Tuesday, May 03, 2005

tentang diri dan teknologi : versi skima

hello there.

lama betul tak update cam rasa berbulan jek!.hehehe.

pagi ini saya pergi ke pejabat dengan mood yang biasa-biasa sahaja.takde apa yang menarik untuk dijadikan daya penarik ke pejabat,mind set telah jadikan ianya satu rutin harian untuk memenuhkan jadual seharian.

sehinggalah ketua saya datang ke meja saya untuk berbincang mengenai tatacara SA yang betul berdasarkan apa yang saya telah pelajari minggu lepas semasa berkursus di Plaza Sentral.

topik-topik yang dibincangkan memang fresh,just come out from the box sehinggalah membawa kepada topik sikap dan teknologi.

di tempat lama saya bekerja dahulu,ada seorang staff yang memang saya dan geng berhaluan kiri menganggap dia adalah "sifu" kepada kami semua.dialah tempat saya membuat sebarang rujukan mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh saya semasa menguruskan rangkaian.kebetulan boss saya sekarang ini juga pernah berkerja di tempat lama saya dan memang mengenali "sifu" saya semasa dia masih lagik menjadi orang bawahan.

boss saya ini menceritakan kepada saya bahawa sifu saya telah tiada tempat lagik dalam jawatankuasa pengurusan rangkaian di tempat lama.sifu saya telah disingkirkan.ini amat memeranjatkan saya!.puncanya ialah kerana pihak pengurusan tertinggi tidak beberapa senang dengan kerenah sifu" saya yang sememangnya berhaluan kiri.sifu saya selalu membantah ataupun membangkang apa yang dirasakannya tidak betul.

ini menyebabkan pihak pengurusan tertinggi memang tidak se"bulu" dengan sifu.apabila penstrukturan baru rangkaian di sana di jalankan,sifu saya telah disingkirkan.ini menyebabkan beberapa kekecohan telah berlaku di sana.geng-geng berhaluan kiri disana cuba membantah keputusan itu tetapi tidak dilayan.al-maklumlah,mentimun memang tidak boleh pijak durian!.

saya terpikir,adakah kerana mereka rasa jengkel dengan kerenah sifu saya,mereka telah menolak dia mentah-mentah?.tidakkah mereka terpikir bahawa teknologi yang dikendong oleh sifu boleh diguna pakai dengan jayanya?.adakah hanya kerana mereka terlalu emosi dengan sifu saya,mereka mengetepikan idea yang sifu saya perolehi?.hummpph,sempit namanya tu.

boss saya tidak bersetuju dengan pendapat saya.ya,mungkin boss saya ada betulnya.memang jelas sifu saya memang "kerek" sikit,dia mahu orang menghormati dia tapi berdasarkan pengalaman saya,sifu tidak kedekut ilmu!.sedikit kita tanya mengenai RJ45,berjela dia terangkan sampai ke KABEL RGB pun dia terangkan!.

ya mungkin dia berlagak sikit dengan teknologi yang dia ada tapi yang penting dia tidak kedekut ilmu daripada mereka yang seolah-oleh merendah diri tetapi apabila mintak ilmu sedikit dibalasnya dengan "internet ada,pergi belajar sendirilah!".mana satu pilihan kalian?.

itulah dia.ketepikan sikap dia yang menjengkelkan itu,yang penting kita berjaya "mencuri" ilmu yang dia ada rather than kita menyembah-nyembah untuk dapatkan ilmu.takkan jatuh maruah diri jika kita belajar sesuatu daripada orang-orang seperti sifu saya ni.setakat kena kutuk ataupun sindir tu adatlah orang belajar.kalau cepat terasa,duduk sahaja dirumah.diam-diam sudah!.betul tak?.

kalau tak apa guna kita laungkan slogan "OPEN SOURCES FOR EVERYONE?".

semakin tinggi jawatan,semakin banyak "cenekel".

ingatlah,kita ni masih lagik hamba kepadaNYA.

No comments: