Tuesday, May 24, 2005

jadon : cerita dan cita-cita

1998

tak pasti.

seingat aku,hari rabu rasanya.hari "student".

pelajar-pelajar dapat keistimewaan.macam-macam diskaun untuk masuk ini,tengok itu,main ini,joget lambak itu.

hari rabu tiap-tiap minggu,tiap-tiap bulan dan tiap-tiap tahun.

selalunya kami menghabiskan masa tengok wayang di panggung wayang ABC sebelum dia berpindah ke sptty park (betul ker aku eja ni long?)atau pun bermain bowling.

naik keter honda accord merah saga pokcik tak pun fiat "lori sampah dbkl" croma kepunyaan eman.

tapi.

hari rabu tu.

hanya aku dan along.

entah macam mana,yang lain macam menyepikan diri.tak berminat ataupun poket masing-masing koyak,hantar kedai untuk dijahit.

kebetulan.hari tu adalah hari terkakhir panggung ABC beroperasi di bandar sebelum pindah ke tempat yang aku sebut diatas tadi.

kami sampai di depan ABC.

penuh panggung dengan "old timer",veteran dan pensioner.

aku pelik.

sejak bila student day convert jadi orang-orang tua day?.

hahaha.

rupa-rupanya SHAKESPEARES IN LOVE!.

nak tak nak,aku dan along masuk sama tengok filem itu!.

alahai,jadi orang tua kami hari tu!.hahaha.

(maaf,aku tahu cerita ini takde apa-apa feel,ignore jek bahagian hahaha tu).

+++

dia pernah bercerita dengan aku tentang cita-citanya ini.

ah,aku penatlah nak cerita tentang cita-cita dia ni.aku lapar.esoklah aku cerita.boleh?.

Thursday, May 19, 2005

the dark side at ulu banat!


dia fedup dengan Emperor,join aku kat ulu banat.hehehe
Posted by Hello

Tuesday, May 17, 2005

cinta dan langsat

seperti yang dijanjikan untuk dia.

tabahlah!.

korang boleh bagi dia semangat juga!.lawat blog dia untuk tahu lebih lanjut dan kenal lebih dalam.hehehe.


Cinta
Takku mengerti
Sekarang ingin
Esok tak ingin
Cinta
Biar kucari
Sampai kudapat yang aku maksud

Ku tak bisa dengan kamu
Mana mungkin kan terjadi
Langit dan matahari muram
Lihat kita berduaan

Oh cinta
Tak ku mengerti
Sekarang ingin
Esok tak ingin
Oh cinta
Biar kucari
Sampai kudapat yang aku maksud

Masa kau tak bisa merasa
Tak ada nyaman dalam cinta kita
Langit dan matahari muram
Lihat kita berduaan

Cinta
Tak kumengerti
Sekarang ingin
Esok tak ingin
Cinta
Biar kucari
Sampai kudapat
Yang aku maksud


+++

ada blogger yang memblogkan diri dari LANGKAWI tak?.

Monday, May 16, 2005

ulu banat,peri kemanusiaanlah!

berbuku.

hati aku berbuku.

sedang aku menolong labu kemas pejabat dia.

kakak tu masuk.

dengan bertongkat dan kakinya hanya satu.

oh,sedihnya!.

dia memegang sehelai kertas dan keratan akhbar.

oh,dia hendak meminta derma.

takpelah.

kalau sampai kat aku.aku akan hulur seberapa yang boleh.

dia duduk disitu.aku memandang dia.mukanya terbayang seribu satu kepayahan tapi masih mampu tersenyum,tawar.

hati aku hiba.

lama dia disitu.tiada siapa yang sudi melayannya.mana pergi semua BOSS?.

damn!.

aku dan labu dah semangat nak tolong kutipkan derma dari bengkel ke bengkel.

tapi.

kak mon datang.cakap-cakap dengan dia.

oh,dia bangkit meninggalkan tempat itu.

kenapa?

rupa-rupanya kena ada surat rasmi bagai cop org itu,YB ini,KETUA KAMPUNG dia,segala tok nenek orang-orang kenamaan bagai.alahai!.

what?.

susahnya melayu nak tolong melayu.

kenapa takde peri kemanusiaan?.

takpe.kakak tu boleh duduk disitu.aku dan labu boleh tolong kutipkan dari bengkel ke bengkel.

ini protokol don.mereka bagitau aku.

ya, protokol abah ko!.

ini nak elakkan penipuan don.

ya,biarlah kalau betul dia tipu ker apa ker.

yang penting kita mesti bantu bangsa kita sendiri!.

aku lihat kakak tu berlalu pergi.mukanya muram tapi masih mampu tersenyum pada aku dan labu.

terima kasih dik.

takpelah kak.

akak datanglah balik.cari saya dan labu.kami akan bantu!.insya-allah.

semoga ALLAH akan memberkati kehidupan akak!.

