Tuesday, June 28, 2005

lelaki tepat:adakah ianya hanya mimpi?.

prolog:

sebelum dia kenal apa itu cinta.dia tidak berjaya menemuinya.

setelah dia kenal apa itu cinta.akhirnya dia telah berjaya menemuinya.


kisah 1:
satu hari di penghujung abad ke 20.

dia menemui lelaki itu.

lelaki tepatnya.

mereka berdua menganyam rasa kasih,rasa cinta dan sayang.
mereka berdua berjanji akan terus bersama walaupun terhad.
mereka berdua berikrar untuk terus menuju kehidupan yang wukuf.


walaupun dia masih mentah lagi untuk meneruskan kehidupan yang penuh duri-duri.

akhirnya.

sekali lagi dia tunduk kepada kententuanNya.

lelaki tepatnya telah pergi.

meninggalkan tanpa berita.

kecewa sungguh dia.air mata bukan teman setianya lagi.

mana mungkin dia melupakan lelaki tepatnya?.


kisah 2:

setelah sekian lama dia menyendiri.

dia kembali berdiri tegak.

kali ini,dia telah membuang kenangan silam jauh ke dalam lubuk paling dalam.

lelaki tepatnya sekali lagi telah ditemui.

dia tidak mahu kecewa untuk kali kedua.

harus

dia bersama lelaki tepatnya menganyam satu perjanjian.

perjanjian untuk kekal bersama hingga abadi.

namun.

langit tidak selalu cerah kerana asap kilang yang tebal

sekali lagi dia tunduk kepada kententuanNya.

lelaki tepatnya bukanlah lelaki mahupun jantan tapi BINATANG!.

dia kecewa,dia tertekan.

mengapa begini nasibnya?.


kisah 3:

untuk keberapa kali yang dia tidak pasti.

lelaki tepatnya muncul kembali.(dari kisah 1)

dia gembira.

dia tahu itulah dia lelaki tepatnya.

lelaki tepatnya yang mengajar dia erti duri,onak mahupun rekah-rekah kehidupan.

malangnya.

lelaki tepatnya yang dahulu bukanlah lelaki tepatnya seperti dulu.

dia tidak boleh menganyam kasih kembali.

dia sedih!.amat sedih!.

mengapa harus tunduk pada kententuanNya lagi!.

dia bingung?.

bagaimana harus diharungi semuanya ini?.

lelaki tepatnya tidak mampu membahagiakan dia.

entahlah.

yang pasti,dia nekad.untuk terus mengharungi kehidupan.

sama ada lelaki tepatnya atau tidak.dia tidak peduli lagi.

cuma.

dia berdoa agar lelaki tepatnya terus menyulam lagi rasa *bunga-bunga* seperti dulu.


epilog:

dia tersenyum.

riang.

tawa.

tersentuh.

sesungguhNya maha adil!.

lelaki tepatnya mampu memberikan rasa *bunga-bunga* yang selama ini dia idamkan.

dia berdoa

agar

semua ini akan terus kekal hingga abadi.


spin off:

lelaki tepat kisah 1:"mana mungkin aku menolak dia yang selama ini begitu setia menanti?"

lelaki tepat kisah 2:"durjana!.aku pastikan dia akan menyesal!!!."

Thursday, June 23, 2005

hidup adalah perjuangan

kemenangan hari ini bukanlah berarti

kemenangan esok hari

kegagalan hari ini bukanlah berarti

kegagalan esok hari

hidup adalah perjuangan tanpa henti-henti

usah kau menangisi hari kemarin

tak ada yang jatuh dari langit

dengan cuma-cuma

semua usaha dan doa

kebenaran saat ini

bukanlah berarti kebenaran saat nanti

kebenaran bukanlah kenyataan

hidup adalah perjuangan

bukanlah arah dan tujuan

hidup adalah perjalanan

hidup adalah perjuangan


betul tak?.aku ambil dari sini,dapat ilham masa tengah memandu tadi.terima kasih,jumpa lagi diwaktu dan hari yang sama!.

