Tersebut satu kisah. Satu tempat yang jauh dari hiruk pikuk kekalutan dunia. Satu tempat di mana kebanyakan orang yang berada dalamnya hidup dalam keadaan aman damai.
Tempat ini dinamakan Kebun Pisang Ceruk. Sebagaimana namanya, penduduknya kerja menanam pisang. Pelbagai jenis pisang yang ditanam. Tiadalah jenis lain yang ditanam selain dari pisang semata-mata hendak dijadikan cerita.
Masalah yang satu, kawasan Kebun Pisang Ceruk ini dikelilingi oleh Binatang Yang Suka Makan Buah Pisang, dimana akan disingkatkan menjadi Biyasang (kerana penulis malas mahu menaip panjang-panjang). Biyasang inilah yang selalu menjadi ancaman kepada kawasan Kebun Pisang Ceruk tersebut. Akan tetapi, orang-orang yang berada dalam kawasan Kebun Pisang Ceruk ini tidaklah menganggap bahawa Biyasang ini satu ancaman malah menjadi mereka ini lebih beriltizam untuk menghasilkan lagi pisang yang bermutu tinggi.
Jika pisang yang ditanam itu sampai waktu untuk di tuai hasilnya, biasanya orang-orang dalam Kebun Pisang Ceruk akan mencampakkan tandan pisang yang pertama (bak kata orang tua, buah muda) kepada Biyasang tersebut. Jika Biyasang memakan tanpa banyak bunyi maksudnya pisang itu gred tinggi, jika baru dijamah sudah mengeluarkan bermacam bunyi, makan pisang itu tidak boleh ditanam dan digantikan dengan pisang jenis lain. Begitulah rutin kehidupan orang-orang di Kebun Pisang Ceruk.
Kalau dah namanya kebun pisang, mesti ada seorang yang akan jadi mandur untuk memastikan pengeluaran pisang mengikut jadual. Mandur inilah yang menguruskan segala-galanya dalam kawasan kebun pisang itu. Baik dari sakit pening orang-orang bawahnya mahupun kepada Biyasang yang berada di luar kawasan. Jika ada Biyasang yang cuba menceroboh ataupun mengaruk bagai nak gila. Mandurlah yang akan mengacukan senapang dan *pang!* ditembaknya Biyasang tanpa banyak soal.
Mandur yang satu ini sungguhlah di senangi oleh orang-orang dalam Kebun Pisang Ceruk. Bak kata suratkhabar "Pemimpin Berjiwa Rakyat" mandur Kebun Pisang Ceruk ini. Mandur yang satu ini sentiasa memastikan produk Kebun Pisang Ceruk ini sentiasa pada tahap yang terbaik dan disukai ramai seantero dunia. (Itu cita-cita Mandur yang satu ini).
Sudah dijadikan cerita, kehebatan mandur ini menguruskan Kebun Pisang Ceruk dengan cemerlang telah sampai ke telinga pihak pengurusan tinggi Gugusan Kebun Pisang. Board of Directors GKP (Gugusan Kebun Pisang) sebulat suara mahu melantik mandur Kebun Pisang Ceruk yang satu ini menjadi Ketua Segala Mandur di GKP. Maka, berpindahlah mandur yang satu ini dari kebun pisang yang disayangi.
Pengurusan GKP tidaklah mahu Kebun Pisang Ceruk terbiar tanpa pengurusan yang cemerlang, lalu di hantar Mandur yang kedua mengendalikan kebun pisang tersebut.
Datanglah Mandur kedua ini, disambut mesra oleh penduduk Kebun Pisang Ceruk, harapan mereka biarlah Mandur kedua ini sama pe'elnya dengan mandur yang lama. Akan tetapi, awan berarak kelabu, membawa kepada gerimis hujan batu.
Mandur kedua ini, hasil tanaman pisang dikautnya dan diserahkan kesemuanya kepada Biyasang tanpa banyak soal. Jika ada Biyasang yang naik gila, tidaklah dia mahu membunuh Biyasang tersebut tapi menyalahkan penduduk Kebun Pisang Ceruk kerana tidak pandai menghasilkan pisang yang berkualiti tinggi.
Hendak dijadikan cerita, sudahlah hasil pisang dikaut tanpa tinggalkan sesisir pun. Eh, di hamun pula kerana menanam pokok pisang di tempat yang salah!. Walhal, berpuluh tahun sudah di tanam ditempat yang sama.
Bangkitlah rasa marah penduduk KPC, kenapa mereka dipersalahkan jika Biyasang yang naik gila?. Kenapa dikaut pisang mereka dan diserahkan kesemuanya pada Biyasang?. Apakah mandur kedua ini asalnya dari keluarga Biyasang?.
Maka, berpakatlah beberapa individu penting dalam KPC untuk mengetuai pemberontakan menentang mandur kedua ini. Cerita pemberontakan ini pula akan disambung pada bahagian kedua Kebun Pisang ini.
Sekian.
Wednesday, March 30, 2011
Monday, March 14, 2011
Paling tak boleh blah.
Aku
Ada kawan blogger. Memang pemes tahap kamen rider versi mat saleh punya!.
Cuma yang buat aku panas hati sikit ialah profil dia.Kalau boleh memang tak nak pandang langsung dekat profil dia tu tapi apakan daya, mata aku ni tetap nak singgah tengok profil dia. Kalau minat tu ok lagi, ni kalau korang tengok pun mesti ada rasa "sot" sikit. Konpom korang mesti mengata punya. Ha ha ha!.
Tak percaya?.
Dia memang pemes, sampai Maher Zain sudi!. Kah kah kah!. Pam, jangan marah aku ek?. Nanti tak leh masuk Melaka lagi!.

Friday, March 11, 2011
Tak Payah Beli Makanan
Seman geleng kepala.
Masa tu Seman nak tekel satu awek ni. Biasalah, kalau nak tekel awek ni kena main duit sikit.
Baru nampak macam anak orang kaya walhal duit pun pinjam emak lagi.
Seman beri awek tu duit. Konon-konon nak suruh dia belikan aku makanan. Dengan harapan dapat makan sama-sama, baru romantik keh keh keh!.
Lepas dia pergi belikan makanan, Seman pun berubah fikiran. Rasa jiwang pulak nak makan dengan awek. Seman pun teks awek tu.
" No need to buy food for me, enjoy the money i gave it to you".
Cakap "omputih" Seman!.Hujung teks tu Seman selit I LOVE YOU sikit. Konon romantik.
Dia balas.
"Tenkiu, Kekekeke". Dasar budak-budak baru SPM. Malas guna bahasa elok-elok.
Lat satu jam, awek tu balik. Jumpa Seman.
Seman pun dengan penuh harapan, ingatkan duit yang dia bagi tu, dapatlah coklat sebagai cenderahati. Tanda terima kasih kepada Seman. (Seman memang Haji Bakhil).
Rupa-rupanya, awek tu senyum manja sambil ketawa mengekek.
"Ingatkan you tak nak, sebab kat mesej you, tulis NO NEED TO BUY FOOD, Coklat tu kan food?".
Seman geleng kepala. Susah dapat awek lurus bendul macam trek keretapi. Kah kah kah!.

Subscribe to:
Posts (Atom)