Wednesday, August 24, 2005

away from the lifes!.

maaf.

kelam-kabut.

itu sahaja yang mampu aku katakan.

surat sampai hari isnin.

menyatakan permohonan aku berjaya.

aku dapat!.

aku masuk rancangan SURVIVOR : SEKSYEN 17 SPECIAL EDITION (ASAP dan JEREBU).

kena duduk dalam tu selama tiga puluh hari.

atau dalam bentuk numerical ialah 35 ler!

takpe.

korang tak yah AFUNDI aku.

simpan duit tu utk makan roti canai hujung bulan.

maaf.

dalam tu pun takde cctv nak rakam aku berak,makan,berdengkur ataupun bercukur.

takyah tunggu depan siaran 15.

cuma.

aku nak korang doakan aku berjaya dalam rancangan tu.

mungkin aku akan update jika aku dapat panjat pagar atau korek lubang rahsia untuk keluar dari kawasan tu untuk menghirup kehidupan normal.

nantikan aku.
rindukan aku.
bencikan aku.

jumpa balik dalam tempoh tiga puluh lima hari.

selamat!

Tuesday, August 23, 2005

lu jangan poyo!

beb.

gua malas nak bising-bising lagik.

tapi

lu makin poyo.

lu patutnya kena tahu ah.

lu kerja lagi lama dari gua.

kalau ikutkan gua nie macam anak itik baru nak belajar menyudu tapi lu dah ibarat macam bapak itik yang kerjanya nak menyudu mak itik jek.

tapi

lu emosi tak boleh kawal.

belakang lu pura-pura baik depan orang ramai

tapi

hakikatnya lu touching lebih.

orang baru sound lu sikit lu nak merajuk bagai apahal?.

pastu leh sound gua punya boss macam tu?.

alah,takat lu pangkat KB (KAKI BODEK bukan KETUA BAHAGIAN) gaji lebih dari gua.

gua tak pandang.

tak guna ah sangat KB lu ni dalam department gua.

ader lu bagus,takde lu lagik bagus!.

tapi

lu merajuk satu hal.

lu menyalak kat telinga gua pun satu hal jugak.

tiga minggu beb!.gua cakap kat lu.

tiga minggu beb,gua layan benda alah setan gondol tu bertiga.

ada gua nak pergi kat telinga lu menyalak bagai soh buat kerja?.

gua tengok jek lu dalam bilik lu dok tak abis-abis buat kerja laminate apa jadah tah.

ni baru kena lu punya part,belakang lu bo0o0o0o0oleh menyalak kat gua soh join sama?.

what the fcuk?.

lu sendiri yang cakap lu presenter.

belakang lu boleh suruh boss gua lak buat kerja presenter.

what the holl?.

pastu lu nak merajuk bagai,nak suruh orang pujuk?.

eeeeiiiiiiiii, lu ingat gua gay ker nak pujuk lu bagai?.

pergi apa orang kata?.

pergi mampussssssssss!.

gua cakap ngan lu.

lu usung lu punya title tuan haji tu tapi lu perangai tak macam tuan haji.

baik rentikanlah.

lu pergi kerja semata-mata nak tunggu lu pencen.

baik lu amik option awal,boleh blah.

dok rumah ker,jaga lembu ker,lagik masyuk betul tak?.

dari lu dok tak abis-abis nak sakitkan hati orang jek.

lu pikir orang tengok dahi lu hitam.orang nak respek sama lu?.

takat niat nak tayang bagai.gua cakap sama lu.

rentikanlah!.

lu merajuk satu hal.
lu menyalak satu hal.
eh.mulut lu macam *toot* ayam pun satu hal gak.

lu memang melayu lama nak mampus.

mentaliti tak nak tukar-tukar.

dari lu kejer jadik kuli batak sampai jadi separuh boss tapi lu tak berubah-ubah.

dok pi mai pi mai tang tu jugak!.

oh come on!.

tapi tu ah.

gua orang muda.

kejer pun setahun jagung masak dalam cawan.

apa hak gua nak sound lu?.

lu sendiri pikirlah.

pikirlah tentang duit yang lu bagik anak bini makan.

berbaloi ker dengan kerja yang lu buat macam taik hanyut tu?.

pandai-pandailah!.

p/s: ini entry emosi.

