Tuesday, May 26, 2009

Pergi dapatkan kehidupan

Kepada semua minah dan mamat blogger yang beiya-iya marah diri sendiri sebab taip entri dalam Bahasa Melayu kerana mengatakan bahawa entri dalam Bahasa Inggeris sebenarnya akan menampakkan kau lebih hip dan cool. Sila baca senarai di bawah ini.

1. Jangan sibuk-sibuk nak pergi majlis seni yang berelemenkan pop sebab majlis macam ni kebanyakkannya pakai Bahasa Melayu.

2. Jangan sibuk-sibuk nak maki hamun guna Bahasa Melayu, guna saja perkataan FUCK OFF tu.

3. Jangan mengada-ada guna deklarasi berasaskan kepentingan individu mengatakan kalian adalah hip dan cool walhal taklah hebat mana pun.

4. Tukar nama SALMAH, RAMLAH, AWANG, KARIM kepada nama yang lebih cool kononnya dalam entri kamu.

5. Tolong, tolong jangan nak buat bising-bising sebab menulis dalam Bahasa Melayu kerana keadaan memaksa. Memaksa abah kau!.

Iya, aku memang ada masalah dengan kalian semua yang sungguh-sungguhlah "fake".

Bak kata Nigel "The Leg" Gruff

Go get a job, your fucking wankers!.

Aku memang sangat tak faham bila baca blog-blog seperti begini, bila taip entri dalam Bahasa Melayu, mesti mula dengan ayat macam ni :

"Sungguh tak best okay tulis dalam Bahasa Melayu. Yuck!".

Apa hal tu?. Apa masalah mereka semua itu hah?. Kalau betul kau benci nak guna Bahasa Melayu, apa kes kau masih lagi di Malaysia ni?. Kau pergilah duduk mana-mana tanah lain yang tak guna bahasa Melayu tu!.

Aku memang pelik, "dressing" sikit punya gempak, kalah awek kat kawasan Miami ataupun East London tapi dok dengar lagu HUJAN juga, dengan MISHA OMAR juga. Blahlah korang!.

Betul, generasi selepas aku memang tengah kekeliruan identiti.

*Geleng kepala*.

Lepas tu, kalau tulis dalam bahasa Inggeris pun, tunggang langgang susun atur ayatnya. Bila baca, makin tak faham jadinya, ini nak dibanggakan sangat?. Poooooodahh!.

Kalau betul nak tulis dalam bahasa Inggeris, biarlah nahu dan tatabahasanya berada dalam keadaan terbaik, barulah sedap nak baca. Macam baca blog Najjah tu ker, blog IMCP tu ker, blog Jannah GeeWheez tu ker. Ini tidak, tunggang langgang jadinya lepas tu nak berlagak macam budak buat TESL lak!. Pooooodah sekali lagi!.

Sekali lagi, aku nak nasihatkan kepada semua "fakers" seluruh tanah Melayu ini, rentikan semua benda mengarut ini. Aku dulu tarah tapak tangan dengan tanda X juga tapi aku masih ingat lagi akar aku!.

5 comments:

Amyz! said...

Memang sangat kekeliruan identiti. Tak tau dorang tu melayu ke orang putih. tapi makan belacan gak. makan nasi lemak gak. lepak mamak gak.

tapi bila nak cakap bahasa melayu, malu. eleh. cakap english pun tunggang langgang.

bengap!

Jorji said...

what are u talking about? i dun understand?

:P

apa citer ni yob?

Anonymous said...

derang rasa derang Paris Hilton kot kalo cakap omputih.

hahahhahaha.

meh bg aku blog yg tulis cenggitu. nk gak aku baca english derang camne. muahahhahaha

ayobkelubi said...

amyz : sangat setuju. rambut "blond" tapi muka jawa, kantoi betul

ji : aiseh, ini lah isu budak2 zaman skang yang sunggu WAN ABE ni

fara : alaa, banyak blog macam tu, ko cari aje.

y u z said...

wahwahwah...
berapi-api marahnye ni.

entah blog sapa laa en.ayob baca dengan ayat pemula "Sungguh tak best okay tulis dalam Bahasa Melayu. Yuck!".

meh aku nak kasi faiYaaaa sikit!