Thursday, February 19, 2009

Rock forever

Dulu, kalau kita cakap kita suka muzik yang bunyinya membingitkan telinga, mesti orang cakap kita ni jenis yang takde masa depan. Cepat terpengaruh dengan dakyah-dakyah songsang muzik dari barat ni.

Macam masa mula-mula aku bawa balik Nirvana : Bleach album ke rumah. Aku ingat, satu blok dengar suara mak aku menjerit suruh tutup radio. Mana tidaknya, trek lagu Brew dendangan Kurt Cobain saja dah boleh buat orang kena serangan jantung. Lama jugalah masyarakat nak terima jenis muzik macam ni.

Tapi

Itu dulu.

Sekarang ini, jabatan kerajaan pun dah boleh terima konsep muzik macam ni tapi takdelah sampai jadikan About A Girl sebagai nada dering untuk telefonis. Paling koman pun, kata-kata yang Kurt Cobain pernah cakapkan dulu lah.

Sebagai contoh, kalendar tahun ni untuk jabatan aku. Memang gerek seh!. Tak percaya?. Lu gi ushar gambar kat bawah ni. Ironinya, kata-kata ini di letakkan pada bulan April. Bulan Kurt Cobain mati membunuh diri.

Wednesday, February 18, 2009

Akibat terlalu bodoh (III)



Aku jumpa keratan ini lewat tengah malam tadi. Bila selesai aku membaca ceritanya, aku jadi sebak. Apa dosa anak kecil ini?. Kenapa tergamak sekali ibu bapanya meninggalkan dia seorang diri pada tengah malam hari?.

Oh, kalau betul kata tukang tilik anak itu pembawa "sial", takkan sampai begitu sekali kamu meninggalkan dia?.

Oi mangkuk ayun!,kau ingat anak kau yang berumur tiga tahun dah pandai naik bas sendiri?. Dah pandai tahan teksi?. Memang celaka betul kamu menjadi mak dan ayahnya!.

Kalau benar hidup kamu susah, takkan tergamak kamu buang si comel yang tak tahu apa-apa ni?. Memang kamu sebenarnya yang pembawa "sial" bukan anak kecil ini.Membaca cerita ini, aku boleh simpulkan bahawa anak kecil ini memang seorang yang berani dan "indepedent" tapi fahamlah anak kecil berumur 3 tahun, masih perlu kan ibu dan bapa untuk mendapat kasih sayang dan perhatian. Asshole betul mak bapa dia ni!.

Kepada Tan Eng Eng, nama anak kecil ini katanya, pakcik doakan kamu agar terus kuat dan semakin kuat. Buktikan kepada mereka bahawa kamu ini adalah seorang manusia yang sungguh bertuah. Buktikan pada mereka bahawa kamu ini sebenarnya adalah anak yang terbaik pernah mak bapa kamu ada.

Kasihan Tan Eng Eng, dia akan dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat. Semoga masa depan dia terjamin dan tidak disia-siakan.

Kepada ibu bapa Tan Eng Eng. Sampai hati kamu!.
Ini adalah ceritanya versi digital.

Apa masalah negara kita sekarang ini?. Cerita buang anak kembali mewarnai kehidupan kita. Adakah disebabkan hukuman yang dikenakan tidak begitu berat?. Ataupun sudah hilangkah peri kemanusiaan kerana sibuk mengejar dunia?. Sekurang-kurangnya bawalah mereka-mereka yang tak berdosa ini dalam perlumbaan kamu mengejar dunia, agar dia boleh belajar yang mana baik, yang mana buruk.

Ada tak mana-mana NGO yang membela nasib anak-anak yang dibuang ini?. Maksud aku mereka yang betul-betul fokus kepada anak-anak malang ini?.

Memang aku semakin sensitif dengan isu sebegini. Yelah, dengan kisah bangsa aku yang memang cukup gemar dengan acara buang anak ni, tambah lagi dengan kisah sebegini. Memang benar, naluri kemanusiaan mereka semakin menghilang, eh bukan, memang tiada naluri langsung!.

