Saturday, May 30, 2009

Tabik sepuluh jari

Aku rasa, sampai hari ini masih tidak ada lagi orang yang boleh celen dia. Dulu ada juga orang cuba kaitkan dengan M Nasir, tapi M Nasir punya lawak agak seram untuk kita nak gelak. Tak macam lawak dia ni, sekali gelak, isi perut bersepah-sepah keluar.

Kesimpulannya, memang sampai sekarang takde orang yang boleh celen dia ni.

Semalam, genap 34 tahun dia pergi. Aku sendiri lupa tapi sebab tertengok saluran kerajaan nombor 2 tadi, ada keluar berita kecil yang guna "scrolling marquee", aku baru perasan, terus bubuh entri.

Al fatihah untuk orang yang paling seni Malaysia pernah ada.




"Takpe, takpe, bapak saya baru kirim dari Hongkong" (Seniman Bujang Lapok).

Tuesday, May 26, 2009

Pergi dapatkan kehidupan

Kepada semua minah dan mamat blogger yang beiya-iya marah diri sendiri sebab taip entri dalam Bahasa Melayu kerana mengatakan bahawa entri dalam Bahasa Inggeris sebenarnya akan menampakkan kau lebih hip dan cool. Sila baca senarai di bawah ini.

1. Jangan sibuk-sibuk nak pergi majlis seni yang berelemenkan pop sebab majlis macam ni kebanyakkannya pakai Bahasa Melayu.

2. Jangan sibuk-sibuk nak maki hamun guna Bahasa Melayu, guna saja perkataan FUCK OFF tu.

3. Jangan mengada-ada guna deklarasi berasaskan kepentingan individu mengatakan kalian adalah hip dan cool walhal taklah hebat mana pun.

4. Tukar nama SALMAH, RAMLAH, AWANG, KARIM kepada nama yang lebih cool kononnya dalam entri kamu.

5. Tolong, tolong jangan nak buat bising-bising sebab menulis dalam Bahasa Melayu kerana keadaan memaksa. Memaksa abah kau!.

Iya, aku memang ada masalah dengan kalian semua yang sungguh-sungguhlah "fake".

Bak kata Nigel "The Leg" Gruff

Go get a job, your fucking wankers!.

Aku memang sangat tak faham bila baca blog-blog seperti begini, bila taip entri dalam Bahasa Melayu, mesti mula dengan ayat macam ni :

"Sungguh tak best okay tulis dalam Bahasa Melayu. Yuck!".

Apa hal tu?. Apa masalah mereka semua itu hah?. Kalau betul kau benci nak guna Bahasa Melayu, apa kes kau masih lagi di Malaysia ni?. Kau pergilah duduk mana-mana tanah lain yang tak guna bahasa Melayu tu!.

Aku memang pelik, "dressing" sikit punya gempak, kalah awek kat kawasan Miami ataupun East London tapi dok dengar lagu HUJAN juga, dengan MISHA OMAR juga. Blahlah korang!.

Betul, generasi selepas aku memang tengah kekeliruan identiti.

*Geleng kepala*.

Lepas tu, kalau tulis dalam bahasa Inggeris pun, tunggang langgang susun atur ayatnya. Bila baca, makin tak faham jadinya, ini nak dibanggakan sangat?. Poooooodahh!.

Kalau betul nak tulis dalam bahasa Inggeris, biarlah nahu dan tatabahasanya berada dalam keadaan terbaik, barulah sedap nak baca. Macam baca blog Najjah tu ker, blog IMCP tu ker, blog Jannah GeeWheez tu ker. Ini tidak, tunggang langgang jadinya lepas tu nak berlagak macam budak buat TESL lak!. Pooooodah sekali lagi!.

Sekali lagi, aku nak nasihatkan kepada semua "fakers" seluruh tanah Melayu ini, rentikan semua benda mengarut ini. Aku dulu tarah tapak tangan dengan tanda X juga tapi aku masih ingat lagi akar aku!.

Tuesday, May 19, 2009

Sudah tentu menang

Makcik Roh sibuk tengah buat "alteration" untuk laman web ulu banat. Nak hantar masuk pertandingan. Sudahnya kami semua dikerah untuk bantu dia. Dari aku sampai lah ke Hakim, si pustakawan aku yang senget tu.

Waktu dah nak masuk tengah hari. Semua orang otak dah mula masuk gear dua. Mata dah tak nampak laman web, dah mula nampak ayam goreng. Otak rasanya dah kena bancuh dengan teh o ais laici.

"Saya rasa kita boleh menang pertandingan web ni lah kak". Hakim bersuara.

Kami semua berhenti buat kerja. Memandang Hakim. Macam mana dia boleh tahu?.

