Monday, June 13, 2005

cerita surau bukit aman

jadon tak sempat nak bermanja dengan mak bapaknya.hanya selepas dia dilahirkan dan setahun kemudian,kehadiran adiknya nombor dua meragut semuanya.dia rasa seperti disisihkan.

hidupnya masa kecil terhad di rumah sahaja.seawal 5 tahun sudah disuruh mencuci berak adik-adiknya dan memakaikan lampin serta mengemas rumah.hatinya memberontak.

tiap-tiap petang,rakan-rakanya seperti abun,eri,syukur dan mahathir memanggilnya untuk bermain tetapi terpaksa ditolak apabila memandang wajah emaknya yang garang.

tapi.

petang itu

dia memberontak.

semasa semua sedang tidur.

dia menyelinap keluar rumah.

bermain dia puas-puas.

tapi.

dia silap

balik petang itu teruk dia disesah emaknya yang garang.menangis dia di biliknya.

tapi

dia degil.

esoknya dia melakukan perkara yang sama walaupun dia nampak di sebelah perbaringan emaknya ada penyangkut baju yang di"modified"kan menjadi alat untuk merotannya.

kali ini

dia tidak balik terus

selepas puas bermain.terus dia menuju ke surau perumahannya.

duduk dia diam-diam disitu.

menunggu.

kemudian.


"eh,apa abang buat kat sini?".

dia menoleh ke belakang.tersenyum.

KORPORAL JALIL (sekarang dah naik SARJAN).

penyelamat dia telah pulang.

"saja jek duduk sini".dia berbohong.walhal takut untuk pulang.

"dah,jom balik".

ya.dia terselamat untuk hari itu dan seterusnya dia melakukan benda yang sama berhari-hari sehingga dia sendiri jemu untuk keluar bermain.

menunggu di tepi surau bukit aman menanti penyelamatnya pulang dari kerja.

KORPORAL JALIL memang penyelamat dia.selalu menghalang emaknya dari merotan dia.selalu mem"backing" dia apabila dia dimarahi.

seingat jadon,hanya sekali-sekala sahaja KORPORAL JALIL memarahi dia,semasa tingkatan 2,apabila dia kantoi ponteng sekolah,teruk disebatnya dengan tali pinggang buckle polis tu dan kedua semasa tingatan 5,bila dia mengatakan "TAK NAK" pada SPM akibatnya kepalanya benjol kerana mug yang dipegang oleh KORPORAL JALIL melayang tepat atas kepalanya.

itulah dia.

sekarang SARJAN JALIL akan berpencen dalam tempoh dua tahun.

dia tak pernah meminta anak-anaknya membelikan apa-apa untuknya.
dia tak pernah menyuruh anak-anaknya menghamburkan apa-apa pujian untuknya.
dia tak pernah memaksa anak-anaknya mengikut kehendaknya.

dia tetap dengan tanggungjawapnya.

itulah dia SARJAN JALIL.

"ko kena ingat.adik-adik ko semua pompuan.kalau abah takde,sapa lagik nak harap kalau bukan abang?".

kata-kata itu dikeluarkan menyebabkan aku terus insaf dan kembali normal.

kepada SARJAN JALIL B HJ AHMAD. you are the greatest!.selamat hari bapa!.

ditulis setelah mendapat inspirasi dari cerita ANAKKU SAZALI,filem ini adalah yang terbaik tentang anak dan bapak.

No comments: