serius,yang ni memang aku serta persatuan penarik beca yang disertai oleh aku akan gelak barai jika cerita ini dibukak kembali.
macam biasa.hari tu tak silap aku hari minggu,penarik-penarik beca akan berkumpul untuk membincangkan aktiviti-aktiviti semasa serta mengira jumlah pendapatan yang boleh di"rolling" balik.
kebetulan hari tu giliran bilik goyang jadik markas perbincangan.
kalau di tempat goyang memang tak sah meeting tanpa lagu background.background theme goyang selalunya album beraneka perisa dari sepultura.bayangkan kami bermesyuarat dengan lagu sepultura di belakang?.mau kena menjerit sambil bercakap!.
kalau di bilik aku,selalunya lagu classmate aku si eddie vedder tu,kalalu bilik raje selalunya lagu-lagu berentak jazz dan blues cam eric clapton.
ok
lupakan lagu tema.balik kepada bilik goyang.
kami bermesyuarat.perlu diingatkan,masa tu persatuan penarik beca ni tak berdaftar,jadik kami buat mesyuarat pun secara tertutup dan terlangkup.takut kena kesan dengan pihak universiti.kalau kena tangkap,kami kena denda tidak boleh duduk dalam hostel,kena menyewa.gila ko,masa tu mana cukup sen nak sewa umah luar!.ahli pun masa tu tak ramai lagik.kami pun rancak berbincang.aku masa tu jadik setiausaha,raje bendahari,bad tonto ceo,awie ketua penaja,tok pat biawak hidup dan goyang selaku tuan rumah.designation kami berubah-ubah mengikut faktor cuaca.
sedang rancak bermesyuarat,tiba-tiba terdengar ketukan di pintu.
siapa?.goyang tanya
kami polis!!.
alamak!.kami panik.takkan universiti panggil polis nak tangkap kami buat persatuan haram?.masa tu semua dah berpeluh.kelam-kabut.kebetulan si bad tonto ceo kami tengah berak dalam tandas.
gedebak-gedebuk.psssssttttt..lagu sepultura senyap terus.
aku tengah panik.dalam panik tu,kami semua terpandang tingkap.alih-alih si raje mengjenguk tingkap dan eh,mamat nie panjat tingkap dengan gaya terjun tiruk dan terus keluar berlari ke belakang blok.
ah sudah,aku cakap!.
bukak pintu,tengok tok pat si biawak hidup gelak barai tahap putus tali perut.
mula-mula aku dengar lagu sepultura kuat gila,alih-alih senyap terus!.tok pat cakap.
hahahahahaha.kami gelak ramai-ramai.kami carik raje.tu diaaaaaaa,kat ujung blok yang keempat!.dari jauh kami nampak.gelak tak ingat punya.dahlah sejuk,berkaki ayam pulak tu!.
sumpah seranah toksah cakap lah!.tapi gaya raje buat terjun tiruk dari tingkap memang kami ingat sampai mati.
persatuan tu dah tamat akibat dari kes itu.kami membuka rumah kelab pulak.itu lain cerita.
kalau korang jumpa sapa-sapa antara ahli persatuan tu,korang tanyalah,mesti mereka akan gelak barai sebagaimana aku yang sedang tersengih jek sambil menulis nie.
jangan tanya raje.mau kena lempang kang dengan dia!.
muehehehehe.
p/s kepada raje:nanti ko ader anak,aku nak citer benda nie kat dia!.
2 comments:
hahaha lawak-lawak! tapi korang ada beca? ye ke?
lagu selangor yang kecemerlangan tu ada kat website www.selangorfc.com
jom stadium!
Sometime we dont realize how good the good old days were until they r gone. This old days story really speak to me. And last but not least, it was my damn room.
Post a Comment