Friday, June 17, 2005

60 saat bersama blogrocker

seperti yang aku janjikan dulu.

kali nie dengan mamat ni.

mintak maaf atas kelewatan siaran episod ini.tuan punya badan baru habis buat konsert jelajah timur barat zimbabwe,katernya nak carik "prospek baru".apa yang "prospek baru" tu aku tak tahulah.hahaha.

ok.

harap-harap semua orang suka kat dia!.eeuuuuwww!.

ayobkelubi: assalamualaikum.

op: w'salam

ak: sila jawap dengan kadar yang tak beberapa serius untuk mengelakkan
kepala dan jari anda tergeliat kerana dilanda tekanan memikirkan
jawapan yang bernas serta beras nasional.mekasih!.

op: woohhhooo!

ak: soalan standard modified,ceritakan sedikit mengenai spesifikasi
hidup anda dari kecik hingga sekarang.

op: umak ai. kalau saya cerita, mesti makan masa 30 tahun. saya singkatkan. saya orang johor yang dilahirkan di negeri sembilan, membesar di kuala lumpur dan penyokong bola sepak selangor. sudah berumahtangga dengan "the-mulan". maka saya tidak lagi available dan selalu invisible dalam yahoo messenger. saya bekerja di dalam bidang teknologi maklumat secara spesifiknya dalam bidang pembinaan sistem.


ak: boleh jelaskan kenapa anda terpengaruh hingga terjebak dalam lembah
kehinaan,silap lembah dunia blog ini?.

op: saya kirakan terpengaruhnya saya pada dunia blog adalah kerana penglibatan sosial saya dalam dunia irc dan internet sebelum ini. namun saya terpaksa melupakannya akibat kegawatan ekonomi dalam tahun 1998-1999 yang melanda negara. lama juga saya tidak berkecimpung dengan internet sehinggalah saya diperkenalkan kepada Geng Jurnal oleh amyz. beliau juga telah menunjukkan blog beliau serta buku jongkangjongkit MJ yang telah siap dicetak dan dibinding. selepas itu saya mula memahami konsep blog sebelum membuka sebuah blog saya sendiri di geocities dalam bulan may 2004.


ak: siapakah yang menjadi sumber inspirasi anda untuk memblogkan diri?.

op: sifat cemburu saya menjadi sumber inspirasi saya. saya cemburu membaca tulisan-tulisan dan entri yang mantap lagi padu dari aa,bb,cc,dd,ee (bukan nama sebenar - nanti mereka riak). dari situ saya teruja untuk menulis blog. saya juga mula belajar untuk menulis dengan betul serta cuba untuk memperbaiki mutu tulisan saya.

ak: semasa menulis,apakah yang selalu menjadi sumber inspirasi ataupun
anspirasi untuk mu dari olay untuk menulis?.

op: selalunya saya menulis apabila mempunyai sesuatu untuk ditulis. datangnya idea tersebut samada semasa saya dan isteri berbual di dalam kembara atau perkara-perkara yang pernah berlaku di dalam hidup kami. lazimnya saya akan menyimpan deraf apa yang hendak saya tulis di dalam telefon bimbit saya kerana saya adalah seorang yang pelupa. saya memilih waktu malam di rumah untuk menulis kerana pada siangnya sibuk di pejabat. lagi pun, malam baru ada feeeeeeeeeel.

ak: yolah tu!.hahaha.


ak: kenapa blogdrive?.adakah dia menawarkan perkhidmatan yang baik banget
hingga memuaskan nafsu menulis anda?.

op: pada mulanya saya menggunakan geocities untuk hosting blog. saya perlu mengedit setiap page dan menyediakan arkib secara manual. acapkali bila saya berjalan-jalan ke blog rakan-rakan, rasa cemburu terbit dalam diri melihat mereka dengan mudahnya menulis dan membuat blog menggunakan blogspot dan blogdrive. selepas itu saya menggabungkan fungsi yang ada pada geocities dengan blogdrive sebelum menggunakan blogdrive sepenuhnya.

op: saya tidak pasti mengapa saya memilih blogdrive, mungkin kerana terlalu ramai yang menggunakan blogspot. adalah menjadi sifat semulajadi saya untuk mencari kelainan dalam kebiasaan. maka mungkin sebab itu saya memilih blogdrive.


ak: selain dari sendiri,siapakah lagi bloggers yang anda cukup kagumi dan
sentiasa teruja dan gedik-gedik untuk membaca penulisannya?.

op: ramai sebenarnya tetapi saya selalu melilau di blog tokei pajak, tok rimau, moplantai, naga, banai, basri, mat jan dan pnut.


ak: seperti blog2 lain yang mempunyai tema.adakah blog anda juga
mempunyai tema tertentu atau hanya mempunyai tiket untuk masuk ke taman
tema air desa setapak atau pun pedas (ulu banat nie weh!)?.

op: temanya sama macam nama blognya juga - fikiran dalam kembara. kenapa fikiran dalam kembara? sebab fikiran saya selalu menerawang semasa dalam kereta - kembara, jadi saya selalu menulis tentang apa yang saya fikirkan semasa memandu. begitu juga perbualan saya dengan isteri semasa di dalam kembara. kami selalu berdiskusi dan berdebat dan hasil dari perbincangan tersebut, sering saya curahkan ke dalam blog.

op: fikiran dalam kembara juga bermaksud cetusan fikiran yang mencari-cari jawapan buat apa saja persoalan yang terlintas.


ak: anda pernah menang anugerah weblog harapan.boleh nyatakan perasaan
anda?.

op: terkejut. pengiktirafan buat blog saya yang masih mentah. namun saya anggap ia satu cabaran untuk saya memperbaiki tulisan saya.


ak: apa yang membolehkan blog seseorang itu menjadi blog harapan?.boleh
tolong jelaskan.yelah anda pernah menang anugerah tu,takut2 anda guna
politik wang pulak nak menang anugerah tu!.hahahahaha.

op: sebenarnya soalan ini perlu dijawab oleh hakim yang mengadili anugerah tersebut. hanya beliau yang tahu ciri-ciri sebuah blog harapan.

op: namun pada agakkan saya (agak ku bilang agaknya), ciri-ciri yang mereka cari adalah seperti berikut:

1. mutu entri dan tulisan
2. kemasukkan entri yang konsisten (selalu update)
3. jumlah pengunjung / komen bagi entri (ini tidak penting)
4. layout blog (menarik tetapi tidak menyesakkan mata pembaca)


ak: akhir kata,boleh nyatakan perasaan dan harapan anda untuk dunia blog
sedunia terutama sekali di malaysia,utara uganda dan selatan antartika?.

op: harapan saya untuk dunia blog menjadi sebuah dunia yang aman untuk semua orang. (sebut ala-ala miss world).

op: wujudnya geng jurnal dalam mengumpulkan blogger-blogger tanahair menjadi satu kelompok blogger yang ramai amatlah saya kagumi dan hargai. saya berharap melalui GJ, kelompok blogger-blogger dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru selain menjadi platform untuk para blogger mengadakan aktiviti bukan saja di dalam siber tetapi juga di dalam nyata. (errr betul ke jawapan aku ni?. kira bolehlah ya).

ak: terima kasih kerana sudi membuangkan masa menjawap soalan2 ini.nanti
saya belanja air kopi cap kapal api.mesti power!.bye!

op: sama-sama. tangan saya penat menaip ni. kalau dapat ali cafe pun ok jugak. hehe.

1 comment:

Zack said...

ayob, cara gaya temuramah kau ni, kalah peserta2 malaysian top host. teruskan usaha gigih kau tu.