Salam (ewah,mentang-mentang bulan puasa, kan main lagi bagi salam). Kalau tak tu, tak mencarut, maki hamun saja.
Baik-baik, aku sekadar menurut kebiasaan atau dalam bahasa inggeris belah barat kawasan DUN Suffolk tu cliche katanya. Tengok, dah lari topik balik!.
Baik-baik, dah nama bulan puasa, semua benda secara tiba-tiba menjadi perlahan, tak seghairah sebelum puasa hari tu.Sebelum nak puasa hari tu, Ya rabbi, semua kerja kalau boleh dateline sebelum tengah malam 1Ramadhan. Dengan aku sekali terkejar-kejar bagai, padahal bukan sibuk mana pun, seronok tengok geng-geng pengurusan kat pejabat kucar-kacir hidup. Aku tumpang gelak sajalah!. Minggu ni,mula kerja dalam bulan puasa. Konpom semua benda jadi perlahan. Kalau kat pejabat pun, dan-dan kerja jadi runcit-runcit saja, stress pun konon makin kurang. Walhal benda sama saja, guna alasan paling kronik sekali dalam sejarah peradaban manusia.
"Ala, puasa kan bos?. Man-manlah buat kerja". Memang solid punya alasan kan?.
Kepada kawan-kawan yang aku tak balas SMS ucapan puasa kalian, maafkan aku, bukan aku tak nak balas cuma masa tak mengizinkan, lagi satu ucapan kalian semua memang stok simpan dalam database henpon masing-masingkan?. Aku nak cari ucapan yang segar bugar sikit, buat hantar kat makrop-makrop sekepala otak macam aku ni. Adalah ucapan yang boleh diketengahkan. Tunggu tahun depan, untuk declare jadi ucapan klasik.
Kepada makrop-makrop yang dan-dan ada penyakit bagai supaya boleh dapat alasan makan Mek Dee Set Nombor 2 atau 3, aku harap kalian mati tercekik lepas tu, senang nak kira.
Setakat ni, puasa aku ok-ok saja, seronok layan anak dara aku makan. Semua benda dia nak rasa, ngalahkan orang puasa!. Hahahaha.
Oh ya, cerita pasal bukak puasa. Baca suratkhabar semalam tak?. Katanya dalam beribu promosi buffet ramadhan tu, 27 saja yang layak dipanggil makanan halal. Lebih dari tu, semuanya tak boleh nak makan. Apa kes ni?. Kat Malaysia ni, kalau apa-apa acara yang boleh dibuat duit, memang terus jadi tradisi punyalah. Baik atau buruk,semua tolak tepi. Janji apa adik-adik?. Masyukkkkkk!.
Yang menguruskan hal-hal macam ni pun satu bebal, dah tahu benda ni dah jadi macam satu kemestian setiap kali bulan puasa, Kau setuplah team kau awal-awal, buat pemantauan ke, serbuan dapur ke dapur ke, paling koman, panggil TV, masukkan dalam rancangan kesedaran untuk rakyat tu.
Sia-sialah belajar agama tinggi-tinggi tapi tak nak peka benda-benda macam ni, takkan tiap tahun nak kena ketuk wahai para pegawai?. Kau ingat, kau pakai pangkat 41 tu, kerja kau duduk kat pejabat main remote aircond saja ke?.
Kepada yang poyo sangat nak buka puasa kat tempat-tempat macam tu pun sama benak juga. Benda sama saja, nama saja lain. Kalau kat pasar ramadhan, kita panggil murtabak, masuk tempat esklusif sikit, namanya jadi Le Chicken Murtabak Gaza Strip Special terus kau semua jadi butakan?.
Yelah, kadang-kadang tu, nak cakap korang semua benak pun tak boleh juga, kalau dah syarikat nak payung, takkan nak tolak pulakkan?. Bedal sajalahkan?. Haihhhh, janji gratis pak!.
Cerita banyak pun tak guna. Aku dok bising-bising pun sebab aku tak pergi. Ini untung kerja/menetap di tempat yang ulu. Ghairah tu takdelah sangat. Baik aku sebat sambal ikan bilis bini aku. Top up dua tiga kali pun tak kena bayar. Heh!.
Pokok pangkalnya, bak kata kawan aku, tepuk dada, tanya iman beb!.
Kalian fikir-fikirkanlah.
Sekian dari saya
Ustaz Al-Jauhar AyobKelubi as-sobirin.
Tok Siak Masjid Air Hitam Darat.
4 comments:
sebab banyak sangat makan benda tak halal. jadi buta, jadi bodoh, jadi benak.
kadang kita ni tak concern. benda makan2 ni jadi darah daging. melekat sampai mati. bila bagi anak-anak makan benda tak halal, dah besar esok, kalau jadi ntah apa2, salah kita juga.
pejabat agama tu macam pejabat lain jugak peel staffnya.
tapi kalau den duduk rembau pun, den tak selero nak buko kek allson klana seremban..
heh,,boto la top up 2,3x tak kono bayar ni?
LOL
duk ngomen pasal makan kat blog aku kan,haha.kat kelantan jugak bab makan yang memang murah dan tak waswas dijamah.dengan cuma RM400 sebulan dah cukup sangat untuk survive seadanya sebagai orang bujang.aku memang patut duduk kat sini je sebab aku suka makan,kat KL banyak juga yang nampak sedap tapi bila makan -- dahlah tak sedap mana,mahal je lebih.nasi kerabu nilai RM3 kat sini,turun KL kena ketuk RM7.chisttttt.mahal agaknye tambang budu tu ke sana.
aku pernah terkena gak bab nama makanan yang fancy ni -- panettone pudding.sepotong RM18.ko tau yang dia hidang kat aku tu hape?puding roti!nenek aku buat lagi sedap.nasib baik orang belanja.huhu
amyz : betul tu ya ustazah!.
jorji : bayau jugak tapi lepas kira kat buku 555 tu.
yuz : hahaha. tau takpo mek!
Post a Comment