"Menurut format pertandingan ini, dia kata, semua keputusan HAKIM adalah muktamad, jadi kita conform menanglah!". Hakim dengan muka serius pandang kami.

Sudahnya muka Hakim melekat dengan cover portable hard disk aku. Badan Hakim kena lipat dengan Wak Badri.

Makcik Roh tak habis-habis dengan "abah kau!, abah kau!, abah kau!"

Hakim o Hakim.

Memang kepala otak dia senget.

Friday, May 15, 2009

Terlanjur kata

Bukan saya dah merajuk tak nak menulis lagi cuma saya sedikit sibuk dengan hal-hal duniawi yang tak pernah habis ni.

Penat tau,turun naik mahkamah, buat rayuan,failkan kompelin. Bayar peguam.

Letih tau, turun naik bas, redah hujan, harung panas terik, bermandikan peluh dan bau masam.

Sedih tau, hiba hati, rasa sayu pun ada sikit-sikit jengah bila datang waktu-waktu tertekan macam ni.

Nasib baik saya menang. Kalau saya kalah, tak tahu lah nak jadi apa dengan dunia ni.

Tapi

Orang yang kalah dengan saya tu pula tak puas hati, nak ajak saya fight turun naik mahkamah balik. Tak kuasa betul tau!.

Itulah, dapat menulis hari ni pun sebab curi-curi masa sikit sebelum masuk mahkamah balik.

Nantilah, kalau dah selesai semua, saya ceritalah kenapa saya turun naik mahkamah.Hakim dah panggil masuk pula. Jumpa lagi yah?.

Wednesday, May 13, 2009

surat untuk aunty letchumi

Kehadapan aunty Letchumi yang sentiasa kami kagumi.

Apa khabar aunty sekarang?. Moga-moga aunty sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik.aunty masih ingatkan lagi kami berempat?. Ya,saya,Lim yew kin,Goh mun fook anak si baba tu dan Sheikh yusry. Kami berempat ni kawan baik kepada anak kembar aunty Kesavan dan Selva. Kami anak-anak kecil dulu yang selalu bermain konda-kondi dihadapan rumah aunty.

Maafkan kami kerana lama tidak menghantar sebarang khabar buat aunty. Kami tahu kami telah membuatkan aunty tertanya-tanya dimana kami sekarang ini.

Untuk pengetahuan aunty. Kehidupan kami sekarang semakin baik,tidak lagik sebagaimana kami semasa kecil dulu yang senasib dengan anak-anak aunty serta penduduk kampung kita itu.

Saya sekarang sudah bekerja sebagai guru,Lim yew kin sudah berkerja sebagai seorang jurutera manakala Goh mun fook si anak baba tu bekerja sebagai konsultan dan Sheikh pula sibuk menguruskan perniagaan kainnya.

Bagaimana dengan anak-anak aunty yang lain pula?.

Teringat kami dengan empat orang anak aunty yang sama nakalnya macam kami dahulu.

Kesavan dan kembarnya Selva,Sivaram dan yang bungsu Thomas.

Aunty,

Bila kami duduk berkumpul sesama sendiri sekarang,kami masih lagi bercakap mengenai aunty. Bagaimana kami mengkagumi aunty dan anak-anak serta penduduk kampung kita.

Kami tahu,aunty ialah lambang kegigihan kampung kita. Melihat aunty yang begitu cekal menguruskan rumah tangga sambil bekerja mencari rezeki untuk menampung kehidupan menyebabkan kami sentiasa insaf dan sedar di mana asal kami.

Kami masih ingat lagi bagaimana uncle Moorthy yang jahat tu selalu memukul aunty bila balik dalam keadaan mabuk ataupun kalah judi. Kami kesian melihat aunty menangis meminta ampun bila melihat uncle Moorthy memukul Kesavan kerana Kesavan telah menyepak punggung bapanya.

Tak silap kami,masa tu kami berada dalam darjah satu bukan?.

Ialah,anak mana yang tahan melihat ibu kesayangannya hari-hari dibelasah teruk oleh bapanya?.

Maafkan kami kerana membuka cerita lama tapi kami tahu penderitaan yang ditanggung oleh aunty.

Selepas peristiwa itu,uncle Moorthy terus keluar dari rumah dan kampung itu untuk selama-lamanya.

Dan sejak itulah kami menyaksikan bagaimana cekalnya aunty mengharungi kehidupan.

Seluruh penduduk kampung serta kami tahu penderitaan yang dialami oleh aunty tapi apakan daya yang kami boleh buat kerana kami juga mengalami nasib yang sama. Kehidupan kita di kampung amatlah daif sekali.

