Wednesday, July 27, 2005

dan namanya rokolon

2210

panas.

keadaan kota rembuni semakin panas.

angin sepoi-sepoi bahasa pun tidak mahu lagik bertiup.marah mungkin.

warga kota rembuni?.

semakin panas.

selepas mengetahui asal dari mana datangnya mary jensen,hantu budak kecil yang memegang loceng dimana bunyi loceng itu bisa merobohkan hospital.

mereka bersimpati dengan mary jensen,terlalu naif untuk mati sebegitu cepat di tangan sang syaitan dr claus.(muka dia pun dah macam syaitan gondol).

dan ketika itulah.

suatu petang sambil melayan suara merdu thom yorke mengalunkan tourist dari corong pembesar suara yang memenuhi ruang angkasa kota tembuni.

ketika itu masing-masing sibuk dengan hal-hal duniawi sendiri.

dan ketikah itulah.

dia melangkah perlahan.

bajunya berdebu dengan keadaan yang sungguh-sungguh kusut,serabai dan segala sewaktu dengan ketidakhenseman.

perlahan-lahan dia mengatur langkah sambil matanya meliar ke sekeliling.

dan ketika itulah.

dia ditahan oleh dua orang remaja lelaki berpakaian ala-ala sid vicious dengan rambut tercacak tapi masih menyerlahkan lagi wajah asli warga kota tembuni iaitu bangsa JASLISH (JAWA+ENGLISH barangkali?).

hey kau,orang mana?

ptuih!.

dia memandang kedua remaja itu.

sambil tersenyum dengan penuh sinis di muka

dia membuka mulut.

mereka memanggil ku

rokolon!.

dan selesai sahaja dia menghabiskan ayat terakhir,kedua remaja punk itu sedar bahawa



hanya badan mereka sahaja yang tinggal sedangkan kaki mereka hilang entah kemana!.

Monday, July 25, 2005

di punggungnya ada pemacu USB

aku baru nak menulis panjang-panjang untuk hari ini tetapi

jam berdenting tepat pukul lima.

argh!.

kenapa tak abis bateri dalam waktu-waktu begini?.

inikah suratan atau kebetulan?.

entahlah.

yang pasti

dia datang kepada aku bertanyakan

hey,macam mana punggung yang ada USB beb?.

apa lagik yang nak aku katakan?.

Friday, July 22, 2005

rujuk bahasa 101 3 perpuluhan 5 suku

untuk seminggu ni.

macam-macam ayat baru akan timbul dari kokunnya.

contoh pertama ialah GLOKAL.

laaaa,mati-mati aku ingat itu ayat sama serupa dengan GOLKAR.

bagai-bagai betul.

isu-isu yang dibangkit semua pasal garu,jilat,hisap,kipas dan yang lebih-lebihnya cubaan pertama menempel untuk berkuasa.

kalau kau berjaya,dalam erti kata lain takde komen seperti BUSUK,THIS IS THE WORST PERFORMANCE I EVER SEE,konpom tahun depan anak-anak ko dipanggil anak DATUK.

kalau kau tak berjaya pun.takpe.cuba lagik tahun depan.

paling-paling tidak pun,angkat tangan,jerit-jerit hilang suara,nangis(oh ini standard performance!).baik pergi stadiumlah woi!.

yang seronoknya tengok si dia berbaju merah jambu menonjolkan apa-apa yang patut.

fuh!,

menyelerakan sungguh negara hadhari ni!.

Thursday, July 21, 2005

jadon:cerita chenta

1930.

kipas besi ala-ala meriam british berpusing perlahan
kononnya nak menyejukkan bilik ini.
aku yang hangat tak terasa kesejukkan itu.

manusia yang pelbagai ragam mula melata dalam bilik ini.aku tengok mami sibuk menjalankan kerjanya.dia masih belum nampak aku.

"donnnnnnn!."

cilake,terkejut mawas aku dibuatnya.

"maaflah kalau mami buat don terperanjat."

"takpe mami."

aku tersengih bak kupang busuk.

"lama tak nampak don ke sini,sibuk dengan kerja?."

"lebih kurang begitulah mami."
tukas aku.

"nanti mami panggilkan orang suruh layan don ek?."

hmmm.

dan ketika itu.

aku rasakan masa terhenti,segala-galanya terhenti arakian nafas bertaup berlumba-lumba keluar masuk pun berhenti.

aku nampak dia.

melangkah lenggang kangkung,menghampiri aku.

tersenyum manja dengan bibirnya penuh dengan rekahan-rekahan berahi.

menghampiri aku.

lalu

"ahah,cif inspektor don."

baru hari ni saya jumpa orangnya.

selalu dengar nama sahaja.

aku?.

hanya mampu telan air liur.

sengaja dia merapatkan tubuh berahinya ke arah aku.

betul.

tepat-tepat di tengah kangkang ku.

peluh mula menitik.

