Monday, June 08, 2009

Maghrib Minggu Lepas

Minggu lepas, aku singgah rumah Kak Lang. Jemput anak dara comel aku yang bila nampak aku datang, mulalah mengamuk tak nak balik.

Hari dah nak senja bila aku bertolak balik sambil memujuk-mujuk anak dara comel aku.

Kejap-kejap menjerit minta tolong. Macam aku ni nak culik dia pulak dibuatnya.

Lebih kurang 5 minit perjalanan (dah dalam kereta). Aku nampak ada seorang pakcik ni melambai-lambai.

Nak berhenti ke tak nak ni?. (Padahal dah terlajak ke depan jauh).

Aku berhenti.

Dari cermin sisi, nampak pakcik tu berlari-lari anak. (Ok, pakcik ni bukan hantu kopek).

Dia masuk kereta bagi salam .

Rupa-rupanya dia nak balik rumah dia. Bas dah habis waktu servis. Dia ke pekan rumah Kak Lang aku untuk belikan sebuah buku tulis dan sebatang pensil untuk anaknya.

Dia dah menunggu di perhentian bas untuk menumpang mula dari pukul enam setengah petang. Tiada satu kereta pun nak berhenti.

Aku diam mendengar omelannya.

Kerana untuk anak, sanggup tertinggal bas, sanggup tebalkan muka tahan kereta minta tumpang, sanggup keluar walaupun tahu hari dah nak malam.

Siapa kata bapa zaman sekarang tak bertanggungjawab?.

Selepas pakcik tu turun.

Aku pandang anak dara comel aku yang tengah "bega" cermin mata hitam aku masa tu.
Yup, kalau dia minta aku belikan buku dan pensil tengah malam pun aku akan keluar cari untuk dia.

Dengan syarat lepas aku "tidur"kan emak dialah!. Ha ha ha

5 comments:

tasekM said...

cis. sempat lagi nak menidurkan tu... ha ha.

eleh... ko kalau dh menidurkan aku syak ko terbongkang je bang... he he.


:p


.

abdullahjones said...

jenuh menunggu janji kamu untuk menghantar satu tulisan untuk entri diblog saya.

ayobkelubi said...

tasik : mana ko tahu aku terbongkang?. hehehehe


pak dolah : paisehh, sudah lama diemailnya?. abdullahjones@gmail kan?

y u z said...
This comment has been removed by the author.
y u z said...

(copypaste balik dari chatbox saya.hahah)

nak lagu akuscandal acoustic? saya biasa google saja-mp3 download+nama lagu+penyanyi. atau convert dari youtube.

dimas? yup, he's back!