aku
sangat-sangat terkilan.
kerana tidak dapat berada disisi atuk aku semasa dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
berita kematiannya ku terima hanya pagi semalam.
sedang dia telah meninggalkan aku petang kelmarin.
rasa seolah-olah baru semalam.
malam raya hari itu aku menelefonnya.
dan bercakap dengannya.
dan dia bertanya apa yang aku makan di sini.
dia tahu cucu sulungnya sungguh cerewet bab-bab makan.
atuk aku ini adalah di sebelah mak aku.
dan aku.
merasa sungguh bangga
kerana telah menjadi cucu sulungnya ini.
aku tidak banyak menyimpan memori bersamanya.
sementelah aku duduk jauh dari nya
tidak seperi jon,medot dan miji.
tapi yang pasti.
semasa aku kecil.
aku lah yang selalu mendapat segala keistimewaan sehingga menimbulkan rasa cemburu yang amat sangat
pada jon,medot dan miji.
akulah cucunya yang selalu diusung dengan honda ex5 barunya.dan honda ex5 itu masih lagi setia berbakti hingga ke hari ini.
akulah cucunya yang diajak menemaninya tidur di rumah barunya ketika itudan rumah itulah yang menjadi saksi kematiannya petang semalam.
akulah cucunya yang selalu dibawa naik bot memancingnya ketika itu sehingga rakan-rakan seangkatannya menganggap aku sperti cucu mereka juga dan atuk aku jugalah yang terakhir mengiringi rakan-rakan seangkatannya.
akulah cucunya yang selalu dibelikan air kotak susu di badurun dan belum sempat dia menghidupkan enjin ex5nya.aku sudah menonong masuk ke badurun untuk air kotak yang kedua.
akulah cucunya yang selalu dapat selipar jepun baru setiap kali menjelang rayakerana aku yang pertama melompat naik ke ex5 walaupun telah ditolak dengan kuat oleh miji.
dan aku tinggalkan miji,medot dan jon dengan ejekan ku.
sementelah aku menjejak kaki ke alam dewasa.
dia masih lagik menganggap aku cucunya yang sulung masih kecil.
akulah cucunya yang akan disuruh membeli mee goreng mamak dan akan di makan berdua dengannya.
akulah cucunya yang selalu menemaninya menonton berita dan akan melayan segala kerenahnya tentang kebenciannya pada mahathir.serius aku tak bohong!.
dan juga
antara nak tak nak
akulah cucunya yang selalu menemaninya dan nenek ku menonton cerita gerak khassambil aku betah melayan kerenahnya sebagai pengkritik nombor satu gerak khas.
dan jon,medot dan miji di luar beranda sambil menghisap rokok di"cover line" oleh dia.
akulah cucunya yang pertama berkahwin.
dan
yang paling utama.
dialah yang akan menemuduga aku setiap kali di meja makan.
contohnya:-
"inilah ikan talang"
dan diiringi dengan
"makan tak?".
aku hanya mengeleng sambil tersengih.
dan soalan makan tak itu berlanjut kepada makanan-makanan lain.
sudahnya mak aku yang akan di marahi.
"apa kau bagi cucu aku nie makan?.sampai semua makanan melayu dia tak nak sangat makan nie?".
dan dia akan bercerita kisah makannya di zaman jepun dahulu.
itulah dia.
atuk aku.
HAJI MAHMUD B HASHIM dalam ingatan.
semoga roh dia ditempatkan di dalam golongan ahli syurga.
doakan dia.
sebagaiman kalian yang mempunyai seseorang di panggil datuk.
8 comments:
takziah.
saya yakin kamu hanya
berpura-pura terpaksa
menonton gerak khas.
mengaku saja lah yang
kamu memang peminat
betul. :)
salam takiah dari aku utkmu wahai sahabat... alfatihah...
takziah.
dan al-fatihah.
saya doakan agar dia tergolong dalam golongan orang2 terpilih.
Don takziah.
Al-fatihah.
Takziah kepada en alip...
Tabahkan hati...yang pegi tetap akan pegi...yang hidup akan menyusul kemudian...
Al-fatihah...
Al fatihah.
Yob. Aku pun dah takder atuk yob.
Bak kata org melaka, dah sampai hukum, cukup janji, pergi ler kita.
Rajin rajin ler baca yassin. sedekah kan allahyarhamnya.
sabar.
takziah, don...
personally, never had a chance untuk bermemory bagai mempunyai seorang atuk, sebab both dah meninggal masa aku lahir
kalau ada pun, memori atuk = g kubur tetiap raya, baca yassin
syukurlah Tuhan sempat kasik memori itu dengan meminjamkan seorang atuk buat kau
al-fatihah untuk atuk yg ko sayangi itu..
Post a Comment