Mula-mula sekali ayah nak minta maaf sebab atas kelewatan ucapan ini. Kalau ayah bagi seribu alasan pun, mesti sayang ayah seorang ni muncung sedepa macam ayah punya muncung gak!. Ha ha ha.
Walaupun ayah rock n roll tak habis-habis, ayah janji akan cuba jadi yang terbaik untuk ain safiyyah. Sedangkan Ozzy Osbourne pun sayangkan anak-anaknya, inikan pula ayah ain, sang rocker pencen.
Jadi, pada petang yang gelap ini (sebab nak hujan), ayah mengucapkan selamat ulang tahun yang pertama bernafas di muka bumi yang bertuah ini. Ucapan ayah di iringi dengan ribuan doa semoga anak ayah akan jadi yang terbaik dalam apa jua yang ain safiyyah bakal lalui.
Semoga ain safiyyah akan jadi anak,kakak,kawan,makwe,isteri,menantu,makcik dan nenek yang terbaik dan paling disayangi.
Ayah doakan ain safiyyah akan berjaya dalam hidup,baik untuk dunia mahupun akhirat. Ayah tak kisah apa yang ain nak jadi, selagi ianya bermanfaat untuk kemanusiaan. Ayah akan cuba hadir ke semua konsert/gig kalau ain safiyyah nak jadi "bassist", ayah pasti akan pergi semua "tournament" kalau ain safiyyah jadi perenang untuk negara, ayah akan duduk berjam-jam tanpa jemu dengar ain safiyyah berucap kalau ain safiyyah nak jadi ahli politik (amik DUN, jangan PARLIMEN ok?).
Ayah akan sentiasa doakan kejayaan yang cemerlang akan menjadi teman setia ain safiyyah, tak payah banyak-banyak A pun takpe,(banyak A tapi markah dapat 60% aje buat apa kan?). Tak payah nak kejar 4.00 "pointer" pun takpe, asalkan ain safiyyah "glamour" kat universiti pun dah ok.(Bukan glamour sebab jadi diva bagai ok?).Ha ha ha!. As long as ayah tahu yang anak ayah ni memang bijak,memadai sudah.
Akhir sekali, ayah doakan semoga ain safiyyah dapat kerja yang molek-molek,gaji besar,kereta besar,rumah besar,kolam renang besar paling tidak pun periuk kukus elektronik besar. Ayah tak nak minta banyak,(seratus dua pun jadilah, ha ha ha). Ayah cuma nak ain safiyyah tahu yang ayah sayangkan ain safiyyah sangat-sangat dan kalau kasih sayang ayah tak kesampaian, doa kan ayah semoga tenang sentiasa. Itu saja.
Selamat hari lahir yang pertama my girl!
4 comments:
Kau ayah yang hebat. Aku terharu...
saya sengih kerana membayangkan kalau si ain ini sudah besar, dan dia baca entri anda. haha
teh : terima kasih, aku doakan kau benda yang sama jugak nanti. aminnn
atiqah : menjelang dia besar barangkali saya sudah tiada. oklah tu kan?...
alippp.. touching giler seyy...
masa dah berubah le lip..
dulu sang rockers.. sekarang sang ayah plak..
tapi kalau ain bley baca entry nie..mesti dia basi satu kiss kat hang.. bapak yang unggul untuk dia..
caya laa alip
Post a Comment