Kenapa tajuk entri aku macam tu?. Ini sebabnya.
Pagi tadi merupakan rutin biasa. Aku memandu untuk pergi kerja dengan ditemani Ain Safiyyah. Hantar dia ke rumah kakar ipar di Lubuk Cina. Pagi tadi memang kami berdua dalam keadaan mod "cruising". Ain pun elok duduk diam-diam di tempat duduk hadapan sambil menyanyi lagu raya yang berkumandang di radio. Jalan basah kerana subuhnya tadi hujan lebat. Depan kereta kami, ada sebiji motor yang agak laju.Elok kami melepasi satu selekoh yang sedikit berbukit, tiba - tiba ada seekor anjing melintas. Kelam kabut motor tersebut cuba mengelak. Nak dijadikan cerita, jalan basah dan motor tu tergolek.
Masya-allah!.
Rupa-rupanya, ada seorang budak perempuan yang aku rasa sebaya Ain turut tergolek daripada motor tu. Dia dah terlentang di tengah jalan. Aku terus memperlahankan kereta, berhenti di bahu jalan. Aku lihat ada tiga kenderaan di belakang aku turut berhenti. Aku lihat, ayahnya sudah memeluk anaknya. Budak perempuan tu dah meraung-raung kesakitan.
Aku bergegas mengalihkan motor abang tu. Sementara pemandu Grand Livina di belakang kereta aku pula mengawal trafik.Abang bawak van kilang belakang Grand Livina pula sibuk menahan kereta yang sudi berhenti untuk menghantar dua beranak itu ke klinik terdekat.
Pemandu Mercedes "old school" di belakang van kilang tersebut tolong bangunkan abang dan anaknya yang masih trauma akibat kemalangan tersebut. Dalam pada masa yang sama, sebuah Iswara hijau telah berhenti. Lekas-lekas pemandu Grand Livina dan aku memapah abang tersebut masuk ke dalam kereta. Terima kasih pemandu Iswara hijau. Jasa kamu amat dikenang!. Sebelum pergi, sempat pemandu Mercedes "old school" menitipkan wang utuk dua beranak itu. Setelah dua beranak itu selamat menuju ke klinik, kami pun bersurai. Masuk ke kereta masing-masing.
Lebih kurang 10 minit lepas tu, baru aku perasan, pemandu Grand Livina tu berketurunan India, manakala pemandu Mercedes "old school" itu berketurunan Cina dan aku serta pemandu van kilang berketurunan Melayu. Aku tersenyum sendiri.
Yup, walaupun masih terdapat mangkuk-mangkuk ayun yang sibuk memperjuangkan hak masing-masing tapi masih ada segelintir yang tidak mempedulikan itu semua. Segenlintir yang masih tinggi naluri kemanusiaannya. (Bukan masuk bakul angkat sendiri ya!). Itu yang sebenarnya bumi bertuah ni perlukan.
Naluri kemanusiaan.
Friday, September 03, 2010
Monday, August 30, 2010
Merdeka.
Sudah 53 tahun, mengapa sekarang perlu ada kau untuk kau, aku untuk aku lagi?. Sudah-sudahlah tu. Benda tu semua tak akan membawa kebaikan. Jadi lebih buruk adalah. Kurang-kurangkanlah perangai berkelompok tu. Takde faedah.
Bukankah lebih bagus kalau kita semua masih lagi menyanyi lagu riang gembira bersama-sama, tanpa ada rasa prejudis. Bukankah itu lebih afdal.
Ini tidak, tak habis nak emosi bila ketuanan di usik, kita tak boleh kena pijaklah, kita kena bangkitlah. Kalau betul kau tak nak kena pijak, tak kena lunyai, kenapa masih ada yang berumahkan atap nipah?. Kenapa masih ada yang makannya di campur siput babi?. Kenapa bajunya masih ada yang koyak dan rabak?. Mana dia intipati perjuangan yang kau laung-laungkan dulu?.
Jangan kau laungkan semangat merdeka ini, jika jiwa kau sendiri belum merdeka dari sebarang prejudis ataupun syak wasangka. Kalau benar mereka salah, kalau benar mereka tipu, kita ada undang-undang, kita ada hukum-hakam. Biarkan kedua-duanya yang menentukan.Kita tiada kuasa untuk menentukan mana boleh, mana tidak.
Merdeka kita sudah 53 tahun, kalau dia mampu bersuara, mesti dia akan meluahkan perasaan kecewanya melihat keadaan sekarang ini. Mengapa perlu kembali kepada zaman tidak bertamadun?. Kenapa mesti bangkitkan semula rasial dari kubur yang tidak bernesan itu?. Sudah-sudahlah. Merdeka 53 tahun ini, bukanlah untuk di akhirkan pada 55 tahun, 60 tahun ataupun 100 tahun tapi untuk diwarisi sampai bila-bila. Agar yang akan datang tahu, apa ertinya berjiwa bebas, apa ertinya berjiwa merdeka.
