Tuesday, June 28, 2005

lelaki tepat:adakah ianya hanya mimpi?.

prolog:

sebelum dia kenal apa itu cinta.dia tidak berjaya menemuinya.

setelah dia kenal apa itu cinta.akhirnya dia telah berjaya menemuinya.


kisah 1:
satu hari di penghujung abad ke 20.

dia menemui lelaki itu.

lelaki tepatnya.

mereka berdua menganyam rasa kasih,rasa cinta dan sayang.
mereka berdua berjanji akan terus bersama walaupun terhad.
mereka berdua berikrar untuk terus menuju kehidupan yang wukuf.


walaupun dia masih mentah lagi untuk meneruskan kehidupan yang penuh duri-duri.

akhirnya.

sekali lagi dia tunduk kepada kententuanNya.

lelaki tepatnya telah pergi.

meninggalkan tanpa berita.

kecewa sungguh dia.air mata bukan teman setianya lagi.

mana mungkin dia melupakan lelaki tepatnya?.


kisah 2:

setelah sekian lama dia menyendiri.

dia kembali berdiri tegak.

kali ini,dia telah membuang kenangan silam jauh ke dalam lubuk paling dalam.

lelaki tepatnya sekali lagi telah ditemui.

dia tidak mahu kecewa untuk kali kedua.

harus

dia bersama lelaki tepatnya menganyam satu perjanjian.

perjanjian untuk kekal bersama hingga abadi.

namun.

langit tidak selalu cerah kerana asap kilang yang tebal

sekali lagi dia tunduk kepada kententuanNya.

lelaki tepatnya bukanlah lelaki mahupun jantan tapi BINATANG!.

dia kecewa,dia tertekan.

mengapa begini nasibnya?.


kisah 3:

untuk keberapa kali yang dia tidak pasti.

lelaki tepatnya muncul kembali.(dari kisah 1)

dia gembira.

dia tahu itulah dia lelaki tepatnya.

lelaki tepatnya yang mengajar dia erti duri,onak mahupun rekah-rekah kehidupan.

malangnya.

lelaki tepatnya yang dahulu bukanlah lelaki tepatnya seperti dulu.

dia tidak boleh menganyam kasih kembali.

dia sedih!.amat sedih!.

mengapa harus tunduk pada kententuanNya lagi!.

dia bingung?.

bagaimana harus diharungi semuanya ini?.

lelaki tepatnya tidak mampu membahagiakan dia.

entahlah.

yang pasti,dia nekad.untuk terus mengharungi kehidupan.

sama ada lelaki tepatnya atau tidak.dia tidak peduli lagi.

cuma.

dia berdoa agar lelaki tepatnya terus menyulam lagi rasa *bunga-bunga* seperti dulu.


epilog:

dia tersenyum.

riang.

tawa.

tersentuh.

sesungguhNya maha adil!.

lelaki tepatnya mampu memberikan rasa *bunga-bunga* yang selama ini dia idamkan.

dia berdoa

agar

semua ini akan terus kekal hingga abadi.


spin off:

lelaki tepat kisah 1:"mana mungkin aku menolak dia yang selama ini begitu setia menanti?"

lelaki tepat kisah 2:"durjana!.aku pastikan dia akan menyesal!!!."

2 comments:

Zack said...

lelaki tepat? no such person. begitu juga perempuan tepat. khayalan semata-mata.

Anonymous said...

keh...keh..keh

okay ayob jom pi my blog ada interview ngan nizam zakaria...ngan pic eksklusifnyer...pasti kau akan teruja...........wakakakka