Saturday, October 22, 2005

di sini,mesinnya agak canggih III

berapa ramai yang akan hadir jika maut menjemput aku?

aku buka mata aku perlahan-lahan.

aku kembali.

kembali ke kg paya 19 tahun nan lampau.

aku nampak diri aku,boy dan tembab sedang mengheret peti ais lama yang hendak dibuang.

hari tu mak teh aku baru beli peti ais baru.

disebelah rumah atuk aku ada sebatang sungai(layaknya adalah sebuah monsoon drain).

kami mengangkat peti ais itu dan menurunkannya ke dalam longkang itu.

boy duduk di depan,aku di tengah dan tembab di belakang.

sebetulnya,hanya kami bertiga cucu lelaki ketika itu.

boy darjah 5,tembab darjah 3 dan aku darjah 2.

jadi.kami bermaharajelela untuk buat apa sahaja.

dan menjadi sejarah.

cucu-cucu imam haji ahmad menjadi pelayar pertama menyusuri sungai a.k.a longkang kg paya.

seronok tak terkata.

kanak-kanak lain berlari-lari ditebing sambil melambai-lambai dan menjerit-jerit nama kami.

aku rasa sungguh bangga.seolah-olah kami baru pulang belayar mengelilingi dunia.

dan

akibatnya

petang itu,teruk aku disebat oleh mak kerana kerja gila itu.

+++

aku buka mata.

aku berada pada tahun lepas.

kini kg paya itu telah tiada lagi.

sungai a.k.a longkang itu pun telah tiada.

semuanya telah diturap.rumah-rumah kampung habis semua roboh.

satu-satunya bukti kg paya itu pernah wujud ialah masjidnya sahaja.

itupun mungkin kerana telah didesak.

kemajuan telah memaksa warisan mengalah.
kemajuan menyebabkan matinya kenangan manis.
kemajuan mendesak tradisi berundur.

dan

kerana kemajuan juga,menyebabkan haji ahmad selalu termenung.

mengenangkan nasib dirinya yang sudah tua tapi tidak berumah.

syukur ada anak-anak yang masih lagi berjasa.

aku lihat diri aku sedang merenung atuk aku di beranda rumah mak teh.

merenung ke depan.

ada air mata mengalir di pipinya.

merenung ke kg paya yang sedang bertukar menjadi taman perumahan paya.

mesin telah berbunyi.

aku meninggalkan atuk aku dengan diri aku berdua di beranda.

+++

aku buka mata

dan aku kembali di sini.

melangkah pulang.

dengan niat untuk menghantar poskad kepada atuk aku di sana.

aku juga rindukan kg paya.

No comments: