Oh ya, hari ahad lepas ketika semua orang sibuk menyambut hari bapa termasuk aku. Aku punya dua sambutan. Hari bapa dan hari lahir aku. Tak sangka selama ini hari bapa jatuh pada hari lahir aku.
Terus-terang, seingat aku sambutan hari lahir aku sebelum kahwin hanyalah pada umur setahun untuk kalangan keluarga kemudian sambutan itu mengambil cuti yang panjang hinggalah aku sambung belajar dimana rakan-rakan kolej mula menyambutnya secara meriah-meriahan (ada ke ayat ni?).
Ikutkan pada waktu-waktu rumaja dulu kala, aku tak rasa apa-apa pun kerana sambutan hari lahir tu selalu berakhir dengan riang ria yang sekejap sahaja. Sekadar peringatan untuk diri sendiri bila waktu-waktu bersendirian nanti mengatakan aku semakin tua.
Cuma
Ahad lepas, aku rasa lain. Hari tua ku disambut dengan keletah Ain Safiyyah. Sama sibuk nyanyi lagu harijadi untuk ayahnya. Bila ditayangkan kek, mulutnya pantas berkata "Woahhhhhhhh!". Memang dia obses dengan kek!. Semalam, mengambil cuti sehari dan membawa dia berendam di Water World,Alor Gajah. Diajak pulang mulalah menarik suara kod A minor. Hahahahaha!.
Bila masa dia tidur dalam kereta, aku melihat dia. Deng!, aku dah ada anak dalam umur tiga puluh satu ni!. Syukur kepadaNya kerana rezeki ini. Semoga aku akan terus menjadi ayah yang baik. :P
Ahad lepas, aku ras sungguh bersyukur kerana dikurniakan dua orang puteri yang sungguh memahami. Setiap kali pulang ke rumah selepas waktu kerja atau pulang dari kelas hujung minggu. Aku rasa sangat "hidup". Semoga keadaan ini akan berkekalan dariNya.
Terima kasih atas semua ucapan dari kawan-kawan. Aku hargai juga. Terutama sekali kalian yang sudah mengenali aku selama dua belas tahun. Gua salute lu orang!.
p/s : Aku dalam mood hari bapa lagi.
8 comments:
Selamat hari bapa & Selamat ulangtahun kelahiran yang ke xx. Haha.
Semoga semuanya selamat-selamat. Hehe.
hepi befday bro... :)
hepi father's day 2...
:)
amyz : sama-sama
tasik : sama-sama
still young,can go far. :p
heppi belated birthday yob!
aku kadang-kadang rasa dunia aku dah terputus dari keseronokan hidup diluar rumah.pegi gig,melepak ngan kawan2..tengok pementasana ke apa ke..
tapi,setiap kali aku tgk anak...aku terus kata 'Pi lantak la dunia lain'.
hehehe.
ji : yup,that's so true, lantak lah dunia lain .hehehee
happy birthday beb..
haih.
lama tak update ni. tak habis lagi selebret!
hahah,tak pasal2 aku komen harini kan.
p/s-- aku paste balik sini supaya ko tau aku reply komen ko tadi. hahah.
ayobkelubi :
such idealisme will never exist in our education system. yang teruk dan bermasalah akan terus dinyahkan dari sekolah. hilang satu masalah. tapi apa jadi pada budak tu?
dulu akulaa cikgu yang paling susah nak buang budak sekolah. tapi kata 'diorang' aku tak ikut prosedur blablabla. siapa yang nak bela budak2 ni sekarang? apa peranan unit kaunseling sekolah? (haaa do not let me start on this pulak, aku nak bagi jari tengah je)
anak lelaki mesti diberi kepercayaan yang mereka jadi tonggak keluarga, tonggak masyarakat. kalau dia tak pandai, tenaga dia ada. soalnya nilai percaya diri dia kita kena betulkan. "ada ilmu" dengan "ada akal" tu tak sama. ada ilmu tapi tak praktik, apa kejadahnya. lebih baik ada akal supaya ikhtiar hidup tu berterusan.
anyway bro,
apsal ko tak mention SCHOOL OF ROCK? itulaa cikgu paling best seh. haha.
Post a Comment