Thursday, December 29, 2005
cengkam
anak murid ada.
sekarang anak murid takde
ko bagi alasan lagi.
pastu sibuk
nak cari rezeki yang halal.
halalkah rezeki yang ko dapat jika cara ko nie seolah-olah menghalalkan apa yang haram?.
bukan aku nak sucking up the boss tapi kena berpijak dibumi yang nyata.
kau dan aku
kuli chekang.
aku?.
prinsip aku senang : raja adil raja disembah,raja zalim raja disanggah.
abih cerita.
Friday, December 23, 2005
campuran
mana boleh tak boleh
jumpa sehelai sirih
bertemu urat
apa-apa yang kau boleh faham tentang maksud di atas?.
+++
penghujung tahun ini adalah sesuatu yang agak luar biasa.
aku menghitung bulan untuk bergelar selain dari abang,pak busu,adik,jadon mahupun matt damon.
+++
aku tak sangka.
mungkin ada yang dah tahu tentang ini tapi aku nak war-warkan dalam blog aku ini jugak.
rujuk sini.
terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi semangat untuk aku.
bohonglah kalau aku tak nak membawa pulang apa-apa.
takkan aku nak cakap ayat macam dalam suratkhabar tu,
"tercalon pun dah cukup".
tapi itu semua bergantung kepada mereka-mereka yang pakar dalam hal ini.
kalau ada,ok
kalau takde,ok
terima kasih sekali lagi aku ucapkan.
kepada dua-dua orang ini juga,aku ucapkan tahniah.
bercakap pasal majlis ini,permaisuri dah heboh kepada abang-abang dan kakak-kakaknya.
"tak boleh,1hb nanti si alip ni ada apa tah majlis persatuan penulis cyber dia kat putrajaya".
adeh,nak tergelak pun ada gak bila tengok muka ipar-duai yang konpius.
bila jadah lak adik ipar aku nie rajin menulis?.
hahaha.
eh,aku belum bayar lagilah!.
Thursday, December 15, 2005
nenek
membawa emak dan permaisuri sekali.
mak nak jumpa adiknya yang nak berangkat ke mekah.
dan
aku nak jumpa nenek sangat.
dan
bila aku bersalam dengannya.
untuk pertama kalinya,nenek menangis teresak-esak di depan aku.
"nenek dah takde sapa-sapa dah ni".
aku sebak.
cintanya kepada arwah atuk telah bersemadi.
dan menyebabkan dia terasa sungguh-sungguh sunyi.
mak cakap.
sejak arwah atuk meninggal.nenek jadi sungguh sensitif.
ya,aku faham situasi tu.
kasihan aku melihat nenek.
dan dulu aku tak pernah lihat nenek membaca suratkhabar.
tapi hari isnin hari tu.
aku nampak nenek membaca suratkhabar.
ditempat yang sama arwah atuk membaca suratkhabar.
sekali lagi aku sebak.
cinta nenek kepada atuk sungguh sejati!.
sebelum aku balik,nenek sekali lagik menangis.
seolah-olah tidak mahu aku pulang.
aku paham tapi ___________.
ini adalah usia terakhir nenek.
aku kena menjaga hatinya selalu.
aku kena telefon dia selalu.
aku kena doakan dia selalu.
semoga nenek terus bahagia bersama cucu-cucunya ini.
semoga nenek terus bahagia bersama anak-anaknya ini.
cukuplah dengan permergian mak long dan atuk.
aku tak nak kehilangan nenek
untuk sementara waktu ini.
Tuesday, December 13, 2005
Thursday, December 08, 2005
sayonara (ini jeklah yang aku tahu pun!)
koordinator aku:tsuzuki san,salim,wak su,aku,tanaka sensei,ayu and timah.
kelas network OS and Software Programming.
pagi tadik,majlis penutup untuk kami.presentation apa yang dibelajar.group aku jek present pakai website base,yang lain powerpoint jek.hahaha.dah nama kelas komputer.wajibul sangatlah pakai website.pastu ucap-ucapan pastu amik sijil pastu itadakimasu!.
tamat sudah pengembaraan aku di negara jepun nie.
sabtu nie aku balik.
senin kerja macam biasa balik.argh,malas betul nak naik kerja balik nie.cuti lama sangat dah nie!. :P
kepada geng2 kelas aku.good luck in what ever your future it is.
tahniah kepada salim sbb naik pangkat masa kursus hari tu.
selamat kepada wak su,moga2 dapat sambung belajo.
tahniah untuk ayu dapat sambung belajo.
good luck utk timah nak dapat nombor dua tu nanti!.
aku?.
macam ni jeklah.
p/s: kelima-lima kami left-handed.lebar dari segi saiz badan.dah kahwin dan otak pun ting-tong gak.hahaha.
ja mata nippon!.
Wednesday, December 07, 2005
lupakan
Monday, December 05, 2005
acpm : director's cut
unseen footages of all series.
and exclusive interview with the director and the main character.
plus trivia.
just wait and bleed
to be amuse and jiwa kacau.
p/s : hahaha
Friday, December 02, 2005
acpm : episod IV (satu)
aku semakin tawar hati untuk menjadi pemburu cinta.
aku gantung senapang buruan aku.
walaupun cik LADY ada beberapa kali menghantar surat memberi penjelasan,pada kuitu semua sudah terlambat.kekecewaan yang aku alami sudah tidak mampu untuk dipulihkan.
untuk beberapa ketika
hidup aku sungguh-sungguh meriah.
banyak menghabiskan masa dengan kawan-kawan baru ku ketika itu.
dimana masa itu dihabiskan dengan banyak berhibur.
student night.
lady night.
weekend night.
tempat itu seolah-olah rumah kedua aku.
aku juga telah join persatuan penarik beca yang ada.
kalau bosan
aku join jamming
waktu itu kekasih hati ku ialah dia (sekarang dah jual,beli mesin basuh).
kalau bosan
aku main bola walaupun salji tebal.
kalau bosan
aku mengadap internet sampai kena halau dengan pakcik jaga lab.
kalau bosan
aku berjalan-jalan melawat kawan-kawan tempat lain.
waktu itu,acpm adalah sekadar satu alat mainan sahaja.
rutin itu berlangsung sehingga aku pulang dan mula bekerja.
dan tahun itu
tahun 2000
aku namakan dia cik PERMAISURI.
kali pertama aku terpandang wajahnya.
hati aku tak berdetik.
jantung aku tak berdegup.
mata aku tak berkelip.
inikah dinamakan cinta?.
dan bersediakah aku untuk kembali ke arena acpm ini?.
aku mula menyusun strategi.
aku gunakan kembali multiskills yang aku perolehi dari tiga pengalaman yang lepas.
dan kali ini.
ceritanya sungguh-sungguh lain!.
aku berhasil!.
tapi tidak semudah dua pengalaman yang lepas dan sesukar pengalaman yang terakhir.
aku masih ingat lagi umpan buruan aku ketika itu.
"saya sedang hanyut di dalam sungai yang deras,hendak mencari dahan untuk menyelamatkan saya"
dan dia balas
"dahan itu sudah sedia ada tapi mampukah awak untuk menjaganya agar dahan itu tidak patah?".
gulp!.
dan aku mencuba.
selama setahun untuk memenangi hatinya kerana di masa itu
terlalu banyak rintangan yang perlu aku hadapi.
bagaimana untuk aku yakinkan dia?.
dalam masa sama ada yang sanggup menikam dari belakang.
walhal aku tak pernah pun nak jentik telur diaorang dulu.
dalam masa yang sama ada yang tidak senang dengan dia memilih untuk berkawan dengan aku.
dalam masa yang sama aku sendiri masih terumbang-ambing membina kehidupan.
tapi aku tetap teruskan perjuangan.
pantang buat reverse kalau takde reverse signal tapi aku sebat jek!.
dan genap setahun kami berkawan akhirnya dia setuju menerima aku.
walaupun dengan beberapa syarat tapi aku sanggup terima.
kerana dia sudah bertakhta di hati aku.
beberapa kali minta putus tapi dua tiga jam lepas tuberbaik semula,meluahkan rindu yang tak bertepi.
hebat beb!.
dan akhirnya,memang tertulis untuk aku dan dia,inilah jodoh kami.
setelah aku kecewa pernah ditinggalkan.
setelah aku kecewa pernah dipermainkan.
setelah aku kecewa pernah diperdayakan.
akhirnya aku telah menemui cinta sejati aku.
walaupun rintangan dan halangan pelbagai perisa aku lalui.
aku renangi lautan api (ada ker?)
aku redah hutan berduri(kat mana?)
kerana dirinya.
Maha kuasaNya telah menulis dia untuk aku.
aku dan dia bersatu.
bulan tujuh 2003 menyaksikan air matanya tumpah ketika aku cium dahinya.
dan aku sungguh terharu kerana dia menerima aku walaupun aku tak hensem,gigi terabur, kulit gelap,gaji kecik,pandai main bola,boleh main gitar,pandai repair komputer (eh,ni macam upkan diri pulak!).
dan jika diizinkan olehNya.
kami akan menimang cahaya mata tahun 2006 nanti.
amin.
itulah dia.
PUAN PERMAISURI aku.
yang selamanya dalam hati aku.
dalam hati aku yang keep on rock n rolling ini.
tamat sudah kisah cinta aku yang tak seberapa ini.
kisah cinta seorang pemburu cinta yang tegar.
(bayangkan aku tengah tersenyum lepas tu skrin fade to black).
dan lagu ini adalah perasaan aku untuk diri dia.
(kira cam runut bunyilah).