+++

cerita musikalogi akan disambung.

Friday, August 19, 2005

promosi! lari promosi!.


maaf.

hari ni takde cerita musikalogi.

biasalah.

penerbit picisan kedekut nak bagik slot yang banyak untuk aku.

hahaha.

hari ni.

aku nak promosi benda alah kat atas tu.

korang tahu apa kejadah benda tu?.

ya,

nanti kan kemunculannya yang akan mengacau jiwa korang.

aku tak bohong.

kalau korang berminat nak memilikinya.

boleh taruk pesanan.

kat aku.

akulerdon [at] yahoo [dot] com

aiseh.

aku still hutang dua ratus dan satu lagu kat mamat ni.

kalau korang nak tahu lebih lanjut.

ushar kat sini

okeh?.

nantikan kedatangannya sebagaimana korang nantikan awek/balak korang di bawah pokok di taman bunga di tepi tasik sambil memberi itik-itik makan roti potong yang tamat tempohnya dengan harapan itik-itik itu akan cirit-birit tahap dewa bersepuluh membelah bumi.

aiseh.

panjang lak dia punya trailer!.

hahahaha

Thursday, August 18, 2005

cerita musikalogi: episod 1 (fanatism)




aku tahu.

aku tak sehandal minah ni untuk menulis secara kritis dan kreatif mengenai kegemaran.

tapi

aku cuba sedaya mana yang aku boleh.

untuk episod pertama ini. aku sembang pasal fanatism ataupun fanatik lah senang cerita.

opps, aku bukan fanatik "WOLRD"!!!.

+++

aku ingat lagik masa tu aku tingkatan empat.

kawan setuisyen aku,kami panggil dia jalak.dia datang kepada aku.

masa tu tengah sibuk dengan ledakan NEVERMIND.

lip, ko dgr ni.lebih kurang nirvana gak.

dia hulur aku kaset.

aku tengok cover 5 orang tengah berkumpul sambil mengacungkan tangan ke atas.

PEARL JAM?.

sorilah jalak.aku tak dengar ah musik macam nie.

+++

1998

aku sedang duduk dalam bilik kat hostel.

raje datang.

don.nie ko dengar lagu dari band nie,bunyi dia lebih kurang macam stone temple pilots.

dia hulur aku cd

aku tengok cover 5 orang tengah berkumpul sambil mengacungkan tangan ke atas.

PEARL JAM?.

kali ni,aku ambil keputusan untuk mendengarnya dahulu.

dan

seterusnya aku mencari album-album mereka.

dan

ya,aku fanatik terhadap vokal eddie vedder,aku fanatik terhadap gorengan maut mike mccready,aku fanatik terhadap lenggokan stone gossard,aku fanatik terhadap larian jari jeff amment,mana perginya drummer?.

sayang.

PEARL JAM tidak terlalu pentingkan drummer.sejak ia ditubuhkan sudah ada 4 orang pemukul drum.

+++

dan

sejak dari tu,tahap kefanatikan aku terhadap band ini terus menerus dari diri aku.

sampaikan pada zaman gila berchatting, aku guna nama samaran as penyanyi pujaan aku.

hehehe.

teruk tak fanatism aku nie?.

tapi

memori paling best.

venue :cardiff international arena
date : somewhere on june 2000

aku dapat tengok band pujaan aku ni secara langsung!.wwooohhhooo!.feel tak ingat beb!.
body surf bagai,head bang bagai!.rock on!.

tak percaya?.nanti aku attach tiket dia!.

+++

aduh.

episod pertama ni rasa cam gagal jek apa yang aku nak sampaikan.

lain kali ah aku cerita elok-elok!.

aduhai!.

Tuesday, August 16, 2005

selekoh terakhir

acai meludah ke tanah.

untuk kali tah berapa ratus dah.

hatinya betul-betul membengkak.

sejak akhir-akhir ini,hatinya mudah sangat naik suhu.

asyik nak mendidih sahaja.

macam mana tak mendidih.

sejak kedatangan boyot ke kampus itu telah meragut segalanya dari acai.

kepopularitinya,kejaguhannya,ke"hensem"annya dan segala ke dan nya telah dihapus sama sekali dalam hidup acai.

acai meludah lagik ke tanah.

hakk tuihh!.

+++

acai termenung di tepi tingkap biliknya.

tiba-tiba dia ternampak boyot sedang berjalan bersama-sama konco-konconya.
konco-konco boyot ialah konco-konconya dulu jugak.
pendi jawa,bob bolen,pawas,penyu putih dan kally.

sungguh riang ria mereka bergelak tawa bersama sambil menghirup air dan menghisap rokok kekah yang diberikan.

acai tahu.

mereka dulu pun begitu dengan dia.

acai marah tiba-tiba

hakkk tuihhh!.

dia meludah lagik ke bawah.

"oiii,jibraun mana ludah kepala aku nie!".

alamak,suara othman felo kepala botak menjerit.

acai kelam-kabut menyembunyikan diri.

kepala othman felo diludahnya!.

+++

malam minggu itu.

acai nekad dan terus nekad.

dia tak sanggup menahannya lagi.

malam ini dia akan membuat perhitungan.

dia akan mengajak boyot "repeat" semula kekalahannya dua bulan lepas.

kekalahan dia kepada boyot dalam lumba motorlah meragut segala-galanya darinya.

dulu dialah jaguh tak terkalah tahap peringkat kuasa paus 1700hp dalam arena perlumbaan motor haram di kampusnya.

semua pelajar lelaki dalam kampus memang gerun berlumba dengannya.

dia hati kering.

dia otak tepu.

tapi bila boyot menjejakkan kaki ke kampus.

dia tewas.

tewas berkali-kali kepada boyot.

keRIAKkan dan keTAKBURannya hancur!.

dan

malam ini dia akan mengulanginya semula.

apa nak jadi,jadilah.

tak dapat halus,cara kasar dia akan gunakan.

dia nekad.

segala-galanya harus dirampas kembali!.

+++

suasana hingar tidak lagik acai pedulikan.

matanya fokus ke depan.

ke arah jalan raya.

rakan-rakan kampus yang lain sibuk menjerit sambil membuat tarian hula hoop menyokong boyot.

acai tahu.

malam ini.

malam penentu.

malam yang akan menyebabkan boyot kembali berlutut memohon ampun darinya.

malam yang akan membuatkan dia kembali ketawa besar!.

+++

acai tersenyum.

dia sedang mendahului boyot.

dia menjeling ke cermin sisinya.

terkial-kial nampaknya boyot.

tinggal selekoh yang terakhir.

selekoh yang ini akan menentukan dia juara mutlak.

tapi

selekoh inilah yang selalu membawa "suwey" kepadanya.

selekoh terakhir ini begitu tajam bak pisau pemotong daging di pasar borong.

sedang dia berkira-kira hendak mengambil selekoh ini,

tiba-tiba

VROOM!.

boyot memotongnya!.

dia tak sempat hendak mengelak.

mengelusur motornya rebah mencium jalan.

pandangannya kabur.

benda terakhir yang dia nampak ialah motor boyot meluncur laju meninggalkan asap CO2.

dia pengsan.

+++

"itulah cai,aku dah cakap kat ko,tapi ko degil".

"aku dah memang handal,hari -hari aku dok main playstation ni kat rumah aku dulu".

acai hanya mampus merengus dan memandang kepada boyot.

"takpe,lepas ni aku ajak ko lawan main game olimpik pulak!".

untuk ke sekian kalinya acai tewas main game lumba motor dengan boyot.

acai oh acai!.

Monday, August 15, 2005

hari pengucapan


ya.

aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada emak dan bapak si comel di atas kerana kesudian mereka sekeluarga menerima aku setiap hujung minggu tumpang berteduh sambil menyediakan TV 29" serta playstation dan juga satu set musim pertama CSI:MIAMI!.(long live horatio caine).

terima kasih sekali lagik kepada enche' azrul rais dan mak enche' fazrin aliza zainal serta fatini aisyah azrul.

tunggu ah tini.

pakcik tak install photoshop lagik.nanti dah install pakcik "otter" balik gambo kamu elok-elok,ok?.



