Tuesday, November 28, 2006

suatu kisah di musim sejuk

Dulu.

Masa aku dan Apat. Berjalan-jalan menuju ke train station untuk ke Cardiff.

Lorong bawah tanah tu memang ada seorang homeless.

"Would you mind to spare a change?". Dia pandang aku dan Apat.

Selekeh dan hamis sungguh!.

Aku seluk saku.
Apat seluk saku.

Aku hulur se"pound"
Apat hulur se"pound".

dan kami beredar.

Sampai di Cardiff. untuk ke town. Kena lalu lorong bawah tanah selepas train station.

"Would you mind to spare a change?".

Aku cari suara itu dan

eh,bila mamat ni sampai?.

Apat berang,tanya dia bila dia sampai. Rupanya2 dia menyelinap masuk dalam train dan sembunyi dalam tandas.

dan memang dia ikut kami. Dia kata orang-orang berkulit seperti kami memang baik-baik belaka.

Sedar tak sedar, kami tidak jadi ke town. Kami duduk disitu sambil mengunyah jacket potato with tuna dengan air coke,sambil dengar dia bercerita.

Dulu. aku, apat dan seorang homeless.

Baca sini untuk kisah seorang homeless lagi.

Tuesday, November 14, 2006

Wednesday, November 01, 2006

bahasa

Susah.

Aku dah susah nak jumpa kawan yang betul-betul "speak in my language" selain dari mereka ini.

Susah.

Well I feel like they're talking in a language I don't speak - Chris Martin