Aunty,

Masih ingatkah lagi aunty tentang peristiwa saya dikejar oleh ibu saya kerana mencuri maruku yang digoreng untuk aunty jual?. Saya terus berlari menuju ke rumah aunty dan bersembunyi di sebalik aunty.

Aunty menenangkan ibu saya dengan menghalalkan apa yang saya ambil.

Saya rindukan maruku yang sedap tu aunty. Bukan saya,malah Goh mun fook anak si baba ni selalu bercerita mengenai kehebatan maruku buatan aunty.

Aunty,

Apabila uncle Moorthy meninggalkan aunty sekeluarga begitu sahaja,secara tidak langsung aunty telah berjaya membuka mata penduduk kampung kita bahawa kita tidak boleh bergantung pada nasib sahaja.

Kegigihan aunty berkerja siang dan malam menyebakan ramai penduduk kampung kita mula sedar akan bahawa kejayaan dalam hidup terletak pada tangan kita sendiri. Bukan hanya menunggu buah yang gugur.

Kami kagum melihat aunty bekerja siangnya sebagai atendan pam minyak di pekan terdekat yang jaraknya lebih kurang lima kilometer dari kampung kita dengan mulanya hanya pergi berjalan kaki dan akhirnya menaiki basikal.

Dan malamnya pula aunty bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk di restoran nasi kandar di pekan yang sama dengan meletakkan maruku buatan aunty untuk jualan.

Kami tak pernah lihat aunty mengeluh walau sedetik pun. Kami akan sentiasa lihat muka aunty tersenyum apabila bertemu dengan orang kampung.
Anak-anak aunty diletakkan dirumah saya apabila aunty pergi bekerja dan ada sahaja buah tangan untuk anak-anak aunty dan kami apabila aunty pulang dari kerja.

Tentu aunty ingat bagaimana Lim yew kin bergaduh dengan Sivaram kerana berebutkan jajan dan aunty berjanji esoknya aunty akan membeli jajan dengan banyak sekali. Janji itu aunty tepati,kenyang sungguh kami esoknya.

Pabila kami dewasa,barulah kami tahu bahawa duit yang aunty gunakan untuk membeli jajan yang banyak hari itu adalah duit terakhir aunty untuk membeli bahan untuk jualan maruku aunty.

Aunty,

Kepayahan yang aunty lalui semaki parah apabila Sivaram parah dilanggar lori.Kami sekeluarga masih ingat lagi bagaimana tabahnya aunty. Tidak ada air mata pun mengalir keluar. Kami masih ingat lagi bagaimana aunty tiba-tiba hilang dari klinik dan muncul kembali dengan tabung ayam di tangan aunty.

Kami sekeluarga turut menangis apabila aunty menghulur tabung ayam itu kepada doktor yang merawat Sivaram. Aunty mengatakan ini sahajalah duit yang aunty ada sebagai persediaan untuk membawa Kesavan dan Selva ke universiti.

Masih segar lagi diingatan kami,suara aunty yang tersekat-sekat bercakap dengan sivaram yang koma ketika itu. Menyuruh sivaram bangun kerana sekolah masih lagik jauh dihadapan.

Aunty,

Kali terakhir kami berempat melihat aunty menangis ialah pada hari graduasi Kesavan dan Selva. Itulah saat memilukan kami dimana kami melihat aunty menangis semahu-mahunya tanda kegembiraan.
Kami berpelukan sesama sendiri mengenangkan nasib kami yang akhirnya berbayar dengan kejayaan.

Dan

Itulah kami lihat aunty untuk kali terakhir.

Maafkan kami aunty.

Aku lipat surat itu kemas.

Dibelakang aku Lim yew kin,Goh mun fook dan Sheikh yusry.

di depan kami ialah kubur aunty Letchumi.

Aunty pergi selepas bertahun hidupnya dihurung bermacam penyakit.

tapi aunty bijak merahsiakannya. Anak-anaknya sendiri tak tahu tentang keadaannya.

Aunty masih lagik tinggal di rumah yang sama menjalani sisa kehidupannya.

Pujukan anak-anaknya tidak berjaya untuk membawa aunty keluar dari kampung itu.

Aunty masih sayangkan kampung kami lagi.

Aku letak surat itu di kuburnya.

Kami berempat bertafakur mengenangkan kembali wanita cekal ini menjalani hidupnya.

Aku pandang sheikh,lim,goh

Mata mereka merah sama seperti aku.

"Sudahlah,mari kita pulang. Biarkan ibu ku bersemadi dengan tenang".

Kami berpaling,kelihatan Thomas berdiri segak.

Kami melangkah pergi meninggalkan aunty letchumi.

Kami akan sentiasa mengkagumi aunty!.

Percayalah!.


Entri ulang tayang untuk semua ibu-ibu seluruh dunia. Selamat Hari Ibu!.