Tuesday, June 21, 2005

hooorah!

sekadar pengumuman.

hari ini.

ABDUL ALIFF B ABD JALIL yang bernombor IC 780621-14-5051.

ya!

hari ni!

27 tahun lepas.dia dilahirkan di HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR.

waktu petang lebih kurang lepas asar.

weh!.muda remaja lagik nie!

hahahaha.

Friday, June 17, 2005

60 saat bersama blogrocker

seperti yang aku janjikan dulu.

kali nie dengan mamat ni.

mintak maaf atas kelewatan siaran episod ini.tuan punya badan baru habis buat konsert jelajah timur barat zimbabwe,katernya nak carik "prospek baru".apa yang "prospek baru" tu aku tak tahulah.hahaha.

ok.

harap-harap semua orang suka kat dia!.eeuuuuwww!.

ayobkelubi: assalamualaikum.

op: w'salam

ak: sila jawap dengan kadar yang tak beberapa serius untuk mengelakkan
kepala dan jari anda tergeliat kerana dilanda tekanan memikirkan
jawapan yang bernas serta beras nasional.mekasih!.

op: woohhhooo!

ak: soalan standard modified,ceritakan sedikit mengenai spesifikasi
hidup anda dari kecik hingga sekarang.

op: umak ai. kalau saya cerita, mesti makan masa 30 tahun. saya singkatkan. saya orang johor yang dilahirkan di negeri sembilan, membesar di kuala lumpur dan penyokong bola sepak selangor. sudah berumahtangga dengan "the-mulan". maka saya tidak lagi available dan selalu invisible dalam yahoo messenger. saya bekerja di dalam bidang teknologi maklumat secara spesifiknya dalam bidang pembinaan sistem.


ak: boleh jelaskan kenapa anda terpengaruh hingga terjebak dalam lembah
kehinaan,silap lembah dunia blog ini?.

op: saya kirakan terpengaruhnya saya pada dunia blog adalah kerana penglibatan sosial saya dalam dunia irc dan internet sebelum ini. namun saya terpaksa melupakannya akibat kegawatan ekonomi dalam tahun 1998-1999 yang melanda negara. lama juga saya tidak berkecimpung dengan internet sehinggalah saya diperkenalkan kepada Geng Jurnal oleh amyz. beliau juga telah menunjukkan blog beliau serta buku jongkangjongkit MJ yang telah siap dicetak dan dibinding. selepas itu saya mula memahami konsep blog sebelum membuka sebuah blog saya sendiri di geocities dalam bulan may 2004.


ak: siapakah yang menjadi sumber inspirasi anda untuk memblogkan diri?.

op: sifat cemburu saya menjadi sumber inspirasi saya. saya cemburu membaca tulisan-tulisan dan entri yang mantap lagi padu dari aa,bb,cc,dd,ee (bukan nama sebenar - nanti mereka riak). dari situ saya teruja untuk menulis blog. saya juga mula belajar untuk menulis dengan betul serta cuba untuk memperbaiki mutu tulisan saya.

ak: semasa menulis,apakah yang selalu menjadi sumber inspirasi ataupun
anspirasi untuk mu dari olay untuk menulis?.

op: selalunya saya menulis apabila mempunyai sesuatu untuk ditulis. datangnya idea tersebut samada semasa saya dan isteri berbual di dalam kembara atau perkara-perkara yang pernah berlaku di dalam hidup kami. lazimnya saya akan menyimpan deraf apa yang hendak saya tulis di dalam telefon bimbit saya kerana saya adalah seorang yang pelupa. saya memilih waktu malam di rumah untuk menulis kerana pada siangnya sibuk di pejabat. lagi pun, malam baru ada feeeeeeeeeel.

ak: yolah tu!.hahaha.


ak: kenapa blogdrive?.adakah dia menawarkan perkhidmatan yang baik banget
hingga memuaskan nafsu menulis anda?.

op: pada mulanya saya menggunakan geocities untuk hosting blog. saya perlu mengedit setiap page dan menyediakan arkib secara manual. acapkali bila saya berjalan-jalan ke blog rakan-rakan, rasa cemburu terbit dalam diri melihat mereka dengan mudahnya menulis dan membuat blog menggunakan blogspot dan blogdrive. selepas itu saya menggabungkan fungsi yang ada pada geocities dengan blogdrive sebelum menggunakan blogdrive sepenuhnya.

op: saya tidak pasti mengapa saya memilih blogdrive, mungkin kerana terlalu ramai yang menggunakan blogspot. adalah menjadi sifat semulajadi saya untuk mencari kelainan dalam kebiasaan. maka mungkin sebab itu saya memilih blogdrive.


ak: selain dari sendiri,siapakah lagi bloggers yang anda cukup kagumi dan
sentiasa teruja dan gedik-gedik untuk membaca penulisannya?.

op: ramai sebenarnya tetapi saya selalu melilau di blog tokei pajak, tok rimau, moplantai, naga, banai, basri, mat jan dan pnut.


ak: seperti blog2 lain yang mempunyai tema.adakah blog anda juga
mempunyai tema tertentu atau hanya mempunyai tiket untuk masuk ke taman
tema air desa setapak atau pun pedas (ulu banat nie weh!)?.

op: temanya sama macam nama blognya juga - fikiran dalam kembara. kenapa fikiran dalam kembara? sebab fikiran saya selalu menerawang semasa dalam kereta - kembara, jadi saya selalu menulis tentang apa yang saya fikirkan semasa memandu. begitu juga perbualan saya dengan isteri semasa di dalam kembara. kami selalu berdiskusi dan berdebat dan hasil dari perbincangan tersebut, sering saya curahkan ke dalam blog.

op: fikiran dalam kembara juga bermaksud cetusan fikiran yang mencari-cari jawapan buat apa saja persoalan yang terlintas.


ak: anda pernah menang anugerah weblog harapan.boleh nyatakan perasaan
anda?.

op: terkejut. pengiktirafan buat blog saya yang masih mentah. namun saya anggap ia satu cabaran untuk saya memperbaiki tulisan saya.


ak: apa yang membolehkan blog seseorang itu menjadi blog harapan?.boleh
tolong jelaskan.yelah anda pernah menang anugerah tu,takut2 anda guna
politik wang pulak nak menang anugerah tu!.hahahahaha.

op: sebenarnya soalan ini perlu dijawab oleh hakim yang mengadili anugerah tersebut. hanya beliau yang tahu ciri-ciri sebuah blog harapan.

op: namun pada agakkan saya (agak ku bilang agaknya), ciri-ciri yang mereka cari adalah seperti berikut:

1. mutu entri dan tulisan
2. kemasukkan entri yang konsisten (selalu update)
3. jumlah pengunjung / komen bagi entri (ini tidak penting)
4. layout blog (menarik tetapi tidak menyesakkan mata pembaca)


ak: akhir kata,boleh nyatakan perasaan dan harapan anda untuk dunia blog
sedunia terutama sekali di malaysia,utara uganda dan selatan antartika?.

op: harapan saya untuk dunia blog menjadi sebuah dunia yang aman untuk semua orang. (sebut ala-ala miss world).

op: wujudnya geng jurnal dalam mengumpulkan blogger-blogger tanahair menjadi satu kelompok blogger yang ramai amatlah saya kagumi dan hargai. saya berharap melalui GJ, kelompok blogger-blogger dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru selain menjadi platform untuk para blogger mengadakan aktiviti bukan saja di dalam siber tetapi juga di dalam nyata. (errr betul ke jawapan aku ni?. kira bolehlah ya).

ak: terima kasih kerana sudi membuangkan masa menjawap soalan2 ini.nanti
saya belanja air kopi cap kapal api.mesti power!.bye!

op: sama-sama. tangan saya penat menaip ni. kalau dapat ali cafe pun ok jugak. hehe.

Wednesday, June 15, 2005

rentikan ini semua

sudah.

nekad.

kena berhentikan ini semua.

semua ini menyebabkan aku kehilangan MOJO terhadap dunia yang satu lagik.

terlalu khusyuk dengan yang lain.
terlalu taksub dengan yang lain.

mengapa jadi macam ni?.

sampai berpinau otak dan fikiran.

adeh!.

cukup-cukup.

katakan TAK NAK pada INTERNET!.

muahahaha.

mana mungkin?.

Monday, June 13, 2005

cerita surau bukit aman

jadon tak sempat nak bermanja dengan mak bapaknya.hanya selepas dia dilahirkan dan setahun kemudian,kehadiran adiknya nombor dua meragut semuanya.dia rasa seperti disisihkan.

hidupnya masa kecil terhad di rumah sahaja.seawal 5 tahun sudah disuruh mencuci berak adik-adiknya dan memakaikan lampin serta mengemas rumah.hatinya memberontak.

tiap-tiap petang,rakan-rakanya seperti abun,eri,syukur dan mahathir memanggilnya untuk bermain tetapi terpaksa ditolak apabila memandang wajah emaknya yang garang.

tapi.

petang itu

dia memberontak.

semasa semua sedang tidur.

dia menyelinap keluar rumah.

bermain dia puas-puas.

tapi.

dia silap

balik petang itu teruk dia disesah emaknya yang garang.menangis dia di biliknya.

tapi

dia degil.

esoknya dia melakukan perkara yang sama walaupun dia nampak di sebelah perbaringan emaknya ada penyangkut baju yang di"modified"kan menjadi alat untuk merotannya.

kali ini

dia tidak balik terus

selepas puas bermain.terus dia menuju ke surau perumahannya.

duduk dia diam-diam disitu.

menunggu.

kemudian.


"eh,apa abang buat kat sini?".

dia menoleh ke belakang.tersenyum.

KORPORAL JALIL (sekarang dah naik SARJAN).

penyelamat dia telah pulang.

"saja jek duduk sini".dia berbohong.walhal takut untuk pulang.

"dah,jom balik".

ya.dia terselamat untuk hari itu dan seterusnya dia melakukan benda yang sama berhari-hari sehingga dia sendiri jemu untuk keluar bermain.

menunggu di tepi surau bukit aman menanti penyelamatnya pulang dari kerja.

KORPORAL JALIL memang penyelamat dia.selalu menghalang emaknya dari merotan dia.selalu mem"backing" dia apabila dia dimarahi.

seingat jadon,hanya sekali-sekala sahaja KORPORAL JALIL memarahi dia,semasa tingkatan 2,apabila dia kantoi ponteng sekolah,teruk disebatnya dengan tali pinggang buckle polis tu dan kedua semasa tingatan 5,bila dia mengatakan "TAK NAK" pada SPM akibatnya kepalanya benjol kerana mug yang dipegang oleh KORPORAL JALIL melayang tepat atas kepalanya.

itulah dia.

sekarang SARJAN JALIL akan berpencen dalam tempoh dua tahun.

dia tak pernah meminta anak-anaknya membelikan apa-apa untuknya.
dia tak pernah menyuruh anak-anaknya menghamburkan apa-apa pujian untuknya.
dia tak pernah memaksa anak-anaknya mengikut kehendaknya.

dia tetap dengan tanggungjawapnya.

itulah dia SARJAN JALIL.

"ko kena ingat.adik-adik ko semua pompuan.kalau abah takde,sapa lagik nak harap kalau bukan abang?".

kata-kata itu dikeluarkan menyebabkan aku terus insaf dan kembali normal.

kepada SARJAN JALIL B HJ AHMAD. you are the greatest!.selamat hari bapa!.

ditulis setelah mendapat inspirasi dari cerita ANAKKU SAZALI,filem ini adalah yang terbaik tentang anak dan bapak.

