Kenapa tajuk entri aku macam tu?. Ini sebabnya.
Pagi tadi merupakan rutin biasa. Aku memandu untuk pergi kerja dengan ditemani Ain Safiyyah. Hantar dia ke rumah kakar ipar di Lubuk Cina. Pagi tadi memang kami berdua dalam keadaan mod "cruising". Ain pun elok duduk diam-diam di tempat duduk hadapan sambil menyanyi lagu raya yang berkumandang di radio. Jalan basah kerana subuhnya tadi hujan lebat. Depan kereta kami, ada sebiji motor yang agak laju.Elok kami melepasi satu selekoh yang sedikit berbukit, tiba - tiba ada seekor anjing melintas. Kelam kabut motor tersebut cuba mengelak. Nak dijadikan cerita, jalan basah dan motor tu tergolek.
Masya-allah!.
Rupa-rupanya, ada seorang budak perempuan yang aku rasa sebaya Ain turut tergolek daripada motor tu. Dia dah terlentang di tengah jalan. Aku terus memperlahankan kereta, berhenti di bahu jalan. Aku lihat ada tiga kenderaan di belakang aku turut berhenti. Aku lihat, ayahnya sudah memeluk anaknya. Budak perempuan tu dah meraung-raung kesakitan.
Aku bergegas mengalihkan motor abang tu. Sementara pemandu Grand Livina di belakang kereta aku pula mengawal trafik.Abang bawak van kilang belakang Grand Livina pula sibuk menahan kereta yang sudi berhenti untuk menghantar dua beranak itu ke klinik terdekat.
Pemandu Mercedes "old school" di belakang van kilang tersebut tolong bangunkan abang dan anaknya yang masih trauma akibat kemalangan tersebut. Dalam pada masa yang sama, sebuah Iswara hijau telah berhenti. Lekas-lekas pemandu Grand Livina dan aku memapah abang tersebut masuk ke dalam kereta. Terima kasih pemandu Iswara hijau. Jasa kamu amat dikenang!. Sebelum pergi, sempat pemandu Mercedes "old school" menitipkan wang utuk dua beranak itu. Setelah dua beranak itu selamat menuju ke klinik, kami pun bersurai. Masuk ke kereta masing-masing.
Lebih kurang 10 minit lepas tu, baru aku perasan, pemandu Grand Livina tu berketurunan India, manakala pemandu Mercedes "old school" itu berketurunan Cina dan aku serta pemandu van kilang berketurunan Melayu. Aku tersenyum sendiri.
Yup, walaupun masih terdapat mangkuk-mangkuk ayun yang sibuk memperjuangkan hak masing-masing tapi masih ada segelintir yang tidak mempedulikan itu semua. Segenlintir yang masih tinggi naluri kemanusiaannya. (Bukan masuk bakul angkat sendiri ya!). Itu yang sebenarnya bumi bertuah ni perlukan.
Naluri kemanusiaan.
6 comments:
:)
macam pernah ku baca cerita ini.. ooo.. kat fb pagi tadik.. hehehe
itulah erti perikemanusiaan :)
:-)
love this entry. kesian pada budak kecil tu.
part yg aku paling suka;
Yup, walaupun masih terdapat mangkuk-mangkuk ayun yang sibuk memperjuangkan hak masing-masing tapi masih ada segelintir yang tidak mempedulikan itu semua. Segenlintir yang masih tinggi naluri kemanusiaannya. (Bukan masuk bakul angkat sendiri ya!). Itu yang sebenarnya bumi bertuah ni perlukan.
Naluri kemanusiaan.
Suka ini cerita. Boleh buat iklan.
el : :-)
lan ram : he he he
linglung : sangat betul
amyz : tq
diego : iklan?. keh keh keh..sapa nak buat?.
Post a Comment