Yang akan datang tidak mahu merdeka 53 tahun di warisi kepada mereka dalam keadaan yang goyah, yang busuk akibat ketaksuban rasial yang penuh nanah dan kotor ini. Jangan biarkan orang lain mengambil kesempatan atas kelalaian ini. Jangan biarkan mereka yang dulu pernah mengaut segalanya dari bumi bertuah ini kembali menguasai kita.
Merdeka yang 53 kali ini. Biarlah sederhana, biarlah biasa tapi penuh dengan kesedaran, penuh dengan semangat. Semangat baru yang mahukan sesuatu yang lebih baik, lebih bagus. Semangat nasionalisma baru untuk generasi akan datang!.

Thursday, August 05, 2010
Dulu, memang kami bengap komputer
1998
Makmal Komputer Kampus All-ty-ryn
Gua, KB *TOOT* PEDAS sekarang dengan along (Dia kerja kat HP sekarang ni) sedang bertungkus lumus membuat esemen yang diberi. Kluk, klak, kluk, klak bunyi kibod ditekan. Lajunya kami taip, masya-allah, kalau korang tengok, memang taubat tak nak amik kos komputer. Kusyuk tu jangan cakap lah. KB *TOOT* PEDAS sampai muncung mulut boleh ikat reben buat hadiah.
Mana taknya bertungkus lumus buat kerja. Esemen bagi minggu lepas, esok nak hantar, hari ni baru terhegeh-hegeh nak buat. Baru nak mula muka surat pertama. Macam mana nak dapat pointer tinggi?. Nasib baik zaman kami dulu tak pakai pointer, pakai gred macam sekolah agama punya gaya. Main ikut stail cemerlang, baik, ok dan kau bodoh nak mampus.
Bab menaip laju, memang akulah "champion". Mana tak champion, training dengan ALAMAK CHAT sehari 4 jam. Belum masuk training dekat PUSAT LATHAN MIRC dengan AKADEMI FINGER TALK lagi. Memang tahap gaban punya kepantasan taip gua. Saja jek, ni statement riak gua untuk lu orang.
Sedang gua tengah rileks tegangkan jari-jari gua sambil liang liuk betulkan badan gua.
Tiba- tiba
" Huhuhuhuaaaaaaa, esemen aku hilang!". KB *TOOT* PEDAS meraung dalam lab. Sudah, gua dengan along panik. Biar betul?. Banyak tu nak taip balik. Dekat 15 muka surat ada.
KB *TOOT* PEDAS dah menangis teresak-esak. Air mata yang jatuh toksah ceritalah. Air terjun Ulu Bendol pun kalah.
" Aku, *sob*,* sob*, buat,* sob*,* sob*,lepas tu aku *sob* tekan butang save, tapi takde dalam diskeetttttttttt!". Lagi kuat dia meraung!. Teknisyen lab tu dah ushar gua tiga orang. Pakcik tu bajet gua dengan along dah molest KB *TOOT* PEDAS. giler apa nak molest adik beradik?.
"Lu biar betul, tak save dlm disket?, disket dah masuk?". Gua cuba selesaikan masalah.
" Dah masukkan dah, tu apa benda!". Betulah, dah masuk. Ada disket dalam tu.
Along dah hilang, kemudian datang semula dengan pakcik teknisyen tu. Lepas cerita lebih kurang dengan pakcik tekniksyen masalah kami. Pakcik teknisyen tu dah mula senyum.
Gampang pakcik ni, nak kena hayun dengan kerusi jugak kang ni.
Pakcik tekniksyen amik mouse, bawa pointer ke My Computer lepas tu ke My Document, klik kat situ.
terpampang esemen KB *TOOT* PEDAS. Lepas dia buat benda tu. Pakcik teknisyen tu tanya kami.
"Lu orang amik kos apa?". Gua lekas-lekas cover cakap kos mekatronik. Pakcik teknisyen bagi setepek kat kitaorang.
" Oooo, sejak bila pula kos mekatronik buat esemen pasal komputer?" sambil memberi satu senyuman yang paling celaka gua pernah jumpa. Gua buat-buat nak pergi kencing, Along buat-buat amik beg dekat loker. KB *TOOT* PEDAS?. Dia buat bodoh je sambung taip sambil gelak-gelak macam cipan.
Sejak dari kes tu, asal jumpa pakcik tekniksyen tu je, mesti gua tunjuk disket dekat dia!. Ha ha ha ha!.

Subscribe to:
Posts (Atom)