Friday, August 12, 2005

kabus ribut

yang aku ingat.

ahad

aku mengigil kesejukkan walhal waktu tengah hari buta.

sampai semalam.

hari ni baru hilang mengigil tu.

tapi

nafas aku semput lagi.

+++

cerita terbaru dari aku "selekoh terakhir",nantikan tapi aku nak buat lagu
untuk mamat ni.

benda semua dalam kepala otak dah tapi

nafas aku semput lagi.

dah tua ker aku nie?.

Monday, August 01, 2005

surat untuk aunty letchumi

Kehadapan aunty Letchumi yang sentiasa kami kagumi.

Apa khabar aunty sekarang?. Moga-moga aunty sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik.aunty masih ingatkan lagi kami berempat?. Ya,saya,Lim yew kin,Goh mun fook anak si baba tu dan Sheikh yusry. Kami berempat ni kawan baik kepada anak kembar aunty Kesavan dan Selva. Kami anak-anak kecil dulu yang selalu bermain konda-kondi dihadapan rumah aunty.

Maafkan kami kerana lama tidak menghantar sebarang khabar buat aunty. Kami tahu kami telah membuatkan aunty tertanya-tanya dimana kami sekarang ini.

Untuk pengetahuan aunty. Kehidupan kami sekarang semakin baik,tidak lagik sebagaimana kami semasa kecil dulu yang senasib dengan anak-anak aunty serta penduduk kampung kita itu.

Saya sekarang sudah bekerja sebagai guru,Lim yew kin sudah berkerja sebagai seorang jurutera manakala Goh mun fook si anak baba tu bekerja sebagai konsultan dan Sheikh pula sibuk menguruskan perniagaan kainnya.

Bagaimana dengan anak-anak aunty yang lain pula?.

Teringat kami dengan empat orang anak aunty yang sama nakalnya macam kami dahulu.

Kesavan dan kembarnya Selva,Sivaram dan yang bungsu Thomas.

Aunty,

Bila kami duduk berkumpul sesama sendiri sekarang,kami masih lagi bercakap mengenai aunty. Bagaimana kami mengkagumi aunty dan anak-anak serta penduduk kampung kita.

Kami tahu,aunty ialah lambang kegigihan kampung kita. Melihat aunty yang begitu cekal menguruskan rumah tangga sambil bekerja mencari rezeki untuk menampung kehidupan menyebabkan kami sentiasa insaf dan sedar di mana asal kami.

Kami masih ingat lagi bagaimana uncle Moorthy yang jahat tu selalu memukul aunty bila balik dalam keadaan mabuk ataupun kalah judi. Kami kesian melihat aunty menangis meminta ampun bila melihat uncle Moorthy memukul Kesavan kerana Kesavan telah menyepak punggung bapanya.

Tak silap kami,masa tu kami berada dalam darjah satu bukan?.

Ialah,anak mana yang tahan melihat ibu kesayangannya hari-hari dibelasah teruk oleh bapanya?.

Maafkan kami kerana membuka cerita lama tapi kami tahu penderitaan yang ditanggung oleh aunty.

Selepas peristiwa itu,uncle Moorthy terus keluar dari rumah dan kampung itu untuk selama-lamanya.

Dan sejak itulah kami menyaksikan bagaimana cekalnya aunty mengharungi kehidupan.

Seluruh penduduk kampung serta kami tahu penderitaan yang dialami oleh aunty tapi apakan daya yang kami boleh buat kerana kami juga mengalami nasib yang sama. Kehidupan kita di kampung amatlah daif sekali.

Aunty,

Masih ingatkah lagi aunty tentang peristiwa saya dikejar oleh ibu saya kerana mencuri maruku yang digoreng untuk aunty jual?. Saya terus berlari menuju ke rumah aunty dan bersembunyi di sebalik aunty.

Aunty menenangkan ibu saya dengan menghalalkan apa yang saya ambil.

Saya rindukan maruku yang sedap tu aunty. Bukan saya,malah Goh mun fook anak si baba ni selalu bercerita mengenai kehebatan maruku buatan aunty.

Aunty,

Apabila uncle Moorthy meninggalkan aunty sekeluarga begitu sahaja,secara tidak langsung aunty telah berjaya membuka mata penduduk kampung kita bahawa kita tidak boleh bergantung pada nasib sahaja.

