Thursday, July 26, 2007

tulis nama atas batu demi che'gu

Wohooo!.

Memang seronok berkelana bersama keluarga tersayang. Hidup nomad dari satu bilik ke bilik tapi kasihan pada si kecil. Meragam bukan sebab demam tapi mengamuk sebab asyik terperap dalam bilik sahaja. Meraung minta di dukung bawa berjalan-jalan menikmati keindahan alam.

Aku gelak saja bila tengok Ain terkebil-kebil matanya tengok air laut untuk kali pertama. Ha ha ha.

Ke Utara selama seminggu diiringi dengan hujan rahmat. Sejuk juga tapi nasib baik ada pemanas, bukan, air mandian panaslah!. He he he.

Oh ya!, imej-imejnya nanti aku paparkan bila sudah kehabisan teks-teks untuk blog ini. Ha ha ha.

+++

Isu paling panas sekarang ini tidak lain bukan tidak ialah pasal che'gu. Bila keluar berita pasal mak,bapak,makcik,nenek,saudara tiri budak yang kena belasah-sepak-ketuk kepala-terajang dengan che'gu dalam tv, aku dah naik jelak.

Oi!, bawa-bawa rasional lah sikit, kalau perangai anak tu baik sikit dari monyet macam mana orang nak tahan?. Lepas tu kau nak mengamuk bila orang petik anak kau?. Walhal anak kau adalah lima teratas dalam senarai standby nak kena buang sekolah (Ini untuk diaplikasikan pada sekolah menengah). Kalau yang sekolah rendah pula, dari lahir sampai masuk sekolah rendah dah kau dok memanjakan sangat, sampai darjah satu pun masih hisap susu botol nak tidur, macam mana anak kau tak lembik?. Kena sergah dengan che'gu, anak kau dah trauma nak pergi sekolah, Trauma konon, trauma sebab tak dapat main Playstation kat rumah sebenarnya!.

Ok, ok, aku pun ada anak tapi, aku ingatkan sekali lagi tapi kalau kau didik anak kau kena dengan caranya, sudah tentu bila dia jejakkan kaki ke sekolah nanti, tidak akan buat che'gu semua angin dengan dia.

Sekolah tempat dia belajar kenal apa itu huruf, apa itu nombor, apa itu saluran peranakan, apa itu letupan C4 bukan tempat dia belajar apa itu adab dan tatasusila depan meja makan, apa itu tunduk hormat bila lalu depan orang lebih tua, yang itu semua mesti mula dari rumah, aku ulang R-U-M-A-H. Kalau dari rumah, kau sendiri mengamalkan sikap seperti kau bertemu dengan dunia utopia kau tanpa ada peraturan, jadi memang sahlah anak kau jadi lebih baik sikit dari monyet, hasilnya nanti.

Aku sendiri tidak faham, apa mak,bapak,makcik,nenek,saudara tiri budak yang kena belasah-sepak-ketuk kepala-terajang tidak pernah kena macam tu juga ke dulu?.

Bukankah dulu ada kisah yang lebih kurang macam ini :

"Ini rotannya che'gu, pukullah dia,sebatlah dia kalau melampau, jangan sampai patah riuk sudahlah".

Takat yang aku tengok dalam tv tu,paling kuat pun lebam dan sengal-sengal badan saja.

Lainlah kalau che'gu tu jenis pidopilia ( aku malas tulis yang formal), yang kerjanya asyik nak meraba isi dalam kain anak-anak muridnya, tak pun che'gu yang nampak seteret tapi kerjanya asyik meramas punggung anak-anak murid lelakinya. Che'gu macam ini layaknya dilenyek dengan steamroll yang tengah guna untuk upgrade lebuhraya PLUS yang dijangka macam tak siap sebelum raya tahun ini.

(Pengecualian pada che'gu yang guna syarikat dia beli alat tulis sekolah) --- Ini sila lapor pada pihak berkenaan.

Sekali lagi, beri ruang pada che'gu untuk bersuara. Aku rasa memang ramai mak,bapak,makcik,nenek,saudara tiri budak yang kena belasah-sepak-ketuk kepala-terajang akan tunduk malu, diam bungkam mengenangkan kebodohon diri sendiri yang dipaparkan ke seluruh negara tanpa ada sedikit LPF pun. Percayalah.


Untuk cerita yang lebih tenang tentang kebenaran che'gu, baca sini

Wednesday, July 11, 2007

melankolik versi pra penjajahan belanda

"but it's much too late" you say
for doing this now
we should have done it then

well it just goes to show
how WRONG you can be
and you really should know
that it's never too late
to get up and go

doing the unstuck
robert smith
the cure