Wednesday, February 11, 2009

Perlukah ada lagi manusia macam ini pada abad yang serba digital ini?

Memang aku marah, bukan, aku bukan marah. Sesal ialah perkataan yang terbaik. Rasa terkilan aku masa lagi tebal bila aku dapat tahu cerita itu lewat malam semalam. Seelok-elok mata aku mahu lelap seraya penat melayan kerenah kereta yang meragam terus tak jadi lelap malah bertukar menjadi sumpah seranah.

Hendak aku ulas panjang lebar mungkin aku sendiri yang jadi keliru. Mengeluh aku sampai ke saat ini.

Kenapa masih ada lagi fahaman pembawakkan sial pada manusia?. Bukankah apa yang terjadi itu sebenarnya telah dirancang olehNya?. Masih perlu wujud lagikah kepercayaan itu semua?. Fuck ah!.

Oh ya, ceritanya begini.

Aku ada seorang abang ipar yang begitu kerja keras. Demi anak-anak dan keluarganya.Ini perkara yang menyebabkan aku tabik hormat dengannya walaupun hanya tamat sekolah menengah. Kala ini dia sedang giat mengusahakan perusahaan pertaniannya,menyahut seruan KERAjaan bahawa "pertanian adalah perniagaan". Ok, aku tahu, aku skeptikal tentang laungan itu tapi melihat dari usaha gigih dia, menyebabkan aku sendiri turut memberi sokogan padu kepadanya. (Baca : aku jadi pekerja untuk dia).

Permulaan yang cantik, mendapat sokongan daripada adik beradiknya yakni kaum keluarga isteri aku serta isterinya. Semuanya berjalan lancar dengan aku sendiri melantik diri aku sendiri menjadi IT konsultan untuk perusahaannya. Apa jadah IT kena mengena dengan pertaniaan?. Tunggguuuuu.

Akhirnya, dugaan datang. Bila ada manusia yang mula menebarkan jarum hasad dengki yang busuk lagi hanyir masuk ke ruang hati orang yang paling rapat dengan dia. Si penyebar jarum tidak lain tidak bukan dari orang di "sebelah sana". Membawa cerita demi cerita tentang abang ipar aku seorang ini. Kononnya abang ipar aku ini pembawa sial yang menyebabkan hidup keluarganya masih lagi tidak senang!. Duit banyak dihabiskan ke tempat yang tidak sepatutnya.

Paling aku kesal ialah bila mana orang yang sepatutnya jatuh bangun bersama abang ipar aku sudah mula termakan jarum hasutan yang busuk itu!. Sudah mula percaya bahawa itulah kesilapan paling besar yang pernah dia buat!. Aku bila dengar cerita itu, rasa macam WTF is happening here!.

Sebab tu aku tanya, perlukah manusia yang seperti ini perlu wujud lagi di dunia yang serba digital ini?. Memang niat hati aku nak bawak berjumpa. Nak tengok apa "TUAH" yang kau ada sangat tu!. Berani betul nak label-labelkan orang yang sedemikian rupa!.

Kau harus ingat bahawa hidup kita ini sentiasa berubah-ubah, jangan kau sesuka hati mahu memberi tohmahan sedemikian rupa, ingatlah bahawa kita hidup dibawah permehatianNya. Kalau hari ini kau dapat satu, belum tentu esok kau akan dapat dua pula.

Bawa-bawalah berubah, kalau yang senang nanti bukan aku mahupun kami yang menyokong dia tapi kau. Kau yang akan menjadi temannya di dunia yang satu lagi nanti.

Dalam erti kata lain

"STOP LISTENING TO THOSE BASTARDS AND SUPPORT YOUR BELOVED ONE!!!"

4 comments:

Jorji said...

ianya berlaku dimana-mana.hatta didunia alam maya digital clubbing dj's indie hardcore whatever.yup.

y u z said...

saya perlu sudut pandangan yang lebih bernas, mungkin boleh dikongsi? minta ke blog saya, lebih jelas, barangkali?

terima kasih.

http://ceritaceriticerutu.blogspot.com

Anonymous said...

zaman jahiliah ke..
zaman IT ke..
PHD tetap akan wujud dlm hati manusia selagi ada syaitan yg meracun.
tp kelakar kan. dr perspektif mana yang derang bole nampak keSIALan seseorang tu???

ayobkelubi said...

ji : yelah,dalam dunia ni pun ada kan?

chegu yuz : udah aku komen,nanti aku elobrate lagik

fara : sedih,terutama sekali yang berjangkit pada bangsa sendiri..