Kegigihan aunty berkerja siang dan malam menyebakan ramai penduduk kampung kita mula sedar akan bahawa kejayaan dalam hidup terletak pada tangan kita sendiri. Bukan hanya menunggu buah yang gugur.

Kami kagum melihat aunty bekerja siangnya sebagai atendan pam minyak di pekan terdekat yang jaraknya lebih kurang lima kilometer dari kampung kita dengan mulanya hanya pergi berjalan kaki dan akhirnya menaiki basikal.

Dan malamnya pula aunty bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk di restoran nasi kandar di pekan yang sama dengan meletakkan maruku buatan aunty untuk jualan.

Kami tak pernah lihat aunty mengeluh walau sedetik pun. Kami akan sentiasa lihat muka aunty tersenyum apabila bertemu dengan orang kampung.
Anak-anak aunty diletakkan dirumah saya apabila aunty pergi bekerja dan ada sahaja buah tangan untuk anak-anak aunty dan kami apabila aunty pulang dari kerja.

Tentu aunty ingat bagaimana Lim yew kin bergaduh dengan Sivaram kerana berebutkan jajan dan aunty berjanji esoknya aunty akan membeli jajan dengan banyak sekali. Janji itu aunty tepati,kenyang sungguh kami esoknya.

Pabila kami dewasa,barulah kami tahu bahawa duit yang aunty gunakan untuk membeli jajan yang banyak hari itu adalah duit terakhir aunty untuk membeli bahan untuk jualan maruku aunty.

Aunty,

Kepayahan yang aunty lalui semaki parah apabila Sivaram parah dilanggar lori.Kami sekeluarga masih ingat lagi bagaimana tabahnya aunty. Tidak ada air mata pun mengalir keluar. Kami masih ingat lagi bagaimana aunty tiba-tiba hilang dari klinik dan muncul kembali dengan tabung ayam di tangan aunty.

Kami sekeluarga turut menangis apabila aunty menghulur tabung ayam itu kepada doktor yang merawat Sivaram. Aunty mengatakan ini sahajalah duit yang aunty ada sebagai persediaan untuk membawa Kesavan dan Selva ke universiti.

Masih segar lagi diingatan kami,suara aunty yang tersekat-sekat bercakap dengan sivaram yang koma ketika itu. Menyuruh sivaram bangun kerana sekolah masih lagik jauh dihadapan.

Aunty,

Kali terakhir kami berempat melihat aunty menangis ialah pada hari graduasi Kesavan dan Selva. Itulah saat memilukan kami dimana kami melihat aunty menangis semahu-mahunya tanda kegembiraan.
Kami berpelukan sesama sendiri mengenangkan nasib kami yang akhirnya berbayar dengan kejayaan.

Dan

Itulah kami lihat aunty untuk kali terakhir.

Maafkan kami aunty.

Aku lipat surat itu kemas.

Dibelakang aku Lim yew kin,Goh mun fook dan Sheikh yusry.

di depan kami ialah kubur aunty Letchumi.

Aunty pergi selepas bertahun hidupnya dihurung bermacam penyakit.

tapi aunty bijak merahsiakannya. Anak-anaknya sendiri tak tahu tentang keadaannya.

Aunty masih lagik tinggal di rumah yang sama menjalani sisa kehidupannya.

Pujukan anak-anaknya tidak berjaya untuk membawa aunty keluar dari kampung itu.

Aunty masih sayangkan kampung kami lagi.

Aku letak surat itu di kuburnya.

Kami berempat bertafakur mengenangkan kembali wanita cekal ini menjalani hidupnya.

Aku pandang sheikh,lim,goh

Mata mereka merah sama seperti aku.

"Sudahlah,mari kita pulang. Biarkan ibu ku bersemadi dengan tenang".

Kami berpaling,kelihatan Thomas berdiri segak.

Kami melangkah pergi meninggalkan aunty letchumi.

Kami akan sentiasa mengkagumi aunty!.

Percayalah!.


Entri ulang tayang untuk semua ibu-ibu seluruh dunia. Selamat Hari Ibu!.