"cantik baju saudari malam ni"

tapi

tak secantik tali leher enche' don ni kan?.

hmmm.

panggil saja hima.

aku hanya mampu mengangguk bodoh.

bersambung.

Wednesday, July 20, 2005

antara skru driver pendek dan handphone samsung

dengan dua cakera keras tergantung.

aku tak boleh nak kopi masuk kesemuanya dalam satu tempat.

dengan dua cakera padat tersandar.

aku tak boleh nak pes masuk kesemuanya dalam satu tempat.

penat aku simpan!.


argh!

Thursday, July 14, 2005

kelubi : freak on a leash?

[tsk tsk tsk]

[ceng ceng ceng]

[kedetak kedetak kedetak]

sometimes i cannot take this place
sometimes is my lifes i can't taste
sometimes i cannot felt my face
you never see me fall from grace


[jeng jeng jeng] --- drop D please

something takes apart of me
you and i were meant to be
a cheap fcuk for me to lay


[debom debom debom maima]
[debom debom debom maima]

go!

something

something need

something is void?!.


urgh!.


that'a all for today folks!.

+++

those were the days were heavy sounds and noises are the eargasm for the whole season.

do i really missed this?.

or

me again being pathetic,pyscho dreamer of the past that never turn back.

*sigh*

(the day where we missed it so much!)

Wednesday, July 13, 2005

tengok ler kat situ

iskh.

malas pula nak tulis panjang-panjang hari ni.

yer aku tahu,cerita chenta jadon tak siap lagi.

nak amik feeeeeeeelll!

apa-apahal pun baik lu orang ushar kat sini

best oooo!.hari nie jek!.

cepat!

Tuesday, July 12, 2005

belansungkawa : the greatest footballer ever.


hari ini.

tidak apa-apa

cuma minta kalian semua

jika betul-betul sokong bolasepak malaysia

sedekahkan al-fatihah untuk Allahyarham Mohktar Dahari.

kita masih menunggu penggantinya.

sedih bukan?.

tapi

hanya disini
sahaja mengeluarkan kisah tentang beliau.

tiada "special tribute" untuk orang yang betul-betul mengharumkan MALAYSIA di dunia bolasepak.

sedihkan?.

pak menteri mampus siap berkabung bagai.

*sigh*

Monday, July 11, 2005

60 saat bersama blogrocker:episod gesa-gesa

ya,kembali kita di episod terbaru dalam rancangan apa adik-adik?.

betul.

rancangan 60 saat bersama blog rocks!.

kali ini.

pihak jadon telah menjemput seorang jelitawan,yer ker? untuk memenuhi slot kita hari ini.

memperkenalkaaaannnnnnnn (ala-ala ahznil)

puteri (cun weehh!)

korang boleh tinggalkan apa saja dlm blog dia.dia tak marah.puteri nie sungguh sweet orangnya.lemah gemalai gitu.hehehe.

ayobkelubi: soalan standard modified: ceritakan sedikit mengenai spesifikasi
hidup anda dari kecik hingga sekarang.
puteri : lahir 1978. sekolah kt perak, masuk univ kt penang. belum keluar2 univ lagi since 1998. spesifikasi :150cm, 45kg. seksi ala kadar.

ak: boleh jelaskan kenapa anda terpengaruh hingga terjebak dalam lembah kehinaan,silap lembah dunia blog ini?.
puteri: mula2 baca, pastu tinggal komen sbb nak glemer. pastu rasa tak cukup glemer, buat blog. tinggal komen lg. buat blog utk glemer la kesimpulannya.

ak: siapakah yang menjadi sumber inspirasi anda untuk memblogkan diri?.

puteri: tiada sesiapa. saya gila glamer, itu dah cukup utk memberi inspirasi. tak caya tanya delinn.

ak:semasa menulis,apakah yang selalu menjadi sumber inspirasi ataupun anspirasi diri mu olay?.
puteri: apa saja, sesiapa saja, termasuk abg don. wahahaha!!

ak:kenapa blogspot?.adakah dia menawarkan perkhidmatan yang baik banget hingga memuaskan nafsu menulis anda?.
puteri:takde sebab2 tertentu. blogspot biasa2 saje. tak sampai tahap memuaskan nafsu saya. spot2 lain mungkin lah.

ak: chehhhh!

ak:selain dari sendiri,siapakah lagi bloggers yang anda cukup kagumi (takpun yang menyampah
puteri:pun boleh!,hahaha) dan sentiasa teruja dan gedik-gedik untuk membaca penulisannya?.
hmmm. tough question utk org yg gila glamer cam diri saya. saya kagum dgn mana2 entry, di mana2 blog yg buleh buat saya ketawa. saya tak pasti blog mana saya menyampah, sbb kalo dah menyampah saya tak pegi baca. emm..tp kalo tak baca, camane saya tau saya menyampah? ahh kantoi, saya baca jugak mana2 blog yg saya menyampah tu. utk hiburan. kehkehkeh!

