Tuesday, September 23, 2008

Nak kena lempang?

Aku memerhatikan saja dari jauh, galak mereka bergelak tawa sambil tangan memegang rokok yang berasap. Mulut mengunyah tah apa ke benda nya, aku pun tak tahu dan ada seorang lagi, molek saja tangannya memegang air tin!.

*toot* dan *toot* lagi dalam hati aku.

Aku geleng kepala, zaman aku dulu, zaman-zaman nakal remaja, sejahat-jahat kami semua. Bila tiba bulan puasa, kami akan "slow down" kan tahap kebejatan kami. Kalau memang jenis "setan gondol tak boleh dibendung lagi" yang tak nak puasa tapi kami masih lagi hormat akan bulan puasa itu sendiri. Makan atau pun minum hanya di rumah,itu pun selepas emak dah tidur siang. Lepas tu berlakon penat macam puasa!.

Tapi

Budak-budak zaman sekarang, generasi "myspace" ini, langsung tiada rasa hormat pada bulan mulia ini. Duduk bersidai ramai-ramai di bus stop sambil menghisap rokok dan mengunyah makanan tanpa rasa segan dan silu. Paling sedih waktu itu pada pukul lima petang!. Serasa macam mahu jek aku rempuh bus stop tu biar mati semuanya tapi nanti raya nak balik dengan apa lak kan?.

Serasa macam nak aje aku pergi dekat mereka bagi lempang sedas dua tapi mengenangkan keganasan budak-budak generasi "myspace" ini yang sanggup membunuh untuk apa saja, aku bantutkan niat itu cuma aku bersangka baik bahawa mereka ini masih belum lagi mummayiz agaknya.

Sedih aku. Apa masalah mereka sehingga tidak mampu hendak berpuasa?. Beromen bagai nak. Opps!.

+++

Bila aku baca entri dari cikgu ni, buat aku terfikir. Apa masalah anak-anak generasi "myspace" ini?. Adakah terlalu banyak duniawi sangat?. Aku pun "punk rock" juga masa zaman seluar hijau tapi sekurang-kurangnya bila menjelang peperiksaan yang penting, aku akan "snap" diri aku untuk bersedia. Sekurang-kurangnya bila aku tidak berjaya mencapai sasaran tidaklah aku akan salahkan semua orang kecuali diri sendiri.

Betul, aku punyai anak-anak saudara yang lepas raya ini akan ambil PMR. Boleh masih lagi menonton tv pada waktu-waktu terluang. Bila ditempik suruh baca buku, mulalah buat muka ketat, bila disuruh tolong buat kerja-kerja rumah, susah pula nak bergerak!. Memang geram!.

Aku pula yang hari-hari akan dok membebel pasal peperiksaan itu. Tuan punya badan?, tak habis-habis dengan channel ARUNAnya. Haram jadah punya ARUNA!.

Situasi yang sama di ulu banat ini. Bezanya mereka ini lepasan sekolah. Lagilah, lagaknya ibarat sudah bekerja. Kata-kata kami langsung tidak mahu didengar. Yang mereka tahu, KOMPLEN, KOMPLEN dan KOMPLEN. Bayangkan kalau internet terputus di lab, sudah mula menulis surat aduan diserahkan pada pihak pengurusan!. Itu belum dikira lagi dengan surat-surat layang yang mengatakan bahawa ulu banat ini tempatnya bagai penjara!.

Hello cik kak dan cik abang, kalau tak nak rasa duduk penjara,pergilah masuk mana-mana kolej swasta yang banyak pak-pak afrika tu!. Boleh lepak dengan diaorang, sama-sama jadi orang Afrika!. Habiskan duit mak bapa tu cepat sikit!.

Kasihan pada mereka yang benar-benar mahu belajar untuk ubah masa depan mereka, bukan seperti kalian yang diseret mak bapa untuk belajar walhal hati dah sibuk nak mengatal,mengesek bagai tu!.

5 minit terakhir setiap kali kelas aku, aku pasti sampaikan pesanan-pesanan begini. Nasihat-nasihat yang boleh membuka mata dan minda mereka. Aku mahu mereka yang gigal-gigal nak mampus tu sedar bahawa masa depan ini bukalah semata-mata untuk punk rock selama-lamanya. Moga-moga mereka akan sedar. Amin.

8 comments:

Amyz! said...

mcm tu la sesetengah student kat sini. dalam classroom tak mo pay attention kat lecture. siap borak-borak lagi. aku hangin je la. sbb aku susah nak pay attention kat lecture aku. tak nak belajar, gi keluar kelas. duh!

Unknown said...

diorg dah berevolusi kot.. terlebih chemical..

ayobkelubi said...

amyz : harus dilempang.

lan : barangkali mmg nak kena lempang.

Jorji said...

yob..lu lecture kat mana?

perangai bebudak yg kononya dah tau semua dan dah besar panjang (tapi,carik duit tak tau lagi!) memang menyakitkan hati.pemalas.bertuhankan TV dan internet,berfesyen..blabla..bukan salah,tapi lebih2.

sabar yob..mendidik anak bangsa tu dah jadi tanggungjawab lu...

y u z said...

ahaha.

kita ini cikgu2 yg makan hati rupanya. walaupun umum kata jadi cikgu senang, cuti banyak blablabla....

suruh dia pakai kasut kita - mau??

y u z said...

sy mau link blog en.ayobkelubi ya?

=)

ayobkelubi said...

jie : gua bukan che'gu saari..gua che'gu teknikal untuk lepasan SPM.

yus : bukan takat makan hati dah, makan jantung,otak,limpa
nak link?.boleh boleh..takde hal

Unknown said...

memang tak dinafikan dak-daknih semakin nakal...
tapi aku rasa itu frasa mereka ajer.....
mcm zaman-zaman muda kita..
org-org tua kita pun akan kata "dak-dak nih , masa kite mude-mude takdeklaa mcm nih"...
dan sekarang kitaran tuh berulang semula.. hohohoho