1930.
kipas besi ala-ala meriam british berpusing perlahan
kononnya nak menyejukkan bilik ini.
aku yang hangat tak terasa kesejukkan itu.
manusia yang pelbagai ragam mula melata dalam bilik ini.aku tengok mami sibuk menjalankan kerjanya.dia masih belum nampak aku.
"donnnnnnn!."
cilake,terkejut mawas aku dibuatnya.
"maaflah kalau mami buat don terperanjat."
"takpe mami."
aku tersengih bak kupang busuk.
"lama tak nampak don ke sini,sibuk dengan kerja?."
"lebih kurang begitulah mami."
tukas aku.
"nanti mami panggilkan orang suruh layan don ek?."
hmmm.
dan ketika itu.
aku rasakan masa terhenti,segala-galanya terhenti arakian nafas bertaup berlumba-lumba keluar masuk pun berhenti.
aku nampak dia.
melangkah lenggang kangkung,menghampiri aku.
tersenyum manja dengan bibirnya penuh dengan rekahan-rekahan berahi.
menghampiri aku.
lalu
"ahah,cif inspektor don."
baru hari ni saya jumpa orangnya.
selalu dengar nama sahaja.
aku?.
hanya mampu telan air liur.
sengaja dia merapatkan tubuh berahinya ke arah aku.
betul.
tepat-tepat di tengah kangkang ku.
peluh mula menitik.
"cantik baju saudari malam ni"
tapi
tak secantik tali leher enche' don ni kan?.
hmmm.
panggil saja hima.
aku hanya mampu mengangguk bodoh.
bersambung.
No comments:
Post a Comment