ak:seperti blog2 lain yang mempunyai tema.adakah blog anda juga mempunyai tema tertentu atau hanya mempunyai tiket untuk masuk ke taman tema air
desa takpun genting?.
puteri: takde tema. dulu saya pikir nk guna tema lucah. tp setelah dinasihati, saya batalkan niat. sbb kawan saya cakap, cerita lucah saya berbau jenaka. nnt pembaca keliru. jd, blog saya tidak bertema. err, saya tak paham kaitan taman tema air tu dgn taman pedas?

ak: taman tema tu kira cam tema berair ker,kering ker?.gitulah!.

ak: ok soalan seterusnya pada 7a seksyen 324 kanun keseksaan.adakah anda pikir bahawa blog anda
puteri: sudah ada pengikutnya yang tersendiri untuk membaca blog anda?.
memandangkan ada yg tinggal komen, saya fikir sudah ada pengikut. tp mungkin juga saya yg paksa mereka mengikut dan meninggalkan komen.hahaha!

ak:.bagaimana perasaan anda bila anda dicop sebagai seorang yang"rebel"dalam dunia
puteri:blog,maksudnya dunia blog anda dan sekeliling bloggers yang mengenali anda?.
rebel? wahahhaahaha!! aparaaa!!;what you see is not always what you get. i'm just being myself. i know u love me anyway. hahahaha!!

ak:seringkali atau barangkali agaknya,bloggers wanita diperlekehkan hasil penulisannya malah boleh dikatakan bloggers wanita selalunya menulis hal-hal yang sungguh melankolik dan retorik.apakah anda juga seperti itu atau tidak?.boleh tolong jelaskan?(sila jawap standard bahasa melayu kertas 2).
puteri:tak salah bermelankolik. my writing? u tell me. ;)

ak: soalan untuk 8a seksyen 1 usj.pernah bermimpi yang anda akan menjadi seorang bogel,silap blogger?.
puteri:tak penah bermimpi ber-blogging, pernah bermimpi berbogel. kalo stress, mimpi bogel. nape aaa??

ak: akhir kata,boleh nyatakan perasaan dan harapan anda untuk dunia blog sedunia terutama sekali di malaysia,utara uganda dan selatan antartika ataupun *toot* cawangan KUALA KANGSO?.
puteri:harapan saya, tidak ada org dr kuala kangsar yg baca blog saya. wahahaha!!!

ak: terima kasih kerana sudi membuangkan masa menjawap soalan2ini.nanti saya belanja air kopi cap kapal api pastu kita gie nikah ek?(hahaha)matilah mek!!!.
puteri:buleh.buleh.

ok.

itu sahaja untuk rancangan kali ini.

temuramah ini dijalankan secara tergesa-gesa kerana masa tu dah nak hujan sang puteri ni sibuk bersihkan tong oksigen dia.
dia suka menyelam bawah jambatan pulau pinang masa waktu hujan.

sekian.



Wednesday, July 06, 2005

jadon : cerita kau yang ku chenta (permulaan gitu).

aduh.

rumit sekali.

kepala aku sejak akhir-akhir ini macam ada bunyi nenong,nenong,nenong.

bukan.

bukan aku nampak ambulans dari hospital kecil ke hospital besar.

bukan.

bila memandang nombor-nombor peratusan yang begitu kecil untuk diberi pelepasan.

barangkali.

mereka ini semua sudah didesak ataupun terdesak.

diacu pistol di hujung kepala.

kau kena pergi sana juga untuk belajar!.

hahaha.

padahal hati sudah mahu mengelinjang menghirup madu kehidupan yang manis-manis.
padahal hati sudah mahu mengelinjang menghisap madu kehidupan yang pekat-pekat.

jadi.

aku yang jadi mangsa kebejatan mereka.

aku yang pening.

bagaimana aku mahu menolong bangsaku?.

jika.

balik-balik kau jumpa aku

dengan mengeluarkan kata-kata sakti peringkat 17 tahap kuasa tidak terbatas iaitu

"tolonglah cik,satu markah jek lagi untuk lulus,dapat D pun jadilah!".

bangsat!.

alahai,bangsa ku BOLEH!.

Monday, July 04, 2005

petang ini

petang ini.

petang yang petang.

petang ini.

petang yang sememangnya kepetangan.

petang ini.

petang yang sememangnya penuh.

penuh.

penuh.

dengan

dengan

uh hu!.

mata saya pedas kata labi pada penonton.

muka ala senyum kata apek pada mutusami dan tuan rumah.

terima kasih,kau lah sahabat aku,bini aku pun suka cuma dia tak nak kipas lipas! kata RE pada ahli mesyuarat tingkap.

kau pulak?

nak kata apa?.