Salam (ewah,mentang-mentang bulan puasa, kan main lagi bagi salam). Kalau tak tu, tak mencarut, maki hamun saja.
Baik-baik, aku sekadar menurut kebiasaan atau dalam bahasa inggeris belah barat kawasan DUN Suffolk tu cliche katanya. Tengok, dah lari topik balik!.
Baik-baik, dah nama bulan puasa, semua benda secara tiba-tiba menjadi perlahan, tak seghairah sebelum puasa hari tu.Sebelum nak puasa hari tu, Ya rabbi, semua kerja kalau boleh dateline sebelum tengah malam 1Ramadhan. Dengan aku sekali terkejar-kejar bagai, padahal bukan sibuk mana pun, seronok tengok geng-geng pengurusan kat pejabat kucar-kacir hidup. Aku tumpang gelak sajalah!. Minggu ni,mula kerja dalam bulan puasa. Konpom semua benda jadi perlahan. Kalau kat pejabat pun, dan-dan kerja jadi runcit-runcit saja, stress pun konon makin kurang. Walhal benda sama saja, guna alasan paling kronik sekali dalam sejarah peradaban manusia.
"Ala, puasa kan bos?. Man-manlah buat kerja". Memang solid punya alasan kan?.
Kepada kawan-kawan yang aku tak balas SMS ucapan puasa kalian, maafkan aku, bukan aku tak nak balas cuma masa tak mengizinkan, lagi satu ucapan kalian semua memang stok simpan dalam database henpon masing-masingkan?. Aku nak cari ucapan yang segar bugar sikit, buat hantar kat makrop-makrop sekepala otak macam aku ni. Adalah ucapan yang boleh diketengahkan. Tunggu tahun depan, untuk declare jadi ucapan klasik.
Kepada makrop-makrop yang dan-dan ada penyakit bagai supaya boleh dapat alasan makan Mek Dee Set Nombor 2 atau 3, aku harap kalian mati tercekik lepas tu, senang nak kira.
Setakat ni, puasa aku ok-ok saja, seronok layan anak dara aku makan. Semua benda dia nak rasa, ngalahkan orang puasa!. Hahahaha.
Oh ya, cerita pasal bukak puasa. Baca suratkhabar semalam tak?. Katanya dalam beribu promosi buffet ramadhan tu, 27 saja yang layak dipanggil makanan halal. Lebih dari tu, semuanya tak boleh nak makan. Apa kes ni?. Kat Malaysia ni, kalau apa-apa acara yang boleh dibuat duit, memang terus jadi tradisi punyalah. Baik atau buruk,semua tolak tepi. Janji apa adik-adik?. Masyukkkkkk!.
Yang menguruskan hal-hal macam ni pun satu bebal, dah tahu benda ni dah jadi macam satu kemestian setiap kali bulan puasa, Kau setuplah team kau awal-awal, buat pemantauan ke, serbuan dapur ke dapur ke, paling koman, panggil TV, masukkan dalam rancangan kesedaran untuk rakyat tu.
Sia-sialah belajar agama tinggi-tinggi tapi tak nak peka benda-benda macam ni, takkan tiap tahun nak kena ketuk wahai para pegawai?. Kau ingat, kau pakai pangkat 41 tu, kerja kau duduk kat pejabat main remote aircond saja ke?.
Kepada yang poyo sangat nak buka puasa kat tempat-tempat macam tu pun sama benak juga. Benda sama saja, nama saja lain. Kalau kat pasar ramadhan, kita panggil murtabak, masuk tempat esklusif sikit, namanya jadi Le Chicken Murtabak Gaza Strip Special terus kau semua jadi butakan?.
Yelah, kadang-kadang tu, nak cakap korang semua benak pun tak boleh juga, kalau dah syarikat nak payung, takkan nak tolak pulakkan?. Bedal sajalahkan?. Haihhhh, janji gratis pak!.
Cerita banyak pun tak guna. Aku dok bising-bising pun sebab aku tak pergi. Ini untung kerja/menetap di tempat yang ulu. Ghairah tu takdelah sangat. Baik aku sebat sambal ikan bilis bini aku. Top up dua tiga kali pun tak kena bayar. Heh!.
Pokok pangkalnya, bak kata kawan aku, tepuk dada, tanya iman beb!.
Kalian fikir-fikirkanlah.
Sekian dari saya
Ustaz Al-Jauhar AyobKelubi as-sobirin.
Tok Siak Masjid Air Hitam Darat.
Monday, August 24, 2009
Tuesday, August 11, 2009
Daki Dunia yang perlu DETTOL
Minggu lepas, aku baru tahu, mana satu betul-betul kawan, mana satu hanya kawan.
Mentang-mentanglah aku tak dapat daki dunia yang macam korang semua dapat. Nak terus riak pula!. Tanya khabar pun takde, cuma sms bagitau sedih konon!.
Ada makrop yang lain pula, boleh tanya, aku masih tak puas hati lagi ker tak dapat daki dunia tu?. Hek eleh, apa punya soalan pula tu?. Lepas tu, boleh pulak menyuarakan pendapat, kononnya tak puas hati aku dan rakan-rakan yang lain tak dapat daki dunia tu pergi menyongsong untuk dapatkan daki dunia tu.
Jangan beginilah kawan, barangkali ini rezeki kamu semua tapi janganlan sombong sangat, janganlah bangga sangat. Aku pun takdelah nak sedih sangat tak dapat daki dunia tu. Ada rezeki aku nanti adalah.
Yang aku kesalkan
Kawan jadi lawan
Bosan

Thursday, August 06, 2009
Cuba gerak-gerakkan.
Sabtu minggu lepas punya cerita. Aku tanya Amat, kawan kelas aku.
"Weh,kau tak nak join GMI ke kejap lagi?".
Saja pancing, Amat memang pantang bab-bab politik. Kalau dia sembang politik, sampai peluh menitik-nitik jatuh kena meja, lepas tu meja berlubang. Betapa panasnya hati dia.
"Malaslah aku". Amat balas.
Aku hairan. Biar betul.
"Apasal kau tak nak pergi Mat?"
"Aku dulu budak MFI, apa barang campur dengan budak GMI" sound Amat selamba.
Last aku ingat sebelum Jiji tarik aku, gigi Amat dah bercampur dengan kuah dal roti canai dia.

Saturday, August 01, 2009
M-O-J-O
Kalau ada sesiapa jumpa MOJO aku. Boleh tinggal pesan kat sini ataupun email kat aku. Bagi details sekali kat mana korang jumpa MOJO aku ni.
MOJO aku buat hal, minggu ni dia buat hal, asyik nak mengaruk saja. Kali terakhir aku jumpa dia petang Jumaat selepas sembahyang hari tu. Masuk ni, dekat 2 hari hilang dah. Tolong eh?. Kalau korang jumpa, tinggal pesan cepat-cepat. Aku pun dah penat cari.
Takut-takut hilang dia bawa ke seminggu dua ni. Kacau aku kalau dia tak balik. Aku nak buat kerja pun serba tak kena nanti.
Tolong eh,sekali lagi.
p/s : Kalau korang jumpa, hadiah dia ialah aku bagi korang "take over" blog ni seminggu. Boleh kan?

Subscribe to:
Posts (Atom)