Friday, March 11, 2011

Tak Payah Beli Makanan

Seman geleng kepala.

Masa tu Seman nak tekel satu awek ni. Biasalah, kalau nak tekel awek ni kena main duit sikit.
Baru nampak macam anak orang kaya walhal duit pun pinjam emak lagi.

Seman beri awek tu duit. Konon-konon nak suruh dia belikan aku makanan. Dengan harapan dapat makan sama-sama, baru romantik keh keh keh!.

Lepas dia pergi belikan makanan, Seman pun berubah fikiran. Rasa jiwang pulak nak makan dengan awek. Seman pun teks awek tu.

" No need to buy food for me, enjoy the money i gave it to you".

Cakap "omputih" Seman!.Hujung teks tu Seman selit I LOVE YOU sikit. Konon romantik.

Dia balas.

"Tenkiu, Kekekeke". Dasar budak-budak baru SPM. Malas guna bahasa elok-elok.

Lat satu jam, awek tu balik. Jumpa Seman.
Seman pun dengan penuh harapan, ingatkan duit yang dia bagi tu, dapatlah coklat sebagai cenderahati. Tanda terima kasih kepada Seman. (Seman memang Haji Bakhil).

Rupa-rupanya, awek tu senyum manja sambil ketawa mengekek.

"Ingatkan you tak nak, sebab kat mesej you, tulis NO NEED TO BUY FOOD, Coklat tu kan food?".

Seman geleng kepala. Susah dapat awek lurus bendul macam trek keretapi. Kah kah kah!.

3 comments:

Mimi Jazman said...

pengajarannya di sini ialah........pesanlah pada awek anda supaya belikan coklat utk anda walaupun anda ckap xnak makanan.. hehehe..

tasekM said...

seman, cakap biar terang.
nak kata nak.
tak nak kata tak nak.
pehal kata tak nak tapi dalam hati nak pulek...

he he.

peace seman!





.

ayobkelubi said...

mimi : keh keh keh

pam : kah kah kah!.