Come on lah, kalau kau rasa hidup kau susah, hidup cukup-cukup makan tapi dah berkeluarga, pakai kondom lah bai!. Takpun pancut luarlah!. Takkan benda-benda tu semua nak kena ajar?.

Ya, "salakan" aku ini mungkin tidak membawa kesan perubahan untuk mereka yang tidak berhati perut ini. Aku sendiri tidak harap akan berlaku perubahan ini cuma aku akan terus "menyalak" dan aku akan terus berdoa semoga anak-anak malang ini akan menjadi insan yang paling berguna dalam hidup mereka. Aku terus berdoa agar mereka yang pernah buang anak-anak yang tak berdosa ini akan sentiasa menyesal bila melihat anak yang dibuang mereka ini berjaya dalam hidup mereka nanti. Amin.

Monday, February 16, 2009

Akibat terlalu bodoh (II)



Sekali lagi, ada lagi manusia yang tak berakal sanggup membuang anak yang elok dikandungnya selama sembilan bulan. Apa kejadah kau nak buang bayi yang tak berdosa ini?. Macam gampang pe'el kau ni!.

Cuma

Berita ini ada "twist"nya, ironinya bayi ini dijumpai dalam laci di rumah seorang anggota polis yang boleh tahan gak pangkat dia. Dalam laci, dalam bilik pembantu rumahnya itu.
Khabarnya pembantu rumah itu menjumpai bayi ini di rumah sampah dibelakang rumahnya. Disimpan bayi itu di dalam lacinya selama 3 hari. Syukurlah bayi itu masih lagi bernyawa. Nyata azam untuk hidup bayi itu sungguh kuat!. Pakcik doakan agar kau akan menjadi manusia yang berguna untuk buktikan pada mereka yang buang kamu dulu.

Baca di sini

Wednesday, February 11, 2009

Perlukah ada lagi manusia macam ini pada abad yang serba digital ini?

Memang aku marah, bukan, aku bukan marah. Sesal ialah perkataan yang terbaik. Rasa terkilan aku masa lagi tebal bila aku dapat tahu cerita itu lewat malam semalam. Seelok-elok mata aku mahu lelap seraya penat melayan kerenah kereta yang meragam terus tak jadi lelap malah bertukar menjadi sumpah seranah.

Hendak aku ulas panjang lebar mungkin aku sendiri yang jadi keliru. Mengeluh aku sampai ke saat ini.

Kenapa masih ada lagi fahaman pembawakkan sial pada manusia?. Bukankah apa yang terjadi itu sebenarnya telah dirancang olehNya?. Masih perlu wujud lagikah kepercayaan itu semua?. Fuck ah!.

Oh ya, ceritanya begini.

Aku ada seorang abang ipar yang begitu kerja keras. Demi anak-anak dan keluarganya.Ini perkara yang menyebabkan aku tabik hormat dengannya walaupun hanya tamat sekolah menengah. Kala ini dia sedang giat mengusahakan perusahaan pertaniannya,menyahut seruan KERAjaan bahawa "pertanian adalah perniagaan". Ok, aku tahu, aku skeptikal tentang laungan itu tapi melihat dari usaha gigih dia, menyebabkan aku sendiri turut memberi sokogan padu kepadanya. (Baca : aku jadi pekerja untuk dia).

Permulaan yang cantik, mendapat sokongan daripada adik beradiknya yakni kaum keluarga isteri aku serta isterinya. Semuanya berjalan lancar dengan aku sendiri melantik diri aku sendiri menjadi IT konsultan untuk perusahaannya. Apa jadah IT kena mengena dengan pertaniaan?. Tunggguuuuu.

Akhirnya, dugaan datang. Bila ada manusia yang mula menebarkan jarum hasad dengki yang busuk lagi hanyir masuk ke ruang hati orang yang paling rapat dengan dia. Si penyebar jarum tidak lain tidak bukan dari orang di "sebelah sana". Membawa cerita demi cerita tentang abang ipar aku seorang ini. Kononnya abang ipar aku ini pembawa sial yang menyebabkan hidup keluarganya masih lagi tidak senang!. Duit banyak dihabiskan ke tempat yang tidak sepatutnya.

Paling aku kesal ialah bila mana orang yang sepatutnya jatuh bangun bersama abang ipar aku sudah mula termakan jarum hasutan yang busuk itu!. Sudah mula percaya bahawa itulah kesilapan paling besar yang pernah dia buat!. Aku bila dengar cerita itu, rasa macam WTF is happening here!.

Sebab tu aku tanya, perlukah manusia yang seperti ini perlu wujud lagi di dunia yang serba digital ini?. Memang niat hati aku nak bawak berjumpa. Nak tengok apa "TUAH" yang kau ada sangat tu!. Berani betul nak label-labelkan orang yang sedemikian rupa!.

Kau harus ingat bahawa hidup kita ini sentiasa berubah-ubah, jangan kau sesuka hati mahu memberi tohmahan sedemikian rupa, ingatlah bahawa kita hidup dibawah permehatianNya. Kalau hari ini kau dapat satu, belum tentu esok kau akan dapat dua pula.

Bawa-bawalah berubah, kalau yang senang nanti bukan aku mahupun kami yang menyokong dia tapi kau. Kau yang akan menjadi temannya di dunia yang satu lagi nanti.

Dalam erti kata lain

"STOP LISTENING TO THOSE BASTARDS AND SUPPORT YOUR BELOVED ONE!!!"

Tuesday, February 10, 2009

Apa itu Maskara?

Ok, tahun lepas aku pergi sekali saja, tahun ini aku nak cuba lebih dari sekali pula!. Untung-untung Soljah ada buat cabutan bertuah ker apa ker kan?. Ha ha ha.

Bak kata Clark Kent kawasan Shah Alam. He he he,Kalau datang lambat, alamatnya duduk luar rumah sajalah nak menengok "show-show" yang begitu "brilliantly and superbly done!".

Lepas bersalam-salaman dengan tiga penjaga parking yang berdedikasi, sorang macam peladang lada hitam yang berjaya, sorang macam..errmm,rock star yang parok dan sorang yang macam Faizal Tahir kot aku rasa kot. Aku terus naik atas rumah.

Berlawan ukuran saiz perut dengan Op dan Spyz. Gelak-gelak,kutuk-kutuk lepas tu aku pusing keliling rumah, aku jumpa juga mamat ni!.

Aku ingat lepas aku salam Clark Kent tu, terus tanya dia

"Eh, Horatio hidup lagi ke tidak ni?."

Terus melarat-larat pasal CSI Miami pulak!. Ha ha ha ha!.

(Kami berdua merupakan kipas susah mati Horatio Caine).

Masalah utama aku malam tu ialah, aku kenal sama Saharil, Bang Rudy, Attokz dan pelbagai lagi blogger lain tapi aku segan nak mampus nak salam-salam,tegur-tegur,borak-borak. Otai woooo diaorang tu semua!. Clark Kent pun otai gak tapi sama-sama suka CSI Miami, tu yang takde hal aku belasah tegur saja!. Ha ha ha ha!.

Harap-harap aku dapat pergi lagi ke Maskara ni. Aku nekad, Maskara ke 21, aku nak naik pentas. Betul, aku yang meng"offer"kan diri!. Boleh Bang Naga?. Ha ha ha ha!.

Oh ya, apa itu Maskara?. Lu "google"lah sendiri!. Ha ha ha ha!.

Wednesday, February 04, 2009

Lapar

Ijoi bagi aku teka-teki petang Isnin hari tu.

Dalam laut ada nanas
Dalan nanas ada apa?







.










..











...




Spongebob Squarepants!. Hampeh karen betul!. Hahahaha