Thursday, December 15, 2005

nenek

aku ke klang hari isnin hari tu.

membawa emak dan permaisuri sekali.

mak nak jumpa adiknya yang nak berangkat ke mekah.

dan

aku nak jumpa nenek sangat.

dan

bila aku bersalam dengannya.

untuk pertama kalinya,nenek menangis teresak-esak di depan aku.

"nenek dah takde sapa-sapa dah ni".

aku sebak.

cintanya kepada arwah atuk telah bersemadi.

dan menyebabkan dia terasa sungguh-sungguh sunyi.

mak cakap.

sejak arwah atuk meninggal.nenek jadi sungguh sensitif.

ya,aku faham situasi tu.

kasihan aku melihat nenek.

dan dulu aku tak pernah lihat nenek membaca suratkhabar.

tapi hari isnin hari tu.

aku nampak nenek membaca suratkhabar.
ditempat yang sama arwah atuk membaca suratkhabar.

sekali lagi aku sebak.

cinta nenek kepada atuk sungguh sejati!.

sebelum aku balik,nenek sekali lagik menangis.

seolah-olah tidak mahu aku pulang.

aku paham tapi ___________.

ini adalah usia terakhir nenek.

aku kena menjaga hatinya selalu.
aku kena telefon dia selalu.
aku kena doakan dia selalu.

semoga nenek terus bahagia bersama cucu-cucunya ini.
semoga nenek terus bahagia bersama anak-anaknya ini.

cukuplah dengan permergian mak long dan atuk.

aku tak nak kehilangan nenek

untuk sementara waktu ini.

4 comments:

Bukan Sepet said...

Sabar yob sabar. Semua yg hidup pasti pergi..

Mak mertua aku pun masa kehilangan bapak mertua aku, jadi sensitif..

So best thing is, go empati, bukan simpati.. Ko ceriakan dengan apa cara ko tau...

Selamat Pulang Yob!
Apa benda makan pertama ko cari masa sampai haritu?

Air aku tau ler air tebu!

Aku dulu masa balik dari bertugas obersi (tak lama pun 2 bulan aja)
cari dah tentu:


TEH TARIK MAMAK & ROTI CANAI !!!!

oooo... hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendrik...

bagus lagi hujan batu... (bukan makan batu)

tuan tanah said...

sedihnya entry ni.
dua tahun lebih aku tak balik malaysia, embah aku sudah semakin tua :( aku harap usianya dipanjangkan, supaya aku boleh jumpa dia, minta ampun daripadanya.

Anonymous said...

sobssss...sedih sangat membaca entry ni..

Anonymous said...

huwaaaaaaa :(( syahdu aku ini bila membayangkan situasi nenekmu itu, sekian lama hidup bersama org tersayang, tetiba org tersayang pergi dulu dr kita...