlah kau tu ada ijazah tapi yang nyatanya kau masih lagi kuli, kau buat sajalah kerja yang diarahkan "dari masa ke semasa". Pandai-pandailah kau nak selesaikan macam mana pun.

Jangan berlakon kuat lahanat!.

Lepas tu, yang harum semerbak nama ialah kau!. Orang lain yang separuh mampus ni, kau tak amik port langsung!. Ucapan terima kasih?. Harammmmmmmmmm tak ada.

Ialah, janganlah kau keluar statement "kita kerja ini jangan kejar sangat pangkat atau kuasa". Jangan kejar sangat abah kau!.

Belakang, kau jaja dengan bahagian A tentang buruk bahagian B dan sebaliknya. Itu kerja yang paling kau handal. Lepas penat menjaja, kau masuk bilik kau yang besarrrrrrrr sangat tu, gentel telur kau sampai pukul 5, lepas tu kau balik. Tak ker kurang ajar namanya.

Minta maaf, kalau dengan aku, kau ada ijazah ker, master ker, PHD ker, kalau kau macam gampang, memang aku hamun. "Chargeman" baru masuk kerja pun aku leh hamun, ini kan kau?.

Apa, aku ngelat kerja?.

OK, aku ngelat juga tentang kerja aku tapi aku ngelat nyusahkan diri aku (contoh :- aku belum siapkan username untuk mail dalaman institut). Kau ngelat?. Wah,bukan main habis satu pejabat kau heret sama!.

Lepas tu kau boleh "pung pang" sama orang lain yang kau dah penat nak nasihat, kecewa dengan prestasi anak-anak buah bagai. Aku bagi kat kau dua perkataan.

ABAH LU!.

Aku harap sangat supaya kau akan nampak dan sedar bahawa pe'el kau ni akan bawak kau nun jauh jatuh ke bawah satu hari nanti. Percayalaha cakap aku.

Lain kali, jangan kau berangan guna ayat ni

"Aku kan boss?".

Memang aku ludah nanti!. Hak tuih!.

Sekian.

(Ruang tandatangan)
Aku yang bengang sebab kau berlagak sangat jadi boss walhal kau dulu lebih kurang aku aje masa muda-muda dulu.