Saturday, May 14, 2005

bagus ini blog!

sepatutnya aku nak tulis benda-benda yang berlaku kat aku semalam untuk entry semalam tapi last minute,network ulu banat buat ragam.

jadi masuk untuk hari inilah.

kuasa blogging memang kuat.lagik kuat dari kuasa JEDI ataupun DARK FORCES.

sebab apa?.

semalam lepak kat tagboard mamat ni secara tak langsung aku kenal ngan mereka-meraka yang tak pernah aku sembang selama ini dan akhirnya menjadi kenal dan seperti dah kenal lama pulak tu!.

hehehe.itulah kuasa blog!.

lain feel dia dari zaman chatting dulu.

korang tak caya?.pergi bukak satu blog.kemudian blog hopping,tinggalkan jejak.kemudian tunggu.percayalah,ada jek kawan baru korang nanti!.

betul tak aunty YAN and N?.

+++

kenapa tokong CINA,kuil HINDU tap tidak masjid MELAYU?.sebut masjid jek?.

Thursday, May 12, 2005

soon forget

i think,this is the perfect song for what really happened right now.

for all the matters and issues.

do they ever learn from the past?.

try to sing-a-long.
try to figure it out by yourself.
try to change anythings that related to the situation.

and pray,it will not be forgotten.

we are ought to be "mudah lupa".

sorry is the fool who trades his soul for a perdana
thinks he'll get the girl, he'll only get the mechanic

what's missing? he's living a day he'll soon forget
that's one more time around, the sun is going down
the moon is out, but he's drunk and shouting, putting people down
he's pissing, he's living a day he'll soon forget

counts his money every morning
the only thing that keeps him horny
locked in a giant house, that's alarming
the townsfolk, they all laugh
sorry is the fool who trades his love for high-rise rent
seems the more you make, equals the loneliness you get
and it's fitting, he's barely living, a day he'll soon forget

that's one more time around, there is not a sound
he's lying dead clutching bank negara, never put the money down
he's stiffening, we're all whistling
a man we'll soon forget


get it here

Wednesday, May 11, 2005

tak patut betul!

kau bayangkan ah,trauma yang akan dihadapi oleh dia.

hanya kerana tidak berjaya pergi PLKN tu,dia digari.

ya,DIGARI!.macam dia seorang penjenayah besar,macam dia bunuh 300 orang!.

secara psikologi terbalik,dia akan pikir.alang-alang aku nie dah dicop sebagai banduan.aku akan terus buat jahat!.kau tak pikir ker?.

kau bayangkan ah,trauma yang akan dihadapi oleh dia.

semata-mata tidak mampu bayar RM 600 tu.

apa jadi dengan yang lain?.mana yang lain?.

selepas ini.tak payah pergi PLKN pun takpe.

alah,600 jek!,bapak aku boleh bayau!.

kalau baca suratkhabar hari ni pun,kau meluat baca kenyataan hakim.

oiii,takde perikemanusiaan ker?.

kau tak pikir ker, dia nak carik duit bagik mak dia makan?.
kau tak pikir ker, dia nak carik duit bagik adik-adik dia makan?.
kau tak pikir ker, dia kena tanggung semua sebab bapak dia tak guna.

sial ah!.

kau GARI dia!.

ya,memang MALAYSIA BOLEH.BOLEH JAHANAMKAN ORANG!.

aku dulu kaki lepak gak!.jadi orang pun ni hah!.

sini

tak patut betul!.PLKN perkara serius konon!.ptuihhh!

Tuesday, May 10, 2005

time is ticking.

yes,indeed,the very first time.the second entry for the day.

i'm dazed and confused.what should i do?.

is there any way to save IT?.
is there any way to hold IT?.
is there any way to make IT?.

this is it,i am DOOM to the mistakes.
this is it,
the FATE has spoken,i going to FALL.

indeed,i am on a losing streak.

i am one.

the one that seal his own fate with doom.

give me STRENGTH.

please.
iklan promosi filem terbaru dari indonesia galak di jalankan.kejap-kejap keluar dalam tv,naik menyampah aku.aku terpikir.kenapa masa cerita SEPET masuk panggung takde se"hype" ini?.kenapa bila TENTANG DIA masuk panggung,bukan main bagai lagik dia punyer promosi?.siap pencuci muka taja lagik tu!.takkan boleh jadi macam tu beb?.it's goes the same to other indonesian movies.30 hari mencari cintalah!,eiffel i'm in lovelah!.apa ada dengan cintalah!.hiskkh!.tak paham aku.

yelah,tahulah korang semua dah menyampah dengan filem-filem ucop dengan razak,samalah dengan aku gak cuma yang terkilan dihati ialah anak di buai ditinggalkan,kera di hutan disusukan?.get it folks?.

eeeeii,sedih sangat! --- awek pakai cap komen pasal TENTANG DIA.ptuihhh!.

kenapa tak ditayangkan filem SANCTUARY tu?.kenapa?.

filem INDON,wajah KITA!.hahaha.

+++

gua dah cakap dengan lu beb,lu degil.lu pikir gua nak tunduk sama lu macam tu ker?.lu kenal berapa lama dengan gua beb?.gua tanya sikit ah?.kalau lu rasa lu bagus sangat.lu cubalah cakap dengan gua kat mana lu punya bagus?.kalau lu pikir lu hebat sangat,lu cakap dengan gua kat mana lu punya hebat?.

yang lu gatal-gatal bukak citer lama kenapa?.gua malas nak ingat-ingat dah tapi lu degilllllll.lu keras kepalaaaaaa.sekarang gua pulangkan paku buah kelas kat lu.lu naik temper lak,apahal?.pegi mampus sama lu ah!.

+++

jangan biarkan air yang tenang itu berkocak kembali.teguhkan diri!

Thursday, May 05, 2005

puak cannibal dan ayam goreng tennesse

petang tu,sejuk sangat.nampak macam nak hujan tapi tak hujan.

bosan ah internet jek hari-hari.habis kelas jek berlari macam kambing nak keluar kandang berebut pc!.tak best betul hari ni!.

sejuk-sejuk pekena ayam panas,best gak ni.biar panas sikit daging badan ni!.

long,makan ayam nak?.

kau belanja eh?.

hehehe.

aku berjalan keluar.bosan!,bosan!.

oit,korang nak kemana?.
si mat tempe memanggil.tersengih-sengih sampai air liur melekat dekat dengan jambang cari makannya (masa ni mat tempe masih lagi dikenali sebagai jamil si pembancuh air teh o).

nak pergi makan ayam,ko nak join ker?.

ayam mana korang nak pergi makan?.

alah,kat tepi tj's tu ah!.ayam diaorang sedap!.kental dan berlemak!.

kau belanja ah temp!.

selamat duit aku!.

hehehe.

kami bertiga keluar menyusuri jalan,sedang aku nak menolak pintu utama keluar dari fakulti.

oit temp!.oit lul!.oit jadon!.

kami menoleh.

laaaaa,si lena pulak!.

nak gie mana?.

kami nak pergi makan ayam!.

aku ikut,boleh?.

kau belanja eh lena?.

tapi kau perempuan,reti ker nak makan ayam?.aku tanya,sengih.

kau ingat perempuan takde nafsu ker kat ayam?.

ok jom!.

+++

iskkh,gila-gila ah ayam kat sini.

orderlah!.

ok,ayam goreng sebarrel,roasted lamb ribs tu bagik empat,air?.

air apa oit?.

belasah jeklah!.

pepsi lemon dua botol besau!.

lena pandang kami.sengih.(tapi lena tak minum,dia minur air mineral jek)

betullah,bila perempuan mengadap ayam memang boleh jadi cannibal!.

hahaha.

gelak-gelak sambil makan.

atas meja penuh dengan tulang-temulang.kami tak nak jadi jin!.

ini harus dijadikan acara wajib seminggu sekali ni!.

hahaha.

ok set!.minggu depan turn jadon belanja pulak!.

adoi,celaka betul!.