Tuesday, June 07, 2005

between the 56th corp boys and the trowong boys and grosmont hall pintu 1

kalau ikutkan.

ada banyak lagi selain daripada mereka diatas cuma yang paling "hype" sekali tempat inilah.

kalau balik dari rausyan(skin on,skin off?),mesti singgah sekejap di 56th corp.kena air segelas dua sambil hisap-hisap rokok kemudian ketuk-ketuk dram kemudian balik.

kalau di trowong boys pulak tempat berkumpul fanatik undertaker.(diarang pasang cabletel).bergasak kami di ruang tamu.

kalau di 56th corp,ahli mereka memang ramai.ada kancil,ada totok,ada apek,ada gaban,ada ali bangla,ada adan,ada bush,ada jabor,ada apai,ada anip,ada orang tua dan kadang-kadang dimeriahkan dengan kedatangan abang bob,abang sani dan abang zaki.memang rocking habis tempat ni!.

kalau di trowong boys,keadaannya lain macam sikit.almaklumlah,kawasan tempat pensioner and old timer lepak.kena senyap sunyi.kalau tak heddlu datang ketuk pintu rumah.disini ada awie,ada din bulat,ada wak bian,ada mat asni,ada mat tempe.

ikutkan 56th corp memang tumpuan persatuan penarik beca(ingat lagik cerita ni?).manakala trowong boys adalah tempat untuk pasangan baru kahwin buat kenduri doa selamat.hahaha.

ingat goyang dengan ann?,jee dengan anis?.selalunya bilik mat temp jadik port pasangan baru kahwin "honeymoon".

bagi aku dan along serta syuhada.trowong boys jadi rumah pilihan.selalunya hari minggu akan bertandang ke situ.makan-makan,lepak-lepak,minum-minum,stonek membrek.hahaha.

sebab

56th corp kira macam tempat kami yang menetap di kampung akan bertandang beraya di bandar di rumah mereka.tiap-tiap tahun macam tu.mereka-mereka ni memang rajin buat makan-makan!.ada jek occasionnya.

tapi

kalau dari segi pemandangan,trowong boys memang superb!.rumah mereka betul-betul atas terowong keretapi.dapur betul-betul mengadap bandar newport kesayangan.memang syahdu jek rasanya duduk diberanda dapur sambil bersembang tentang masa depan dengan awei!.alahai!.

56th corp pulak,hampeh.belakang rumah macam buat mini safari,tinggal takde binatang jek.tepi rumah pulak bengkel kereta.bising tak ingat.yelah.mereka memang betul-betul dok tengah bandar.nak kata apakan?.

itulah.

rumah sewa paling "happening" sepanjang 3 tahun belajar apa itu kehidupan.sesuatu yang kami akan kenang sampai mati.betul tak kawan-kawan?.

eh?.

apa cerita grosmont hall pintu 1?.

tempat tu?

cek point sebelum ke bandar,rumah tumpangan bagi mereka diatas lepak sebelum main bola,(tempat rally nasi goreng kosong dan sental nutella,susu,california delight sampai licin!),tempat makan free,tempat meluahkan masalah dan erti kata lain grosmont hall merupakan cawangan jabatan kebajikan masyarakat!.

saper-saper yang tak pernah singgah grosmont hall pintu 1 tu memang menipulah!.

hummph.terkenang tempat-tempat ini.the sentiment will grow more stronger or am i just another daydreamer?.*sigh*

Monday, June 06, 2005

ketepuan otak

errmm.

semuanya kembali ok.hanya tertinggal satu koman line menyebabkan sang cisco tak berjalan.tak pasal-pasal terbang RM 500!.aku kena kerap membaca manual dan latihan perlu dibuat.

lepas tu sang kad hijau,oren dan merah pulak meragam.pening kepala mereka agaknya bila dicabut pasang,dicabut pasang.

aku layan mereka sorang-sorang jumaat minggu lepas.baru success!.cilake betul ler!.

semua umat di ulu banat kembali menjadi "hamba" pada workstation masing-masing.hahaha.takde internet takleh hidup diaorang ni!.

+++

pesanan khas untuk abang MOMO *auwww*.keputusan assigment anda akan disiarkan tidak lama lagik.maafkan saya yang lambat menjalankan tugas!.

+++

kesinambunagan jadon:cerita dan cita-cita juga akan disiarkan sedikit waktu lagi.sekarang jadon tengah sibuk buat konsert final career tour dia kat islamabad.

+++

i like to move it,move it!.