+++

kepada azrul mat rais,hazlena sajat dan kairil liza hadi --- bila agak boleh makan ayam kat situ lagik ah?.aku rindu nak lepak ngan korang!.

Tuesday, May 03, 2005

tentang diri dan teknologi : versi skima

hello there.

lama betul tak update cam rasa berbulan jek!.hehehe.

pagi ini saya pergi ke pejabat dengan mood yang biasa-biasa sahaja.takde apa yang menarik untuk dijadikan daya penarik ke pejabat,mind set telah jadikan ianya satu rutin harian untuk memenuhkan jadual seharian.

sehinggalah ketua saya datang ke meja saya untuk berbincang mengenai tatacara SA yang betul berdasarkan apa yang saya telah pelajari minggu lepas semasa berkursus di Plaza Sentral.

topik-topik yang dibincangkan memang fresh,just come out from the box sehinggalah membawa kepada topik sikap dan teknologi.

di tempat lama saya bekerja dahulu,ada seorang staff yang memang saya dan geng berhaluan kiri menganggap dia adalah "sifu" kepada kami semua.dialah tempat saya membuat sebarang rujukan mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh saya semasa menguruskan rangkaian.kebetulan boss saya sekarang ini juga pernah berkerja di tempat lama saya dan memang mengenali "sifu" saya semasa dia masih lagik menjadi orang bawahan.

boss saya ini menceritakan kepada saya bahawa sifu saya telah tiada tempat lagik dalam jawatankuasa pengurusan rangkaian di tempat lama.sifu saya telah disingkirkan.ini amat memeranjatkan saya!.puncanya ialah kerana pihak pengurusan tertinggi tidak beberapa senang dengan kerenah sifu" saya yang sememangnya berhaluan kiri.sifu saya selalu membantah ataupun membangkang apa yang dirasakannya tidak betul.

ini menyebabkan pihak pengurusan tertinggi memang tidak se"bulu" dengan sifu.apabila penstrukturan baru rangkaian di sana di jalankan,sifu saya telah disingkirkan.ini menyebabkan beberapa kekecohan telah berlaku di sana.geng-geng berhaluan kiri disana cuba membantah keputusan itu tetapi tidak dilayan.al-maklumlah,mentimun memang tidak boleh pijak durian!.

saya terpikir,adakah kerana mereka rasa jengkel dengan kerenah sifu saya,mereka telah menolak dia mentah-mentah?.tidakkah mereka terpikir bahawa teknologi yang dikendong oleh sifu boleh diguna pakai dengan jayanya?.adakah hanya kerana mereka terlalu emosi dengan sifu saya,mereka mengetepikan idea yang sifu saya perolehi?.hummpph,sempit namanya tu.

boss saya tidak bersetuju dengan pendapat saya.ya,mungkin boss saya ada betulnya.memang jelas sifu saya memang "kerek" sikit,dia mahu orang menghormati dia tapi berdasarkan pengalaman saya,sifu tidak kedekut ilmu!.sedikit kita tanya mengenai RJ45,berjela dia terangkan sampai ke KABEL RGB pun dia terangkan!.

ya mungkin dia berlagak sikit dengan teknologi yang dia ada tapi yang penting dia tidak kedekut ilmu daripada mereka yang seolah-oleh merendah diri tetapi apabila mintak ilmu sedikit dibalasnya dengan "internet ada,pergi belajar sendirilah!".mana satu pilihan kalian?.

itulah dia.ketepikan sikap dia yang menjengkelkan itu,yang penting kita berjaya "mencuri" ilmu yang dia ada rather than kita menyembah-nyembah untuk dapatkan ilmu.takkan jatuh maruah diri jika kita belajar sesuatu daripada orang-orang seperti sifu saya ni.setakat kena kutuk ataupun sindir tu adatlah orang belajar.kalau cepat terasa,duduk sahaja dirumah.diam-diam sudah!.betul tak?.

kalau tak apa guna kita laungkan slogan "OPEN SOURCES FOR EVERYONE?".

semakin tinggi jawatan,semakin banyak "cenekel".

ingatlah,kita ni masih lagik hamba kepadaNYA.